A scribble of my mind and heart.....

Friday, August 20, 2010

BIRU LANGIT RAMADAN


Hari ini,
Ku tatap tenang biru langit Ramadan
Dalam syukur tak terhingga
Kerna masih bisa ku hirup syahdu auranya
Yang ku rindu sentiasa

Biru langit Ramadan itu
Bertandang bersama kurnia
Seribu simpulan rasa
Tak tertafsir dek kata-kata

Kerap ku rindu Ramadan itu,
Dalam rasa syahdu, mengisi sahur di hujung malam
Kerna dalam jamahan yang sedikit
Ada segunung berkat tersurat.

Ku rindu Ramadan itu
Juga dalam setiap rasa insaf yang bertandang
Melewati waktu siang yang panas membahang
Dalam perang hawa nafsu dan kelaparan
Menguji iman.

Ku rindu Ramadan itu
Tika mengadap iftar dalam syukur
Dan genang airmata
Kerna disetiap kali tangan ku angkat dan doa ku panjat
‘ Sesungguhnya aku berpuasa dan berbuka kerana-Nya’
Dengan rezeki sekadar cuma.

Ku rindu Ramadan itu
Tatkala khusu’ dalam qiam Tarawih
Teguh hati mengadapnya
Meminggir diri dari indah duniawi
Solat dalam ikatan ukuwah
Memohon rahmat dan barakah
Juga reda-Nya

Ku rindu Ramadan itu
Pada hadir lazatnya rasa,
Di setiap kesempatan
Ketika ku alun Indah ayat-ayat suci Al Quran
Petunjuk sepanjang zaman.

Dan setiap musim
Tika Ramadan menghampiri hujungnya
Ada sebak bertamu di hati
Dan airmata tumpah di pipi
Kerana aku tak pasti
Masih adakah kesempatan
Bertemu Ramadan lagi.......

No comments:

awesome comments