Hari ni tetiba rajin sikit mengemas kat dalam kedai. Tengah mengemas tu...terjumpa newspaper cutting ni ( gambar atas tu). Ini news on burglary yang jadi kat kedai about 7 years ago. Fotofit ni... aku yang buat dengan Kak Arn kat Balai Polis. Masa tu, kawan baik la dengan Pak Polisi, sebab dok kena ulang pi Balai.
Hari tu, hari jumaat, pkl 12 PM++, kami dirompak oleh 2 orang lelaki Cina. Sorang muka macam bintang filem korea. Punyala lembut dan comey mukanya dan rambut pun stail semacam jer. Sorang lagi pulak...muka pecah rumah betul la. Kononnya, depa ni nak cari vitamin untuk anak, bila nak bayar...dia sua pisau Rambo. Huhuhu...kami ni siap kena ikat tangan dan kaki...mulut pula kena bubuh pita...Zrapppp!
Nak dijadikan cerita, hari tu...sikit punya melaram pakai kebaya kain belah selisih. Hmm...apalagi, terselak la. Yang funnynya...perompak tu tolong betulkan kain yang terselak tu. Lepas tu...dalam dia dok projekkan duit aku kat cash register...ada satu customer masuk. Aku ni...walaupun tak nampak siapa, cuba juga nak minta pertolongan. Tapi bila tengok pisau Rambo tu terhunus kat muka...terus tak jadi. Aku dengar customer tu tanya...
" Mana kakak yang selalu jaga kat sini?"
" Oh! Kakak pi makan, 10 minit lagi dia balik. Lu mai nanti la.."
Depa blah lepas rembat duit, barang kemas dan handphone. Aku pula, terus buat aksi MacGyver untuk melepaskan diri. Melompat2 ke meja ( tolong jangan bayangkan aksi ini...), ambil gunting atas meja dengan tangan yang masih terikat kat belakang...dan bukakan ikatan tangan Kak Arn. Lepas tu Kak Arn pula buka ikatan aku. Lepas tu...terus call balai polis berdekatan...
Bila ingat semula...memang menakutkan, tapi dalam menakutkan tu... lucu pun ada. Apa-apapun alhamdulillah! Kami berdua selamat, walaupun hilang jugak around 5 K ( campur2 duit, jewelery and handphone). Dan...aku cuma dapat kenal pasti customer yang masuk waktu kami kena ikat tu, sebulan lepas incident tu. Dan, dia pun tak tahu yang dia sebenarnya bercakap dengan perompak on that particular day. Dia punya dok menjerit bila tau apa sebenaqnya jadi hari tu...
Till now, kalau nampak budak2 muda dengan beg pinggang atau beg sandang tu...kami akan take precaution. Sorang akan keluar berdiri kat pintu sambil buka pintu...so, anything happens, boleh minta pertolongan....