A scribble of my mind and heart.....

Thursday, January 31, 2013

RUMAH KUCING...

Ini rumah kucing versi kitar semula 
Bumbung dari bengsal kereta Abang Mat. Kayu pulak Ba'om beli yang sudah digunakan. 
Ofer kezen buat construction ( konon), tak mai pun... 
last2 pakai arkitek belakang rumah.

under construction

Arkiteknya tukang kelaghah.
Architect at work, yang kat belakang tu... penasihat.

Tukang kacau paling besaq...

Photobucket

Tuesday, January 22, 2013

COOLBLOG DAN KEMAAFAN


Saya tengah gila Coolblog. Ini bukan blog di internet. Cuma sejenis beverages yang menjadi kegilaan anak2 remaja sekarang. Walaupun saya bukan remaja ( lebih kepada remaja purba), tapi akibat diperkenalkan oleh anak sedara saya Nora ( dalam gambar), saya pun dah gila nak minum coolblog.

Saya melihat peluang perniagaan di sini. Kalaulah CB ni ada sistem franchise... boleh juga buka peluang perniagaan. Juga peluang pekerjaan untuk anak2 buah saya.

Sebenarnya dia cuma ice blended dengan berbagai perasa yang ikut pilihan nak ditambah smoothies and pearl. Pilih ajer nak tambah apa. Jangan tambah semua sampai pening dah laa...

Dua minggu lepas, saya ke Tesco Bakar Arang SP. Semasa menunggu oder CB disiapkan, tetiba saya ternampak seseorang. Iaitu kawan sekerja (EL) semasa saya bekerja dengan pharmaceutical company di SP jugak. Saya kenal dia tapi dia tak nampak saya. Waktu tu, saya macam berbelah bagi samada nak tegur ke tidak... tapi at last, saya panggil nama dia.

EL tak cam saya sehinggalah saya menyebut nama saya. Maklumlah, sudah lebih 13 tahun selepas saya berhenti bekerja di situ, dan saya hanya pernah berjumpa dia sekali. Kami berbual sebentar sebelum dia memohon diri untuk berlalu.

Mengimbau masa lalu...  sebenarnya, saya sepatutnya masih marahkan EL. Dia jadi punca sorang kawan saya tu (F), tak mahu bercakap dengan saya. F yang selama ni baik dengan saya, tetiba nak memandang saya pun tak sudi. Itu antara sebab saya bertukar pekerjaan selain sebab lain yang lebih penting. Saya merasakan environment kerja saya semakin tidak menyenangkan hati...

Selepas berpindah, saya dapat surat yang di alamatkan ke rumah saya. Surat dari F tetapi ditulis oleh EL. Isinya... pertama kali membaca, buat jantung saya berdegup kencang. Lima hingga enam helai kertas saiz A4 itu digunakan hanya untuk mengutuk dan mengata saya. Saya begitu... saya begini... pendek kata, sayalah manusia paling teruk di alam maya ini. Cuma.. bila diulang baca beberapa kali, saya hanya tersenyum, kemudian ketawa. Saya hanya tunjukkan surat itu pada kawan baik saya yang sama2 berkerja di syarikat yang sama dan lepas tu, hanya diamkan saja. Biarlah! Orang yang dicerca dalam surat itu... bagi saya, bukan saya. Bukan stail saya bergaduh dan menyerang orang sana-sini.

Surprisingly... EL ini, suatu hari, mencari saya di tempat kerja baru saya beberapa bulan kemudian. Saya difahamkan... dia akan menunaikan haji dan ingin memohon maaf dari saya. Saya biasa saja. bersalam dan memaafkan dia... saya tak pernah marah dan dendamkan dia walaupun hubungan saya dengan sahabat saya itu terus suam2 kuku dan kini terputus terus...

Alhamdulillah! Saya mahu menjadi seorang yang mudah memaafkan dan rasa lega bila dapat berbual dengan dia tanpa menyimpan sebarang rasa tidak puas hati. Saya harap sangat2 supaya saya dapat memperbaharui hubungan saya dengan F... suatu hari nanti.

Saya suka artikel dari genta rasa tentang memaafkan kesalahan orang lain. Siapa2 yang terasa nak baca, boleh ler baca kat SINI. 


I do good.. But I'm not an angel
I do sin.. But I'm not a devil
I just a small human being, living in this very big world..
A full time muslim, A daughter, And A sister


Photobucket

Monday, January 21, 2013

SUNDAY ACTIVITY


Gambar ni, saya snap kelmarin. Kelmarin kan hari ahad, hari cuti untuk saya. Awalnya hari ahad... plan nak pi kubur arwah ayah dengan kakak2. Tapi Mak Ngah Zizah dah booking nak mai cek kencing manis. Kesian pulak dekat dia... jadi sayapun op untuk tak pi... :( Rindu kat arwah ayah.

Lepas Mak Ngah dah balik, saya kemas sangkar kucing, buang najis dan kertas surat kabar yang dibuat lapik tu. Tengah berjalan nak ke lunggok sampah, tetiba dengaq ' brommmm!' bunyi binaan jatuh. Tersirap darah saya, sebab sebelum tu saya nampak Ba'om abang ipar saya tengah mengetuk binaan yang nak dibuat reban ayam.

Memang sah! Reban ayam to be tu dah ranap menyembah bumi. Alhamdulillah! kayu besar yang digunakan untuk pasak tu tak menimpa dia...

Ba'om kejutkan anak2 jantan dia yang 2 orang tu suruh bangun dan tolong. Tapi hampeh! Bebudak la ni, bukan dia tahu kesiankan mak bapak. Tidur sampai kesiangan...

Bila dah hampir pukul 10 pg masih tak dapat2 respon, saya dengan kak mun tawarkan diri nak tolong. Jadi tukang pegang kat sana-sini pun cukuplah... Hmm berat jugak tiang tu, mujurlah tak menimpa kepala Ba'om tadi. Beratnya sampai kami perlu ampu 3 orang...

Lepas dah berjaya dirikan... saya berehat sambil minum kat tepi tu. Terpandang betapa cantiknya rama-rama berterbangan. Patung2 pun ada... Maka teringat nak test senjata Canon saya..

Inilah hasilnya...









“What i like about photographs is that they capture a moment that’s gone forever, impossible to reproduce.”
― Karl Lagerfeld


Photobucket

Saturday, January 19, 2013

PARKING

Nak cakap isu parking, isu yang kadang2 buat saya berdengung kepala. Nak kata saya ni baik, takadalah sangat. Saya pun ada sisi kureng dalam diri saya. Macam kata-kata hikmah yang saya kutip dari FB ( nilah yang bagusnya fb, penuh dengan kata-kata motivasi dan kesedaran).

"Kita dipandang baik, kadangkala bukanlah kerana kita benar-benar baik. Tapi, kerana Allah telah menutup aib kita dari pandangan orang lain."

Jadi sebab saya pun bukanlah baik sangat... saya takmo elaborate panjang-panjang, nak cakap dengan ayat mudah2 jer ler... sebab saya tengah hangin dengan orang yang parking motor kat depan pintu kedai saya...

Parking penting diri...
Entah sebab apa... rasa macam nak pancitkan tayar dia. Takpun nak keluar dan tolak jer moto tu bagi terbalik. Kawan saya komen kat fb, suruh saya buang ajer tayarnya...
:))


Seluas-luas dunia... depan pintu kedai saya jugak yang dia parking. Itu menghalang laluan masuk! Tak kanlah otak dia takleh pikir?

Cerita kat tapak parkir
Ini pulak fenomena yang biasa kita lihat kat tapak parking di shopping kompleks. Masalah minda kelas pertama yang tak akan sudah sudah... sebab semua orang sekadar pentingkan diri sendiri. Konon-konon kita ni sibuk sangat sampai tak sempat nak letak balik troli dekat slot yang dikhaskan.


Kadang2 geram betul bila nak masuk parking je, adalah 2-3 troli tercongoh kat situ. Tak ke menyusahkan orang namanya?

Rasanya kat negara kita Malaysia yang sepatutnnya penuh dengan rakyat berbudi pekerti ni, tak lah terjadi perkara macam ni, kalau adapun mungkin 2-3 biji jer. Tapi hakikatnya... 2-3 orang jer yang simpan balik troli kat tempat sepatutnya. Rasanya... almost 80 persen tak simpan balik troli dan cuma tinggalkan ikut suka hati bertaburan kat kawasan parking tu.

:(
Photobucket

Wednesday, January 16, 2013

CUCU PENAKAN

Syuhada


Koleksi gambar Syuhada untuk tatapan Tok Maminya yang dok di Subang Jaya. Bab posing, Syuhada no 1. Suka sangat dengan kamera.

Semalam, dah dekat pukul 12 am, Syuhada masih nak ikut Tok Ndak mai umah nenek. Sebab dia buaih sangat, Tok Tam usik dia... Tok Tam buat2 tidur atas riba Tok Ndak dan Tok Ndak join the club mengusik Syuhada dengan mendodoi Tok Tam.

Selalunya, Syuhada akan marah kalau ada orang tidok atas riba Tok Ndak kesayangan dia, tapi semalam dia diam jer. Lama dia dok perati...

Ingatkan, dia akan nangis at the end. Tapi tetiba jer... dia cakap dalam bahasa dia...
" Dadachu chechaaahhhh...!!!"

Nak tau apa maknanya? :))

Maksud Syuhada... ' Ada aku kisahhhh!!!'

Alamak! Ini penangan tok sedara dia yang selalu dok sebut macam tu depan dia. Kan dah diikut dek cucu sedara yang cerdik bergeliga tu....


Hani Darina


Hani Darina, lebih kurang sebaya Syuhada, tapi sebab dia duduk dengan mak dia. Dia tak berapa rapat dan takut2. Nak dokong pun takmo... Isy!
Photobucket
awesome comments