A scribble of my mind and heart.....

Monday, March 14, 2011

ENTERTAINING FRIENDS

11 Mac, my ex-USM cum co-pharmacist (Ani, Along dan Kak Tie) were in Penang. They came for a meeting and stayed at The Grand Royal. As usual...kalau ada friends yang datang Penang dan aku ada kesempatan, aku akan cuba entertain. So...that day, pegi pick depa kat hotel...then, perkara wajib kalau depa mai Penang, bawa depa beli jeruk untuk dibawa balik.


Kalau nak beli jeruk, memang selalu usung depa pi Chowrasta la, memang tempat jeruk beraneka buah.

Aku ni, as usual lah...tengok jer orang beli jeruk. Aku ni allergic sikit dengan jeruk, kalau makan jer...mesti batuk. Dah banyak kali jadi macam tu, at last nyer...tak mau dah la.

Lunch
When it comes to lunch time, puas fikir nak bawa ke mana. Kalau kat Penang Island ni, pandang kiri...nasi kandar, pandang kanan...nasi kandar. Dan depa dah dua hari dok makan nasi kandar. Then teringat nak try tempat Bani (ex-SGGS) pernah bawa, i.e. Ah Basry Satay, now known as Aneka Satay. Kat sini ada macam perisa satay, original, black pepper, tandoori dan satu lagi aku dah lupa.



To anybody yang teringin nak makan kat sini, tapi tak suka makan satay for lunch, jangan risau. Kat sini, ada juga nasi...kami oder nasi tomato berlaukkan satay. Nasi pun ok, so soft dan tasty...banyak pulak tu. Then try oder popiah satay...biasa jer daging satay dibalut dengan kulit popiah dan digoreng.



Then oder cucumber jus, yang ni tak ler sesedap yang kat Damiral. Tapi Ok la. Alhamdulillah, kawan2 berpuas hati, sampai beli bungkus bawa balik.

Lepas lunch, berenti solat kat Masjid Bayan Baru tu, sebelah Sunshine Square. Ni..tempat aku solat dan berehat masa keje kat City Chemist some 10 years back. Tempat kerja yang banyak bagi pengajaran kat aku...in business and in life. Then off to airport, sementara nak tunggu depa checked in, kami makan2 dan sembang kat Starbuck, Ani belanja. We talked about so many things, how life had changed us to become who and what we are now. Thanks to my dear friends, good friends thru ups and downs, twists and turns...luv them all.

A good friend is a connection to life - a tie to the past, a road to the future, the key to sanity in a totally insane world. ~Lois Wyse

2 comments:

eni osman said...

salam kak khiroh...kedai satay tu dkt mana....kak khiroh awat tak bawa pi kilang jeruk terus...dpt murah lagi..yg tau ada di relau penang,balik pulau pun ada...di berapit bm pun ada....la ni yg melayu punya pun ada...tapi tempat tak tau.....
p/s:...sebenaqnya eni pun tak pernah pi lagi ke kilang semua tu...he he...

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Eni,
Kedai tu lat Sunshine Square but not on the same building. Ada new mall kat C2 (lupa nama apa), tapi kedai tu bertentang ngan Pisa. Pi la makan, sedap tau.
Pasai jeruk tu, ada jugak yang cakap cenggitu, kawan kata yang Malay punya kat Sg Nibung. Tapi, since tatau the actual location...tibai yang dekat dan tau saja la. Takut terlepas flight pulak nanti.

awesome comments