"Kita dipandang baik, kadangkala bukanlah kerana kita benar-benar baik. Tapi, kerana Allah telah menutup aib kita dari pandangan orang lain."
Jadi sebab saya pun bukanlah baik sangat... saya takmo elaborate panjang-panjang, nak cakap dengan ayat mudah2 jer ler... sebab saya tengah hangin dengan orang yang parking motor kat depan pintu kedai saya...
Parking penting diri...
Entah sebab apa... rasa macam nak pancitkan tayar dia. Takpun nak keluar dan tolak jer moto tu bagi terbalik. Kawan saya komen kat fb, suruh saya buang ajer tayarnya...
:))
Seluas-luas dunia... depan pintu kedai saya jugak yang dia parking. Itu menghalang laluan masuk! Tak kanlah otak dia takleh pikir?
Cerita kat tapak parkir
Ini pulak fenomena yang biasa kita lihat kat tapak parking di shopping kompleks. Masalah minda kelas pertama yang tak akan sudah sudah... sebab semua orang sekadar pentingkan diri sendiri. Konon-konon kita ni sibuk sangat sampai tak sempat nak letak balik troli dekat slot yang dikhaskan.
Kadang2 geram betul bila nak masuk parking je, adalah 2-3 troli tercongoh kat situ. Tak ke menyusahkan orang namanya?
Rasanya kat negara kita Malaysia yang sepatutnnya penuh dengan rakyat berbudi pekerti ni, tak lah terjadi perkara macam ni, kalau adapun mungkin 2-3 biji jer. Tapi hakikatnya... 2-3 orang jer yang simpan balik troli kat tempat sepatutnya. Rasanya... almost 80 persen tak simpan balik troli dan cuma tinggalkan ikut suka hati bertaburan kat kawasan parking tu.
:(
1 comment:
am back my dear sis...
benar...kita dipandang baik kerana Allah masih menutup aib kita. Moga aib itu kekal ditutupinya dari dunia hingga akhirat.
Post a Comment