A scribble of my mind and heart.....

Monday, September 3, 2012

REUNION RAYA 2012


@ Bandar Seberang Jaya...

Reunion raya yang diadakan di rumah Eina, di Seberang Jaya.
Unfortunately, saya tak dapat turut serta due to personal and work commitment.
Ketidak hadiran saya dengan alasan yang saya beri mungkin kecil dan tak dapat diterima oleh sebahagian kengkawan. Namun hanya saya tahu masalah saya. 

Gambar yang saya kidnap dari wall Mastura Salleh.

Yang penting, semua orang nampak gembira. Alhamdulillah


@ Bandar Perda, Bukit Mertajam...

Ini pulak reunion raya kat rumah Midah. Sekali lagi saya tak dapat join.
Harap sangat kengkawan faham masalah saya yang payah nak cerita...
Sebenaqnya, saya looking forward nak jumpa Midah, saya ni ada banyak dosa dengan dia...
Nak memohon maaf walaupun saya tahu dia dah memaafkan saya.
Dia ikon persahabatan di hati saya, 
kerana dia saya lebih menghargai persahabatan dan saya belajar membuang ego saya...

Jamnah, Lin, Sanah, junior Khalizan dan Midah
Lagi satu, saya teringin nak makan Ayam Burma yang Lin dok asyik gah tu...
Nampaknya... melepaslah saya!


@ Kepala Batas

Malam hari yang sama, saya tutup kedai lebih awal.
Kesian Soleh, dia jemput saya ke 'open house', katanya... makanan banyak,
maybe tak ramai yang turn-up.
Tup2, saya jumpa Lin dan Zan di rumah Soleh...
Apa lagi... gamatlah!
Inilah satu2satunya open house yang saya dapat hadirkan diri... 
Alhamdulillah!

Di rumah Soleh dengan ditemani anak sedara..

"A Friend is someone who knows all about you and loves you anyway!!!" 


Photobucket

No comments:

awesome comments