A scribble of my mind and heart.....

Friday, August 13, 2010

KERBAU

Semalam, sementara dok tunggu nak berbuka kat kedai...tak tau nak buat apa. So, mula ler tangan taip itu ini surf kat internet. Kadang2 suka type certain item then type 'gambar', so akan terbit ler gambar2 yang berkenaan...I love looking at beautiful and artistic photo. Ada juga keinginan nak belajar fotografi, tapi besar modalnyer...-:)

While surfing, aku jumpa gambar kat bawah ni, dari I SEE I SNAP, or pemancingikan fotopages. Teringat pulak zaman aku membesar...makhluk kat bawah ni kira macam bestfren aku ler dulu2.



Dulu2 ayah ada banyak kerbau, dan anak2 diwajibkan 'berkawan' dengan kerbau ni, kiranya dari kakak aku yang sulung sampai ler adik yang kecik...semua kene menjunjung perintah ayah aku ni. Lepas balik sekolah, kene lah pi bermesra dengan depa2 ni...sampai lah nak senja, kene pastikan depa2 ni kenyang dan selamat balik ke kandang. Bulan posa pun kena jugak, kuasa veto yang tak boleh ditentang..hehehe. Ingat lagi, punya tak larat, siap satu kain batik..kat mana kerbau tu terasa nak berenti menjamah rumput, kat situlah aku tidok. Kalau la ni, buat lagu tu, mau masuk headline paper the next day...jadi mangsa manusia tak berhatiperut.

Kerbau2 tu ada nama tau, seingat aku ibu yang paling tua...namanya Geraguk, ada jugak yang namanya Dara, Jantan dan macam2 ler. Tapi kami paling attached dengan kerbau Geraguk dan Dara, tapi Geraguk tu terpaksa dikorbankan masa Kak Ah nak kawin. Teringat lagi betapa sedihnyer aku, satu suap pun aku tak jamah daging tu...tak sampai hati.

Bila besar kerbau2 tu, ayah mula panggil peraih...apalagi kami pakat lari jauh2, ada yang nangis balik reban, bawah rumah...mana2 lah. Sedih dan tak sanggup nak tengok depa kene muat atas lori. Bila dengar kerbau tu menguak jer, ayaq mata dah meleleh...sedih!

Tapi bila kami semua dah pi belajaq, dan ada yang dah kerja...kerbau tu ayah lepas bebas di dalam kebun kelapa sawit. Sampai ayah sakit, the actual jumlah...kami tak tau. Anak ayah kan mostly pompuan, sorang jer lelaki...so, tak dak sapa nak pi kisah. Then abang decide nak juai semua...suruh peraih tangkap, tapi ada ler kontroversi yang timbul. Kata sesetengah orang kampung, peraih tu, depa tangkap banyak ekor, tapi bagi info sikit jer...yang selebih masuk poket depa. Entahlah! Sampai la ni, aku tak tau betoi ker dak...hanya Allah jer la yang tahu.

1 comment:

scrlettfr said...

salam... sis, selamat menyambut ramadhan al mubarak...

awesome comments