A scribble of my mind and heart.....

Saturday, July 17, 2010

TERKEDU....


These few days, tak tau sebab apa...rasanya macam ramai yang mai nak beli ' abortion pill'. Yang nampak bujang, yang dah kawin, dan macam2 bangsa...kira cam 'Satu Malaysia' la. Tapi yang paling terkedu...ada budak perempuan age about 14 or 15 y.o. dengan selambanya masuk dan tanya " Kak, kat sini ada juai pil gugur anak?". Biasanya kami geleng kepala jer la, cakap tak juai..then suruh depa pi klinik. Tapi dalam kes yang satu ni...kami semua terkedu, sort of terperanjat sebab budak tu dengan selamba dan tak rasa malu2, throw the question macam tu jer. Macam nak beli ubat bunuh semut jer...ish3x...nazaknya masalah sosial zaman la ni.

Then aku teringat sehari sebelum tu, ada budak lelaki..maybe 20 y.o.++, tanya tentang planning pills. So biasanya aku lebih prefer cakap dgn tuan punya badan, request nak jumpa 'wife' dia sendiri. Then dia bawa masuk one girl...aku rasa umur may be 17-18 y.o. kut. Dia tunjuk UPT result yang dia bawa...memang positif ler. Bila tanya lebih detail...nampaknya depa dua orang ni belum kawin, yang pompuan pucat lesi dan tak tentu arah...yang lelaki senyum2 jer. Hmm...tak dapek den nak nolong...iman pun belum cukup kuat nak bagi ceramah.

Bila fikir2 balik...naik seram sejuk tengok kebebasan budak2 zaman la. Aku sedih jugak...kita yang dah berumur ni patutnya guide budak2 ni...tapi tak tau nak buat lagu mana. Depa macam tak cukup ditarbiyah tentang aqidah...depa tak berapa kenal Allah...so, tak ada perasaan takut pun. Tapi bila pikir2 balik, Pak Lebai pun boleh jatuh serban bila mai bab nafsu-nafsi ni...apalagi budak2 yang baru nak kenal syurga dunia. Lagi satu rasanya, banyak benda2 yang against the teaching of Islam tu dah diterima sebagai normal dalam masyarakat...so, budak2 ni ambil semua tu sebagai apa saja orang sekeliling buat, kalau tak ada yang bising...ok lah tu. Yang haram dah jadi biasa...dah macam diterima.....tak tau nak kata apa lagi...terkedu, pening, sakit kepala, sedih, seram menakutkan....semua perasaan tu dah bercampur bila jumpa kes macam ni.
Aku cuma ada selemah-lemah iman....tak suka yang mampu dinyatakan dalam hati jer.


"Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hatinya dan itu selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim)

No comments:

awesome comments