Saya tengah gila Coolblog. Ini bukan blog di internet. Cuma sejenis beverages yang menjadi kegilaan anak2 remaja sekarang. Walaupun saya bukan remaja ( lebih kepada remaja purba), tapi akibat diperkenalkan oleh anak sedara saya Nora ( dalam gambar), saya pun dah gila nak minum coolblog.
Saya melihat peluang perniagaan di sini. Kalaulah CB ni ada sistem franchise... boleh juga buka peluang perniagaan. Juga peluang pekerjaan untuk anak2 buah saya.
Sebenarnya dia cuma ice blended dengan berbagai perasa yang ikut pilihan nak ditambah smoothies and pearl. Pilih ajer nak tambah apa. Jangan tambah semua sampai pening dah laa...
Dua minggu lepas, saya ke Tesco Bakar Arang SP. Semasa menunggu oder CB disiapkan, tetiba saya ternampak seseorang. Iaitu kawan sekerja (EL) semasa saya bekerja dengan pharmaceutical company di SP jugak. Saya kenal dia tapi dia tak nampak saya. Waktu tu, saya macam berbelah bagi samada nak tegur ke tidak... tapi at last, saya panggil nama dia.
EL tak cam saya sehinggalah saya menyebut nama saya. Maklumlah, sudah lebih 13 tahun selepas saya berhenti bekerja di situ, dan saya hanya pernah berjumpa dia sekali. Kami berbual sebentar sebelum dia memohon diri untuk berlalu.
Mengimbau masa lalu... sebenarnya, saya sepatutnya masih marahkan EL. Dia jadi punca sorang kawan saya tu (F), tak mahu bercakap dengan saya. F yang selama ni baik dengan saya, tetiba nak memandang saya pun tak sudi. Itu antara sebab saya bertukar pekerjaan selain sebab lain yang lebih penting. Saya merasakan environment kerja saya semakin tidak menyenangkan hati...
Selepas berpindah, saya dapat surat yang di alamatkan ke rumah saya. Surat dari F tetapi ditulis oleh EL. Isinya... pertama kali membaca, buat jantung saya berdegup kencang. Lima hingga enam helai kertas saiz A4 itu digunakan hanya untuk mengutuk dan mengata saya. Saya begitu... saya begini... pendek kata, sayalah manusia paling teruk di alam maya ini. Cuma.. bila diulang baca beberapa kali, saya hanya tersenyum, kemudian ketawa. Saya hanya tunjukkan surat itu pada kawan baik saya yang sama2 berkerja di syarikat yang sama dan lepas tu, hanya diamkan saja. Biarlah! Orang yang dicerca dalam surat itu... bagi saya, bukan saya. Bukan stail saya bergaduh dan menyerang orang sana-sini.
Surprisingly... EL ini, suatu hari, mencari saya di tempat kerja baru saya beberapa bulan kemudian. Saya difahamkan... dia akan menunaikan haji dan ingin memohon maaf dari saya. Saya biasa saja. bersalam dan memaafkan dia... saya tak pernah marah dan dendamkan dia walaupun hubungan saya dengan sahabat saya itu terus suam2 kuku dan kini terputus terus...
Alhamdulillah! Saya mahu menjadi seorang yang mudah memaafkan dan rasa lega bila dapat berbual dengan dia tanpa menyimpan sebarang rasa tidak puas hati. Saya harap sangat2 supaya saya dapat memperbaharui hubungan saya dengan F... suatu hari nanti.
Saya suka artikel dari genta rasa tentang memaafkan kesalahan orang lain. Siapa2 yang terasa nak baca, boleh ler baca kat SINI.
I do good.. But I'm not an angel
I do sin.. But I'm not a devil
I just a small human being, living in this very big world..
A full time muslim, A daughter, And A sister
No comments:
Post a Comment