A scribble of my mind and heart.....

Wednesday, March 30, 2011

SPIRITUAL TREATMENT


Kali ni nak bercerita tentang 'sickness' yang dianugerahkan pada aku. Kalau ikut modern medicine, there is no other solution except surgery. Dan, pengalaman buat surgery yang dulu2 tu...tak ler menggembirakan.

So..kalau boleh nak berubat cara lain...just wanna give a try. Dalam dok pikir2, tenung2...takmau ler pi bomoh ker apa ker, takut kalau tersilap jumpa...kena yang tak betul2 islamik, takut terjatuh syirik pulak. Na'uzubillah!

Then, macam dilorong2...Kak Kasma ajak pi kat Syifa Al Hidayah. Dia ada booking nombor untuk hubby dia, tapi hubby tak boleh pi. Aku...ikut jer la, since dia dah booking nombor. Kak Kasma pesan suruh bawa kain telekung dan 2 botol air.

On the sceduled date, aku pun menumpang ler...mak dan mak tiri Kak Kasma pun ada. Kawan baik depa ni, salah satu contoh poligami yang berjaya...aku kagum. Sungguh! Kami sampai kat Bayan Baru lebih kurang pukul 3 ptg...dan rupanya, nombor tu dah tak boleh dipakai. La ni...no booking2 dah, kena amek nombor baru. Kena tunggu lagi sampai ler pukul 6 petang...ramai sungguh orang dok menunggu.

Bila tiba giliran aku...aku kena jumpa Ashraf Muslim. Mak Datuk!!!!! Adusssss! Hensemnya dia. Sesuai sangatlah bila dia bawa watak Yusuf dalam telefilem ' YUSUF' tu. Bagai nak pengsan aku tengok. Nasib baik aku sedar diri...aku ni bukan 20'an lagi..ekekeke....tak nak ler jadi tua tak sedar diri.

Semasa proses perubatan tu...aku dan dia kena duduk berhadapan, bila dia baca ayat2 suci sambil memandang ke arah pesakit. Aku tak tau nak letak pandangan kat mana...sebab dia tu hensem sangat. Last2, aku pilih untuk pejamkan mata jer la. Bahaya kalau asyik pandang muka hensem dia tu...muahahaha...gatalnya bunyi perempuan tua ni. ( Jangan risau...aku memang sedar diri.)

Selesai semua tu...dia bagi ayat untuk diamalkan. Aku kena baca Surah Ibrahim ayat 9 -22 setiap kali lepas Maghrib. Dan juga...Surah Mariam ayat 78 hingga 90 setiap kali selepas subuh. Semuanya kena ulang 3 kali dan lepas tu pohon kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit yang ditanggung. Penyakit itu anugerah Allah, dan Allah jugalah yang berkuasa menyembuhkan dengan izinNya. Insyallah...aku berazam ler nak amalkan tiap2 hari...

Lepas dah balik, adalah aku bercerita dengan kawan aku, si Ris. Maka Ris pun tanya la...

Ris : masa Ashraf baca ayat2 mengadap hang tu...ada rasa sejuk dak kat dada tak?

Aku : Pasai apa pulak?

Ris : Kalau hang rasa sejuk tu...means macam ayat tu beri kesan perawatan.

Aku diam sebentar, cuba nak mengingat balik.

Aku : Hmmm...aku kalau kat dada tak rasa la...aku cuma rasa sejuk kat mata...hahahaha....
(Versi gatai aku tetiba keluar tanpa aku plan pun. sekadar nak mengusik Ris...dia gelak besar)

Ris : Ceh! Gelenyit! Gatai! Hang tu bukan 20'an lagi la...sedar sikit oii...

Sampai hari ni, kalau ingat kata2 aku kat Ris haritu...aku senyum sendiri. Apa2 pun it was a good experience and Ashraf tu is so damn handsome.

Sunday, March 27, 2011

ANUGERAH

Hidup aku biasa jer, I'm just a simple ordinary lady...yang serba kekurangan dari segi duniawi. Tak payah la aku cakap or list down apa kekurangan tu, namun pendek kata, kalau wanita sebaya aku memiliki segalanya...aku pulak kurang segalanya. Tapi, tag line biasa yang selalu aku sebut...'I'm happy with life'. Sungguh! Aku tak tipu. Allah beri aku anugerah yang tak terhingga....

Anugerah yang pertama,
Aku dikelilingi oleh keluarga yang amat aku sayang dan menyayangi aku. Aku happy sebab aku ada family yang sporting dan happy go lucky jugak. Aku masih ada Mak, dapat tengok muka mak hari2 tu pun dah satu anegerah, dan walaupun ayah dah lama 'pergi', tapi memory bersama ayah...tetap buat aku happy dan berikan aku kekuatan.


Ulang tayang gambar lama yang paling aku suka, aku dengan adik Ma...takder kat sini.

Anugerah yang kedua,
Aku dikelilingi oleh kawan2 yang sentiasa menceriakan hidup aku, especially good dear friends, who will always be there for me...to lift my spirit up, whenever I feel down. Yang mengingatkan aku kalau aku terleka dan tersilap memilih arah hidup.

They are friends from my USM years, i.e. my co-Pharmacist, yang sentiasa gila2 tapi sangat memahami. Yang ada di antara depa2 ni, sekali sekala..keluar versi ustazah...tegur aku, kalau aku tersilap.

Juga geng SGGS yang boleh tahan gila jugak...selalu buat aku hepi kat facebook dengan komen2 yang kalau Raja Lawak dengar, mati idup balik dia akan malu dan terfikir sebab apa la dia jadi juara. Sebab...ada lagi yang lebih juara dalam menggeletek hati aku.

Selain kawan2 kat atas, aku juga ada ex-smc staff (Yati), kawan mengaji...Kak Rose dan Kak kasma. Thanks to everybody, who brings colors to my life.

Anugerah yang ketiga,
Dalam aku rasa, aku ni sihat...aku dikejutkan dengan 'sickness' yang tak nampak di mata. Tahun 2003, aku kene undergo surgery, ingatkan dah OK, tapi few years after that...that problem relapse. Mula2 tu...sedih jugak, nangis juga sorang2 ( aku buat2 relax kat depan family n friends), tapi bila di fikir2 balik...itu juga adalah anugerah. Allah bagi ini sebagai ujian. Kan ada ayat al-Quran yang berbunyi;


'..adakah kamu menyangka yang kamu sudah beriman, sedangkan kamu tidak diuji'.

Dan..penyakit yang kita dapat, buat kita dekat dengan Allah, sebab kita tau...kemungkinan umur kita tak panjang. Makanya...kehidupan kita akan lebih terarah kepada mengingatinya...Insyallah!


Your job won't take care of you when you are sick. Your friends and family will. Stay in touch, and be prepared for the day that there's no turning back.

Monday, March 21, 2011

GOOD MEMORY

Image from here

Sebulan yang lalu, aku pi tempah baju (baju blouse) kat sorang Maknya...dah bertahun rasanya aku tak tempah baju kat dia. Semenjak Kak Mun balik duduk di kampung dan ambil tempahan jahit baju kurung. Kedai jahit tu pun dah berpindah dari tingkat bawah ke tingkat atas.

Dulu2, dia pernah bagi card with numbers, untuk refer ukuran baju. So, setiap kali pi, kena bawa kad tu...dan dia akan refer ukuran dari situ. Bila nampak aku jer, soalan pertama dia;

" Wah! Lama talak nampak?"

" Di rumah dah ada tukang jahit lah auntie,"balas aku.

Lepas tu, terus ke tujuan asal, then dia tanya kad yang tah ke mana2 aku dah buang, dia tanya nombor aku...pun aku tak ingat.

Dia ketuk kepala dia dengan jari dua tiga kali, lepas tu macam fius dah bersambung...a series of 4 numbers keluaq macam bertih jer dari mulut dia...tu dia, dia boleh ingat nombor aku yang aku sendiri tak ingat.

Bila refer, ukuran dah banyak lari...la ni badan dah terlebih lemak, berbanding zaman dulu2. So, pakai ukuran baru jer lah...ada juga bawa baju contoh.

Lepas 3 minggu, seperti yang dijanjikan (Sabtu lepas)...aku pun pi nak collect tempahan tu. The minutes she saw me entering her door, dia dah kalut cari my baju...dan betul pulak tu. Tiga helai, semuanya betul. I'm amazed! Aku yang masuk kategori masih muda ( walaupun menghampiri senja) asyik lupa itu ini...memalukan. So, aku interview la dia;

Aku: Auntie, umur sudah berapa?

Dia: Anam tiga (63 tahun).

Aku: Wah! Auntie, memory masih kuat, hari tu ingat saya punya nombor, harini..saya belum cakap baju mana...auntie sudah tau.

Dia senyum.

Dia: Saya talak suka duduk diam2, tak buat kerja...saya hari2 mau sibuk.

Aku: Tapi auntie punya memory kuat...saya pun kalah.

Dia: Saya malam2, saya buku taktau baca...tapi saya main itu Sodoku. Itu main nombor...lu tau ka? ( sambil tangan dia mencapai buku Sodoku.)

Dia: Tiap2 malam, saya buat ini...kasi saya punya otak fikir. Baru boleh ingat semua barang. Kalau diam2 duduk...lama2 jadi nyanyuk.

Aku tersenyum. Haritu, aku yang selalu lupa itu, lupa ini...belajar sesuatu dari Maknya tu. Lepas ni aku kena main banyak Jigsaw Puzzle, crosswords dan Sodoku....dan, yang paling penting, aku kene banyakkan baca Al-Quran juga.

Friday, March 18, 2011

YAASIN



BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian, (pertolongan akan datang dalam bentuk yang tak disangka.)

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka.
Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Untuk renungan semua,

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada
manusia lain

(P/S: Kalau ada sesaper nak aku komen pasal kenyataan no 3, minta maaf...aku malas nak komen la...lagi satu, aku bukan alim, atau nak tunjuk baik, sekadar menyebarkan ilmu.)

Monday, March 14, 2011

ENTERTAINING FRIENDS

11 Mac, my ex-USM cum co-pharmacist (Ani, Along dan Kak Tie) were in Penang. They came for a meeting and stayed at The Grand Royal. As usual...kalau ada friends yang datang Penang dan aku ada kesempatan, aku akan cuba entertain. So...that day, pegi pick depa kat hotel...then, perkara wajib kalau depa mai Penang, bawa depa beli jeruk untuk dibawa balik.


Kalau nak beli jeruk, memang selalu usung depa pi Chowrasta la, memang tempat jeruk beraneka buah.

Aku ni, as usual lah...tengok jer orang beli jeruk. Aku ni allergic sikit dengan jeruk, kalau makan jer...mesti batuk. Dah banyak kali jadi macam tu, at last nyer...tak mau dah la.

Lunch
When it comes to lunch time, puas fikir nak bawa ke mana. Kalau kat Penang Island ni, pandang kiri...nasi kandar, pandang kanan...nasi kandar. Dan depa dah dua hari dok makan nasi kandar. Then teringat nak try tempat Bani (ex-SGGS) pernah bawa, i.e. Ah Basry Satay, now known as Aneka Satay. Kat sini ada macam perisa satay, original, black pepper, tandoori dan satu lagi aku dah lupa.



To anybody yang teringin nak makan kat sini, tapi tak suka makan satay for lunch, jangan risau. Kat sini, ada juga nasi...kami oder nasi tomato berlaukkan satay. Nasi pun ok, so soft dan tasty...banyak pulak tu. Then try oder popiah satay...biasa jer daging satay dibalut dengan kulit popiah dan digoreng.



Then oder cucumber jus, yang ni tak ler sesedap yang kat Damiral. Tapi Ok la. Alhamdulillah, kawan2 berpuas hati, sampai beli bungkus bawa balik.

Lepas lunch, berenti solat kat Masjid Bayan Baru tu, sebelah Sunshine Square. Ni..tempat aku solat dan berehat masa keje kat City Chemist some 10 years back. Tempat kerja yang banyak bagi pengajaran kat aku...in business and in life. Then off to airport, sementara nak tunggu depa checked in, kami makan2 dan sembang kat Starbuck, Ani belanja. We talked about so many things, how life had changed us to become who and what we are now. Thanks to my dear friends, good friends thru ups and downs, twists and turns...luv them all.

A good friend is a connection to life - a tie to the past, a road to the future, the key to sanity in a totally insane world. ~Lois Wyse

Saturday, March 12, 2011

BAHAYA LIDAH...


Hmm...these few days, salah seorang kawan aku kena hentam sebab kesilapan perkataan yang tak disengajakan. Kata2 yang diucapkan ketika keadaan hormon tidak seimbang ( biasalah..perempuan kan!) dan diri tiba2 menjadi marah. Sudahnya...ada yang terluka, dan tidak dapat menerima yang setiap manusia itu ada melakukan kesalahan.

Kawan aku dilayan seperti melakukan kesalahan yang dosanya bergunung-gunung. Aku pun tak tau nak beri pendapat...sekadar suruh dia memohon maaf (which she did, and admitted that she was wrong) dan just ignore it kalau the other party tak nak berenti ( memang the other party, seperti tak menerima permohonan maaf tu dengan berlapang dada).

Then terbaca tentang lidah ni dalam majalah Solusi;

Allah berfirman,
“Dan katakan kepada hamba-hamba-Ku. Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar) sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.” QS. 17: 53

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda,
"Tiada akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya."

“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata baik atau diam.” HR. Muttafaq alaih

“ Takutlah pada neraka, walau dengan sebiji kurma. Jika kamu tidak punya maka dengan ucapan yang baik “ Muttafaq alaih

Ini pulak kata2 Pasa Sahabat.

Abdullahh Bin Mas'ud:
" Wahai lidahku, berkatalah yang baik, nescaya kamu beruntung. Atau diam dan dengarlah, nescaya kamu selamat sebelum kamu menyesal."

" Tiada yang berhak dipenjara lebih lama daripada lidah."

Al-Ashma'i:
" Dikatakan, perkataan adalah tawanan yang diikat seseorang. Apabila dia berbicara, maka dia menjadi tawanan ucapannya."

Umar bin Abdul Aziz:
" Orang yang terjaga dan bertaqwa ialah orang yang selalu mendera lidahnya."

Abu al-Darda':
" Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu. Sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara."

Al-Hassab:
" Orang yang tidak mengerti tentang agama, tidak menjaga lisannya."



'I can forgive, but I cannot forget, is only another way of saying, I will not forgive. Forgiveness ought to be like a cancelled note - torn in two, and burned up, so that it never can be shown against one.' ~Henry Ward Beecher

Wednesday, March 9, 2011

SAMAN, SPRING AND MANIK

Saman

Ramai yang beratur untuk cek saman.

Tadi pegi cek saman trafik. Adusss! Ramainyer orang yang dok beratur. Tapi mengenangkan yang roadtax akan expired beginning of April...gagah jugak la. Sambil beratur, sambil bergossip. Ada sorang brother tu, ada 27 saman. Mula2 senyum, lepas tu geleng kepala.

Aku seriau jugak. Rasanya la ni semenjak dekat senja ni, insaf sikit. Bawa kereta tak la laju sangat macam masa muda2 dulu. Itupun sepanjang almost 20 years, rasanya saman aku baru 5 kali kut.

Bila cek...ada satu saman, tahun 2004. Rasa macam dah settle jer (rasa jer la), infact so far dok renew roadtax...ok jer. Tapi nak argue pun, tak der resit, so...is menjadi rasa yang tak boleh dibuktikan. Tujuh tahun, sapa nak simpan. Lepas ni kena simpan elok2 la. Sekurang-kurangnya untuk kepuasan diri sendiri la. Takder la hati berkeluh kesah.


Spring

Sekitar Kepala Batas, dah start berbunga merah putih. Spring season has finally arrive, tapi takler cantik macam few years before. Pokok2 yang ditanam melatari jalan ni, berbunga tak serentak macam dulu2. But still...sangat cantik.

Every time i pass these road, macam ada sense of tranquility...nampak aman dan mendamaikan. Even waktu pokok ni tak berbunga pun...tetap nampak redup dan mendamaikan.

Sulam


Minggu ni jugak, dok gila menjahit manik di tangan baju kurung. Buat yang sendiri punyer jer. Lagipun, bukan pandai sangat pun...herot petot jer. Tapi OK la untuk mata sendiri dan hati sendiri.

Monday, March 7, 2011

PENANG...


Hmm...macam semua dah tau
Ini trademark paling penting utk negeri Pulau Pinang,
Ingat dak tahun berapa jambatan ni siap?
In 1985, sepanjang 13.5 KM
Tapi sementara nak siap, during pre-construction time
aku dan kawan2 kat kampung...hidup dalam ketakutan.
Nak pi jenjalan ker, ngaji ker...kena berteman.
Sebab, depa kata (depa usik sebenaqnya)
Ada keling gila, bawa sabit dan guni satu...masuk kampung
cari kepala budak2, nak buat penguat jambatan
supaya jambatan tak roboh....
Hahaha...naifnya zaman tu, kalau nampak India jer lari sup sap sup sap



Bila dah siap...it offers beautiful scenery along the way...
Semua nampak birruuu...cantik sangat!
Especially, kalau ada awan putih scattered here and there
Dulu2...boleh berenti kat tengah2, so, pakat dok snap gambaq
Tapi la ni tak boleh dah...
Dah jadi port untuk series of suicide...na'uzubillah.


Pulau nie semua orang boleh nampak
kalau korang dari Penang nak ke Butterworth...on ur left handside
Aku dah booking dulu2...heee
Siap bergaduh (gaduh manja) dengan kawan2 masa jadi penghuni Bukit Minden tu
And, depa dah declare ni 'Pulau Packy'
Ces! Di dalam angananku saja la....
Wish...boleh ada Pulau sendiri cenggini...

Thursday, March 3, 2011

RINDU AYAH


These few days, aku rindu sangat kat arwah ayah. Mungkin bukan aku sorang saja kut, sebab family member yang lain pun dok bercerita tentang ayah.

Pagi tadi, masa tengah tonton rancangan Mukhaddimah kat TV9, ustaz bercerita tentang adat sambut tetamu. Macam mana bila tetamu datang ke rumah...kita dikehendaki memberi layanan terbaik pada tetamu (Ustaz kata, macam 5 star hotel). Jangan jadi sesetengah orang, dah la tak suka berziarah, orang nak berziarah ke rumah pun dia tak suka.

Mak yang sedang menonton sama, tiba2 bergenang airmata. Dia teringat kat arwah ayah. Memang salah satu perangai ayah sewaktu hayatnya ialah...dia suka meraikan tetamu. Kalau ada orang mai ke rumah, dia mesti minta mak masakkan apa2 untuk tetamu makan. Kalau time makan ( ayah suka kata 'pema'), walau tak ada apa2 nak dibuat lauk masa tu...cukuplah sekadar yang paling basic, ada ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman. Bagi dia...yang penting tetamu makan. Kami pulak yang dok merungut kat dapur, malu kat tetamu, sebab tak ada lauk sedap nak dijamu.

Nampaknya, sifat baik ayah tu cuma tempias sikit saja pada kami. Ada lagi side diri yang perlu diubah...perlu muhasabah dan memperbaiki diri.....

Rindu sungguh dekat arwah, macam masih terbayang senyuman manis yang selalu terukir di bibir. Hmm...dah lima tahun ayah pergi tinggalkan kami...namun setiap hari, rindu itu pasti betandang. Al fatihah untuk arwah ayah.

My father...he didn't tell me how to live; he lived, and let me watch him do it.
awesome comments