A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, September 25, 2012

MISSION ACCOMPLISHED

Sebenarnya, saya dah lama nak menulis entry ni, tapi tergendala sebab tengah sibuk menyiapkan cerita pendek untuk projek ke dua dengan kawan-kawan penulis. Setelah berhempas pulas, saya menokhtahkan cerita saya dengan perkataan tamat, lewat malam semalam. Alhamdulillah! Saya menarik nafas lega... tapi untuk sementara saja sebab sifu saya kata, kena ubah here and there...

So, berbalik pada entry kali ni, ia mengenai misi mengeratkan silaturrahim yang saya putuskan di zaman kanak-kanak ribena dulu. Masa di tingkatan satu, saya pernah bergaduh dengan kawan baik saya, Midah.  Sebabnya, hanya saya dan dia yang tahu ( kata Lin, versi kami berbeza). Dan sessi konfrontasi tu berlanjutan sampai tingkatan 5. Saya tak salahkan sesiapa, saya meletakkan 100 persen kesalahan di pihak saya. Bukan saya bencikan dia, bukan tak ada keinginan nak berbaik, tapi ego saya waktu tu, tinggi melambung.

Selepas SPM, masing2 membawa diri, saya masuk U dan dia masuk maktab. Saya pernah nampak dia di stesyen bas, tapi malu nak menegur. Waktu tu memang dah timbul niat nak memohon maaf. Namun lagi sekali... ego tetap jadi raja dalam hati saya. Lepas tamat pengajian pula, saya masih setia di Penang tapi dia berkahwin dengan orang Johor dan mengajar di sana. Dan, saya cuba juga bertanya tentang dia melalui kawan-kawan... terutamanya, Lin. Saya suarakan hasrat untuk menemui Midah.

Alhamdulillah 2010, dia balik semula ke Penang. Beberapa kali juga, kami ( saya dan Lin) buat rancangan untuk berjumpa Midah. Sudahnya, penutup syawal lepas, hari ahad 16 september... Midah ditemani seluruh ahli keluarganya bertandang ke rumah saya.


Sebenarnya, saya rasa sangat bersyukur. Berdebar pun ada. Dok berfikir-fikir nak masak apa, sebab saya bukanlah pakar masak. Pakar makan adalah. Akhirnya... kakak cadangkan saya masak macaroni sup. (dalam gambar)


Jamuan ala kadar buat sahabat lama. Sedap tak sedap tu... belakang kiralah.


Posing-posing sebelum balik. Dari kiri, Lin, Midah, mak dan saya.

Alhamdulillah! Tak dapat saya gambarkan kegembiraan hati saya. Sebelum menutup mata, Allah masih beri saya kesempatan untuk bermaaf-maafan. Terimakasih untuk Midah yang tak pernah ambil hati dengan perangai saya. Terimakasih juga untuk Lin yang berusaha merealisasikan keinginan kami berdua.

Ini komen kami di facebook wall Lin, dengan status 'mission accomplished'nya...



Tetiba, dada saya terasa lapang, bahu saya terasa ringan. Beban yang saya kendong akibat memutuskan silaturrahim terangkat tiba-tiba. Alhamdulillah untuk pengajaran yang diberi. Ia memang membuatkan saya lebih menghargai persahabatan. Amennn.


Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything. 


Photobucket

No comments:

awesome comments