A scribble of my mind and heart.....

Saturday, December 28, 2013

POEM : HUJAN



HUJAN

Merenung langit sebelah sana… 
Terang benderang
Padangnya menghijau… 
saujana mata memandang.
Tertunduk aku, memandang tempat berpijak…
Rerumputnya sudah mati..
Kering kontang…

Aku mendongak ke langitku…
Awan berarak hitam… 
angin bertiup rakus
Menghantar ribut datang bersama hujan yang mengganas…

Saat aku berdiri di bawah bumbung,
Ada yang basah dan pasrah…
Saat aku sedih dan gundah,
Anak-anak kecil gembira berlari...
bermain dalam lebat hujan
menjalin ukhuwah

Sadarlah aku..
Hidup ini, 
bukan tentang bagaimana yang kita inginkan
atau tentang apa yang kita kurang...
Tetapi rasa syukur dengan pemberian-Nya
Dan menerima ketentuan…

Photobucket

Tuesday, December 24, 2013

KALAU CERMIN KERETA PECAH

APA NAK BUAT EK?


Pagi tadi, waktu Kak Arn sedang memandu dan saya di sebelah sebagai penumpang,  tiba-tiba macam ada letupan kecil dan cermin kereta terus crack... mujur sempat ke tepi and made a safe parking. Terus teringat, 10 minit sebelum tu, dekat area Paya Keladi, ada berselisih dengan lori. Ada bunyi 'ketik' macam sebiji batu kecil jatuh atas windscreen.

Berdesir bunyi cermin pecah dalam butiran-butiran kecil. Selama 20 tahun drive, ni pertama kali encounter masalah macam ni. Tak tau nak buat apa... garu kepala jugak la... Boleh ke nak drive dalam keadaan crack macam tu?

Alhamdulillah! Pertolongan dari Allah sampai. Ada 3 orang lelaki macho ( stok adik2lah kiranya kalau nak dibandingkan dgn umur kami) berhenti dan tolong bagi petua nak buat apa. Depalah yang tolong ketuk cermin yang retak tu, buang tepi jalan dan pastikan semuanya clear untuk saya drive pelan2 ke tempat kerja...

In the meantime, kami call staff (Shikin), minta tolong jemput sat. Dan bila dia sampai, Kak Arn tumpang dia ke kedai dan saya tunggu adik2 tu habiskan proses membuang cermin. Baiknya hati adik2 tu...  depa tolong saya sampai semua selesai. Jazakallah untuk adik Hosni dan kawan-kawannya yang katanya dari Kampung Setul, Simpang Empat Matang Buluh. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan kamu2 semua. Semoga Allah mempermudahkan hidup dan memurahkan rezeki kamu2 bertiga.... Ameennnn! ( Tolong aminkan doa saya ye!)

Selepas semua selesai, saya drive pelan-pelan, sampai ke kedai... Alhamdulillah! Semuanya selamattttt... walaupun kocek akan bakal tiris nanti.


So, apa nak buat bila cermin kereta pecah? Ini petua untuk orang yang tak tahu macam saya...

1. Pastikan kita cari tempat selamat untuk parking di tepi jalan.

2. Cermin akan pecah kepada butiran kecil. Jangan pandu kereta dalam keadaan macam ni. Sebab kemungkinan ia akan pecah dan butiran tu boleh masuk ke mata dan saluran pernafasan kita. Bahaya.

3. Buang cermin dulu. Biar lompong kat depan. Kalau ada kertas surat kabar, letakkan dekat atas dashboard tu, lepas tu baru ketuk cermin tu pelan-pelan dengan apa2 saja yang boleh dibuat sebagai pengetuk. Dalam kes saya tadi, tak ada old paper dalam kereta. Maka terpaksa rembat bunting yang orang lekat dekat tiang. Holder bunting tu... adik2 tu buat ketuk cermin kereta. Cermin akan jatuh atas kertas, so... senang nak buang nanti dan tak akan kotorkan dashboard dengan powder dari cermin tu...

4. Tutup pintu kereta pelan2, drive pelan2 dan pastikan kita pakai cermin mata/ sun glasses supaya kalau ada habuk, ia tak akan masuk ke mata. Pakai mask supaya... kita tak terhidu masuk serbuk kaca tu... 

Sekian terima kasih! hehe...

Jangan lokek atau rasa berat nak tolong orang, sebab akan tiba suatu masa... bila kita dalam kesusahan, Insya-Allah, akan datang pertolongan tanpa kita sangka-sangka untuk memudahkan hidup kita. There's a saying says, what goes around, comes around.


Photobucket

Saturday, December 14, 2013

DAH LAMA TAK PI PENANG ISLAND

Ya...  dah lama tak pi Penang Island. Dulu2 selalu cakap kat kawan, saya lebih kerap pi Shah Alam dari pi Penang. Haha... Cuma la ni, becoz of my stormy whether, Shah Alam pun dah jarang pi...

Cuma semalam, terpaksa jugak drive ke Penang. Nak mengantar borang untuk pembaharuan lesen A. Yang buat lambat tu... syarat baru bahagian Farmasi Negeri, kena dapatkan Annual Retention dulu, kepil bersama dan hantar, then baru boleh proses untuk Lesen A tahun depan. Annual Retention baru sampai minggu lepas. Memandangkan masa dah suntuk, kalau pos, it may get lost on the way... so baik pergi hantar by hand.

Bertolak dari ofis pukul 10:30 pagi. Dok kira pi - kira mai, last2 decide nak naik ferry. Boleh rehat dan jimat minyak sikit. ( :D ) Malangnya, masuk jer jejambat yang menghubungkan ferry tu... dah start jam. Adehhhh!!!  Mujur ada kereta yang berpatah balik nun kat depan. Dan kebetuulan pihak Penang Port ada buat bukaan untuk sapa2 yang nak koner balik. So, sebaik sampai kat situ saya pun koner... patah balik dan ambik jalan ke Penang Bridge.

And the sad scenario is, jalan jambatan pun jam jugak. Terkemut-kemut sementara nak sampai tol. Lepas tu dok berebut nak masuk line, ada yang bagi jalan... ada yang tak bagi. Yang tak bagi tu, dia fight macamlah dia boleh sampai Penang dulu dari saya. Yang bestnya, dia fight takmo bagi jalan kat saya... last2 line saya yang jalan laju dari dia. Masa saya pass kereta dia, saya sengih lepas tu gelak jahat sorang-sorang kat dalam kereta... hahahahaha... hahahahaha...

Rupanya, nasib memang tak menyebelahi saya hari ni. Saya sampai Island pukul 12 lebih. Huhuhu... hari jumaat, ofis tutup pukul 12:00. Mau tak mau kena pusing2 dulu sementara ofis buka semula. So, pusing2 cari parking dekat Chowrasta. Ingat nak pi kedai buku terpakai kat atas tu... tapi kawasan tu dekat dengan masjid, mmg susahlah nak dapat parking... Last2 saya pi pusing2 Komtar.

Komtar dari entrance Perangin Mall
Singgah Popular. Kebetulan depa tengah buat sales on novel berbahasa Inggeris. Murah giler. Mostly at one third of the actual price. Saya memang jarang beli novel BI brand new. Selalunya... beli yang secondhand jer, tu pun selalunya half of the price. Ofer ni memang lebih murah dari novel secondhand...

Harga runtuh yang memang real runtuh... yang kanan tu harga jual sekarang....

Lepas beli novel... pusing2 dalam Pacific Supermart tu, lepas tu masuk Bazaar. Berkenan tote bag, depa juai Rm 9 jer...beli la dua. Nak buat projek sket. Kalau siap nanti, saya upload gambaq dia...

Pusing2 sampai pukoi 2pm, then off to Jalan Anson. Lagi sekali rasa macam nak tegheyak guling2 dekat depan Wisma Persekutuan tu! Macam manalah boleh lupa hari Jumaat depa buka pukoi 3 petang. Kena tunggu another 45 minutes. Huhuhu... geramnya kat diri sendiri! Kesian pulak dekat Kak Arn kat kedai yang tak makan apa sejak pagi tadi... ingatkan saya boleh sampai balik dalam kul 1:00 ++

Alang2 dah mai tu, kenalah tunggu jugak. Mujur Pak guard benarkan saya tumpang solat dekat surau depa. Sejuk aircond tu buat hati saya kembali sejuk...

Lepas habis urusan, saya bertolak balik dan sampai di kedai pukul 4:15. Kak Arn kelaparan... mujur teringat nak beli nasi ayam on the way...

Inilah antara sebab di Penang, kami dibenarkan kepilkan bersama sampul surat beralamat sendiri untuk pihak enforcement menghantar semula lesen yang sudah diproses terus ke alamat kami. Nak pergi Penang, susahnya... macam nak pergi KL. Saya perlukan 4 jam setengah untuk sampai balik ke kedai... huhuhu...



Photobucket

Friday, December 6, 2013

MY LACK SELF ESTEEM...

Saya bukan seorang yang yakin diri. Itu kelemahan utama saya. Sungguh! Sehingga ke hari ini selepas hampir separuh abad, saya masih termasuk kategori orang yang kurang keyakinan diri.

Saya orang kampung, dan dibesarkan dalam suasana kampung di zaman 70an. Mak dan ayah saya pula, bukan berpendidikan tinggi. Mereka membesarkan saya seadanya... dan terima kasih tak terhingga untuk itu. Cuma mungkin, di zaman kanak-kanak saya... kami lebih banyak ditakutkan dengan cerita-cerita hantu, orang potong leher orang dan macam-macam lagi. Kami juga diajar supaya menghormati tetamu dengan cara menjauhkan diri dan jangan menyampok perbualan orang tua-tua...

Oh, God, I struggle with low self-esteem all the time! I think everyone does. I have so much wrong with me, it's unbelievable!

Masuk ke asrama di sekolah menengah, saya membawa sifat itu bersama. Tak ada orang yang menyedarkan saya dan saya kira, itulah yang terbaik untuk saya. Saya gemar lari dari memegang peranan besar dalam apa saja aktiviti.

Saya boleh berlari laju, namun saya berlari laju hanya untuk qualified mendapat unit untuk rumah sukan sewaktu sukan tambahan sahaja. Selepas itu, saya pura-pura tak kuat berlari bila tiba pemilihan untuk acara sukan yang lebih besar. Saya boleh menyanyi, dan saya pura-pura menyanyi sambil gelak sewaktu pemilihan koir sekolah diadakan. Bukan hanya itu... saya lari dari banyak aktiviti yang sepaptutnya membentuk saya menjadi manusia yang lebih baik dan lebih berkeyakinan. Betapa ruginya saya!

Sudahnya... saya tidak ada kredibiliti untuk menjadi pemimpian. Pos paling tinggi yang saya pegang sewaktu bersekolah adalah setiausaha Persatuan Bola Lisut. Itu aje!

Ya mujur, mujur saja saya gemar bersukan. Maka saya mewakili sekolah dalam pasukan Hoki dan Besball sekolah. Dan mujur, mujur juga saya tinggal di asrama yang sangat memerlukan pergaulan selama 5 tahun... itu membuatkan saya tidak kekok bergaul.

Every accomplishment starts with the decision to try. It's better to try and fail than to never know and always wonder.

Kurangnya keyakinan diri itu buatkan saya sangat kagum melihat orang yang mampu berhujah, berbahas, bercakap di hadapan orang ramai dan mengambil tanggungjawab sebagai ketua atau penyelaras sesuatu event. Saya wonder, apa kekuatan dan bagaimana mereka2 tu mampu melakukan sebegitu...

Mulanya, masa sekolah dulu saya ingat, kawan-kawan saya tu memang dilahirkan dengan bakat terpendam macam tu. Dari kecil dah mampu bercakap melontarkan pendapat dan tak takut dengan persepsi. Kalau macam tu, tentunya tidak adil bagi saya yang tidak dikurniakan kebolehan sebegitu...

Namun lama kelamaan, selepas melalui fasa pelajar, masuk ke universiti dan alam pekerjaan membuatkan saya sedar... semua tu bukan datang dengan sendirinya atau gifted by God. Mereka sebenarnya sudah melalui acuan-acuan tertentu yang menjadikan mereka begitu...



Saya cuba memperbaiki diri. Membeli dan membaca buku2 motivasi... namun bukan mudah untuk berubah menjadi yakin dengan sekejapan. Dan sehingga kini, saya masih belajar untuk yakin diri dan berjuang untuk yakin diri. Tak reti... saya belajar. Tak faham... saya bertanya. Yang penting saya ada usaha untuk mengubah diri saya.

Terbaru, melibatkan diri dengan bidang penulisan, saya belajar untuk menzahirkan rasa hati saya dengan mata pena. Mula-mula memang malu... lama2, ia sudah beransur menjadi biasa... Saya masih belajar dan mencuba dan akan terus mencuba...



Photobucket

Thursday, December 5, 2013

WAITING FOR THE SUNSHINE...


Kata orang, jika mahu melihat pelangi, kita terpaksa melalui fasa hujan... 
Ya  hujan... kalau bernasib baik, ia sekadar drizzling rain,
kalau tidak... bersedialah mengadap ribut taufan.
Bezanya antara melalui drizzle rain dan stormy weather adalah...
the later creates a stronger you
Ya... STRONGER YOU...

My stormy weather has been going on and on... for quite sometimes
I miss the sunshine
I miss the time when I dont have to think so much of so many things...
rasa nak buat apa, buat!
rasa nak beli apa, beli!
rasa nak pergi mana, pergi!
I miss the time when I can spend and buy almost anything for me and my family,
I miss the time of being the soul bread winner and provide everything to everybody.

Yea..
for now, I just have to continue fighting...
I just have to continue feeling helpless...
I have to continue dreaming...
Another 7 months to go... and I hope after that,
I will start crawling and then, stand on my own again...

After winter comes the summer. After night comes the dawn. After every storm, there comes clear, open skies.

Photobucket

Thursday, November 28, 2013

GET CREATIVE AGAIN...

I love to draw but not that good or very talented enough. Just so and so aje... kurang daya creativity. So walaupun teringin nak menghasilkan artwork... ada barrier kat situ.

 I have so many childhood stories that I would love to share with the world. How I wish I could draw cartoon character so I could tell story in comic form. So, by doing that... semua childhood memoris tu boleh diabadikan menjadi cerita yang very interesting. Contohnya... macam pengalaman saya jadi anak gembala dan ikut ajer punggong kerbau tu ke mana-mana...

In trying to achieve that, I had tried distance learning once, but I quit after sometimes... kind of lost interest of the lessons after sometimes. Lagipun distance learning tu macam ikut suka hati jer. Takdak orang nak marah. Kalau nak rugipun, duit sendiri...

Baru2 ni, try lukis pakai Paint. Bolehlah hasilnya... can do lah... ekekeke... I add quotes to the artwork.
Enjoyssss....









Yang ni, I dont put color.. my first trial.


The first I add quote and the later follow...


Photobucket

Wednesday, November 27, 2013

MIRACLE DRINK


This MIRACLE DRINK has been circulating for a long time long
ago.It is worth your while to take note.

It is like a Miracle Drink! It is simple.

You need one beet root, one carrot and one apple that
combine together to make the JUICE! Wash the above, cut with the skin on into pieces and put them into the juicer and
immediately you drink the juice.

You can add some lime or lemon for more refreshing taste.
This Miracle Drink will be effective for the following ailments:

1. Prevent cancer cells to develop.It will restrain cancer cells to grow.
2. Prevent liver, kidney,pancreas disease and it can cure ulcer
as well.
3. Strengthen the lung, prevent heart attack and high blood
pressure.
4. Strengthen the immune system
5. Good for the eyesight, eliminate red and tired eyes or dry eyes
6. Help to eliminate pain from physical training, muscle ache
7. Detoxify, assist bowel movement, eliminate constipation.Therefore it will make skin healthy & LOOK more radiant.It is God sent for acne problem.
8. Improve bad breath due to indigestion, throat infection,
9.pain
10. Assist Hay Fever Sufferer from Hay Fever attack.

There is absolutely no side effect. Highly nutritious and easily
absorbed.Very effective if you need to loose weight.You will notice your immune system will be improved after 2 week routine.

Please make sure to drink immediately from the juicer for
best effect.

PLEASE SHARE TO YOUR FAMILY AND FRIENDS.

Visit WALLPAPERS here...


Photobucket

Friday, November 22, 2013

GET CREATIVE

DECOUPAGE - TISSUE HOLDER

Ini wall tissue holder yang saya ambik masa beberapa bulan untuk siapkan. Sepatutnya, masukkan dalam blog creative yang lagi satu. Tapi saya lupa password. Rasanya la ni, kena masuk kat sisni semua... dah tua dan tak dan nak tulis dan manage banyak2 blog.


JAHIT MANIK

Ada dua baju kurung baru siap jahit. Bukan saya jahit, tapi Kak Mun yang jahit. Lepas tu... teringat nak jahit manik. Jahit pi la herot petotpun. Nak pakai sendiri saja...




Yang inipun makan minggu jugak nak siap... haha... as usual, I'm very good at procrastinate.
Photobucket

Saturday, November 9, 2013

SAMBIL MENYELAM, MINUM AIR

Hujung minggu lepas, saya ke Shah Alam selepas beberapa bulan tak ke sana. Kali ni, saya hantar Kak Ani balik. Sambil-sambil tu, saya minta tolong Ris bawa saya pusing2 Shah Alam buat side seeing lokasi nak dimasukkan ke dalam novel. Maka sambil menyelam, saya minum air.

As usual, ke mana saya pi, saya tak dapat nak dipisahkan dengan kucing. Kat belakang rumah Kak Ani banyak kucing yang dia bagi makan aje, tak bela pun. Diapun macam saya... kesian tengok kucing lapar tak makan. Kebetulan kibbles dah abis... pegi beli dekat kedai mamak dekat Petronas tu dan balik jer... terus bagi makan...





Terlalu lapar, sampai masuk dalam bekas makanan... hehe

Hari Sabtu yang sampai tu, tak pi mana2. Lepak jer kat umah Kak Ani. Hari kedua barulah Ris mai ambik untuk melawat kawasan. Ni lagi sorang hantu kucing. Dia bela 60 ekor kucing... yang kalau saya, memang surrender awai2 lagi. Yang 16 ekor kat umah tupun, kadang2 rasa macam nak nanges jer bila depa buat perangai kencing merata. Kadang2 rasa kesian dekat mak dengan Kak Mun sebab kena tolerate dengan kesukaan saya ni ( lebih kepada tak sampai hati sebenarnya bila tengok anak kucing kena buang... tu yang saya kutip tu...)

Okay, berbalik kepada Ris, Si Pencinta kucing yang sangat2 tabah ini, sempat juga saya snap gambar dash board kereta dia. Bukan takad dash board sebenarnya.... apa2 saja yang dia ada, mostly akan berkisar tentang kucing.



Kat dalam keretapun, ada imej kucing...


Lepas tu barulah cari lokasi untuk novel. Semuanya dah ada dalam kepala... cuma nak dapatkan perincian yang lebih detail tentang sesuatu tempat...

Ini lokasi Mizi kena bunuh dengan orang jahat tu... lepas kena bunuh, dia terjatuh dalam tasik kecil ni

PANDORA, lokasi Nurin claim hadiah harijadi dari ayahnya dan di sinilah dia bertemu Akmal. Akmal pula  yakin dia tahu sesuatu tentang Karno...

Dekat bangku inilah April dan Ti'ah berhenti berjoging dan bercerita tentang Nurin dan majlis harijadinya... dan di sini juga tanpa sedar, gelagat mereka diperhatikan  oleh seorang lelaki...

Nurin makan dengan Tok Ayah Kasim kat sini. Di sini, Tok Ayah Kasim beri gambar mama Nurin dan itu kali pertama dia menatap wajah ibu kandungnya...

Suruh juga Ris drive melalui Seksyen 8, Shah Alam. Kawasan rumah besar2 tu. Kononnya Teratak Nur Karmila (TNK) tu, lokasinya dekat2 situ la. Yang ni saya imagine jer. Tak bulehlah nak ambik perincian rumah kat situ, karang kena saman baru tau! Dan macam yang saya gambarkan jarak dari TNK ke taman rekreasi tu... tak adalah jauh sangat. Sesuai le dengan cerita yang saya tulis.


Masa ke Klang ke kedai Ris, terjumpa stray cat yang luka perutnya sampai nampak isi. Sempat juga Ris beri makanan sebab dia memang jenis yang ada jer bekalan makanan kucing dalan kereta.

Makan dengan lahapnya... hari ni dia ada rezeki, harap2 tiap2 hari... ada jer orang akan kesiankan dia...

Lepas habih side seeing, kami bertolak ke Putrajaya, melawat Baliz dekat Hospital Putrajaya. She has to undergo laparostomy... moga dipermudahkan untuk Baliz. Dari lawat Baliz kami pi makan makanan Arab. Then off to rumah Kokna kat Bandar Baru Bangi...

Sebelum balik, hari senin tu, makan dengan Nabilah dekat The Tea Pot Deli kat tingkat 3 SACC, terlupa nak snap gambar sebab sibuk bersembang.... Pernak makan kat sini sekali, dengan Kak Saedah masa nak pi seminar tahun lepas...kalau nak baca, klik kat SINI, Tea Pot Deli


Hari Selasa, balik kampung. Sempat singgah di RnR baru, Agromall Mydin tu. Pernah makan moi sup kat sini dan sangat sedap. So hari ni, ajak Kak Arah makan kat sini. Dia makan Bubur Bakso... terus jer puji melambong kata sedap... So, sapa2 melalui LRUS bila sampai Ipoh, boleh singgah dan cuba makan... dekat gerai yang bertulis Mee & Sup.

Dah makan separuh, baru teringat nak snap gambar...

So tu jerlah ceritanya kali ni.... harap2 dapat pi lagi, tapi macam tak boleh jer....
Photobucket

Thursday, November 7, 2013

SUBHANALLAH!

Subhanallah! Ini imej yang berjaya dirakam semalam... 
Fenomena alam ciptaan Allah yang amat mengkagumkan.
Masa ni, tengah drive...
Dah dekat maghrib
ambil peluang, berenti tepi jalan dan snap foto ni....


ini satu lagi imej...


“What i like about photographs is that they capture a moment that’s gone forever, impossible to reproduce.” ― Karl Lagerfeld

Photobucket

Wednesday, November 6, 2013

MY PAGE ON FB

Ada create satu page in FB. I named it CATS AND QUOTES.

I love cats and like reading and collecting quotes for it's one of the way to built my positive mind. So in this page... I combined both. Sesajer jer, buat ubat boring kekadangnya....



Kalau suka kucing dan suka juga quotes...Tolong like page ni jap... tapi secara sekarela jer, kalau rasa terpaksa, jangan paksakan diri anda... :))


Kat sini tau.... https://www.facebook.com/pages/Cats-and-Quotes/677394785612820
Photobucket

Friday, October 25, 2013

CANDY CRUSH MADNESS...

It's been years since the last time I got involved with games. Haywire hidup! The last time madness was Farmvilles. And I was kind of tied up to the planting and harvesting schedules until it really affected my daily life... but Alhamdulillah! I managed to stop it.

And now... what have I done to myself? After successfully ignored all the invitations all this while, finally I am one of the Candy Crush players and started to feel the addiction. Padan muka!

A friend asked, why out of sudden... I play Candy Crush? And my answer is ' I did it out of curiosity and after feeling bored with nothing to do'.

Memang hari mula main CC tu memang tahap boring giler! Dan teringin jugak nak tahu, apa yang orang gilakan sangat dengan CC ni? And its like Allah wants me to see the rational of my answer when I suddenly found this on Ustaz Zaharuddin fb...



Then... a friend (a good friend of course, if she keeps reminding us to do good things and avoid doing the bad ones) puts comment to my fb status about Candy Crush... Huh! Makan dalam sungguh komen tu, tapi ia lebih kepada sebiji penampar yang dilepaskan ke pipi. Baru tau nak sedar diri...


Then ada another friend yang post link ni kat fb, 13 Dissapointing Facts about Candy Crush. Nah! Pi baca kat
  SINI
For the time being, masih main CC, selagi dia tak affected hidup sangat... kalau dah hay wire nanti, pandai2 ler saya hentikannya...

Photobucket

Friday, October 11, 2013

MAK...



Hari ni, kawan mak merangkap sepupu mak, Ngah Besah... mai jengok mak. Macam dipanggil-panggil, sebab mak memang selalu sebut Ngah Besah bila terkenang zaman dulu2. Sedih pulak tengok mak dengan Ngah besar menangis. Ya lah, syahdu bila berjumpa dah tua-tua dan teringat kawan-kawan depa yang dah kembali ke hadhratNya.

Hari ni jugak, dapat tahu yang mak tua dua tahun dari umur yang tercatat kat IC. Biasalah... dlu2, bila lepas merdeka, nak daftar, depa main teka jer beranak tahun berapa. Rupanya memori Ngah Besah masih kuat. Dia kata dia beranak tahun 33 sama dengan mak. Kawin pun selang seminggu dengan mak...

Lepas tu, sakit perut gelakkan kenakalan Ngah Besah masa kawan dengan mak dulu2. Ngah Besah ni kahak ( bahasa penang yang maksudnya cam ganas la aka ghempang) dialah kaki panjat pokok, terjun lubang dan macam macam lagi...

Dan saya tau, rupanya mak saya ni, memang versi lemah lembut sejak dulu... heran! Pasaipa anak dia tak lagu tu?


Photobucket
awesome comments