A scribble of my mind and heart.....

Monday, September 19, 2011

SUNDAY ACTIVITY

Seperti biasa, Ahad adalah hari lepak sedunia sambil2 bereskan kerja rumah. Nak mengemop, membasuh baju...dan menidurkan diri di waktu siang. Hehe...

Pagi2, abang bawa roti canai 3 kuah. Alhamdulillah! Selamat. Tak payah buat sarapan...Dah nama rezeki la tu.

Bila masuk taim memasak, jenoh dok pikir nak masak apa. Nak buat kari...baru jer buat. Nak masak Tomyam...mak tak suka benda masam2 sangat. Hmm...since mak suka makan masak lemak, buat jer lah masak lemak.

Bila nak berlemak-lemak ni, nak kena cari nyok. Kat kampung ni...masih kena koyak dan kukur nyok. Walaupun malas tahap gaban...kene buat jugak ler....Dulu2 pernah juga beli pemarut kepala eletrik, tapi tak pandai dan tak berani guma...habis calar tangan. Lani, kat rumah Kak Ah ada jugak...kalau dia tak sibuk, pi mengendeng kat rumah dia, suruh dia tolong parutkan....

Baru start...dah mengah...

Lepas tu, sediakan gravy untuk masak lomak...cili api, bawang merah, kunyit hidup dan buah keras. Tumbuk dalam lesung batu...ketung ketang...ketung ketang...

Dah siap tumbuk....
Tengah nak blender nyok, takdak karan la pullok. Hmm...jari jemariku semenjak dua menjak ni, tak berapa kuat nak memerah. Almaklum, dah lanjut usia...Perah jugak la nyok tu....santan dia ceroi ceroi ja la...
Kira OK lah....

Siap sudah Masal Lemak Cili Api Udang plus Kentang....
Untuk nilai kalori dalam udang, boleh rujuk kat sini. Sapa yang ada gout, high cholesterol...kurangkannnn pengambilan untuk kesejahteraan diri...hehe...



No comments:

awesome comments