A scribble of my mind and heart.....

Friday, April 30, 2010

MAMAK

Lebih kurang macam ni ler rupa moto mamak juai kueh

Antara memori yang pasti tak dapat dilupakan sepanjang menghuni hostel SGGS, ialah Mamak penjual kueh setiap pagi pukul 10 dan setiap petang pukul 4...selalunya time2 gini, kami baru habis ke kelas prep (persediaan belajar). Adat dok kat hostel, selain main meals...tak ada apa yang boleh dibeli untuk dikunyah di kawasan hostel, kalau bernasib baik, ada family mai visit, ada ler bekalan roti kering untuk di cicah dengan air. So...membeli kueh mamak ni kira agenda yang ditunggu-tunggu tiap2 hari, macam pak penakan (uncle) kami jugak ler mamak nie...hahaha....

Bila dengar signal moto Mamak jer, maka bertebaran ler kami lari turun...sampai tak menang tangan Mamak nak melayan kami. Serba-serbi yang dijual oleh Mamak ni, nasi lemak, bihun, mee, kuih muih...especially kueh india macam Vadai dan Masavadai ( betul ker aku eja ni?). Apa ajer lah yang dibawa Mamak ni, kami belasah jer, masa tu bab kebersihan dan sources kuih muih tu tak penah terfikir, tapi rasanya halal dan toyyib. Teringat masa jumpa Amiza during reunion hari tu, dia dok bercerita memori waktu membeli kueh Mamak. Kata Amiza, tepung talam Mamak sedappp...tapi bila nak beli tu, dia siap ajar Mamak suruh lapik plastik dan jangan sentuh langsung dengan jari....

Aku pulak selalu dapat makan free...ada2 saja yang disedekahkan Mamak untuk aku, bila nampak aku, dia akan panggil aku 'cucu keecik...cucu keecik'...almaklum, dari dulu sampai la ni aku memang kekurangan inci, tak besaq2. Pendek kata kalau aku beli apa2, mesti aku dapat something tanpa perlu membayar. Suatu hari ayah datang melawat aku kebetulan dengan waktu Mamak datang berjual, semasa ayah nak belikan aku kueh, Mamak bagitau kat ayah yang dia ada sorang cucu kat India sebijik macam muka aku, sebab tu dia selalu bagi aku makan free...( dalam hati aku, aku percaya 50-50 jer).

Then suddenly, ada satu ketika tu Mamak yang biasa berjual tu tak nampak kelibatnya lagi, ada sorang mamak baru yang menggantikannya. Suatu hari tu, bila aku nak membeli kueh...aku perasan yang mamak yang baru ni asyik dok pandang muka aku. Bila aku nak bayar jer, mamak tu cakap " Cucu punya muka, sattu bijik sama itu Mamak cucu Yindia duduk"...hmmm...maka sah ler, aku memang ada kembar kat India nun...hahaha...Menurut mamak yang baru ni, Tok Wan aku tu balik India sat sebab sedara dia sakit....hehehe....

Bercerita pasai kembar kat India, teringat pulak incidence masa pi umrah few years back. Kami kene transit kat Bombay naik Air India, semasa aku hulurkan ticket kat one of the air stewardess, dia menunjuk ke arah laluan ke sit aku sambil bercakap dengan aku dalam bahasa Hindi...hahaha...tetiba masa tu aku rasa aku ni ada iras2 Pretty Zinta la plak (perasan ler tu), then dalam flight aku kena usik dengan hero India yang mukanya macam Kamal Hassan, sampai tak aman aku nak duduk..aku wonder, agaknya ada ker tak salasilah family aku dulu2 yang mai dari India?

Saturday, April 24, 2010

HONESTY PAYS, but...

Satu hari Ustazah Azizah datang ke kedai...bought something, sembang2 for few minutes, dia pun balik. Ustazah ni buka kelas Qiraati dekat2 premis aku jugak.

Selang 10 min Ustazah keluar, ada another customer masuk ( kita panggil dia Makcik A), tak pernah nampak dia sebelum ni..means bukan regular customer aku, dia ceritakan masalahnya, dan semasa tengah prepare ubat2 yang nak dibeli, masuk another customer lelaki (kita panggil dia Abang Adik).

Abang Adik ni regular customer, a nice man who love to help people around him, suddenly Abang Adik tunduk mengambil sesuatu kat depan kaunter.

Abang Adik : Laa...duit jatuh ni, huh..banyak ni RM 250 ( terus dia pass to Makcik A, yang kebetulan memang tengah membuka purse untuk membuat bayaran).

Makcik A : Hah...terimakasih...( sambil tangannya seperti menunjukkan isyarat berdoa menadah langit mengucapkan syukur, terus memasukkan duit tadi ke dalam purse).

Aku pulak terkedu, dalam hati ada strong feeling yang duit tu bukan milik Makcik A, macamana Abang Adik pasti yang duit tu kepunyaan Makcik A...tapi tak boleh nak buat apa2 sebab duit dah bertukar tangan dan selamat berehat dalan purse makcik A.

Aku : Hmm...banyak kali jadi lagu ni, customer tercicir duit, antara yang saya ingat sorang pakcik cicirkan wallet yang penuh dengan not 50...punya ler tebal, pastu ada makcik cicirkan RM 100. Kalau kami jumpa biasanya kami simpan...bila depa ingat dan boleh agak kat mana depa cicirkan, biasanya depa call tanya dan mai ambik. Bukan apa, nak kena pastikan juga, takut sat lagi orang lain hilang duit...orang lain yang dapat. (statement nak hint Abang Adik, kut2 duit tu bukan Makcik A punya).

Makcik A terus berlalu, then aku prepare pulak apa yang Abang Adik nak beli...sambil kami bercerita tentang isu tadi...aku tak berani pulak nak say out apa aku rasa...sekadar ceritakan insiden2 yang terjadi sebelumnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Lepas 30 min...telepon berbunyi, terdengar suara Ustazah Azizah di hujung talian.

Ustazah Azizah : Ada terjumpa duit tak kat dalam kedai? Tercicir duit budak2 bayar yuran tadi RM 250...rasanya tak pi ke lain lepas balik dari sana.

Aku : Hah..saya dah agak dah...memang ada duit jatuh, Abang Adik jumpa kat depan kaunter, tapi dia bagi dekat sorang makcik yang kebetulan tengah nak bayar duit...agaknya dia ingat duit tu jatuh masa makcik tu buka purse...dan makcik tu pun ambik jer.

Ustazah Azizah : Alamak...Rm 250 tu, rasanya jatuh masa saya ambil talipon dari dalam purse, tau dak kat mana makcik tu duduk?

Aku : Tak tau pulak, cuba Ustazah tanya Abang Adik..kut2 dia kenal, sebab dia memang asal sini...

Lepas peristiwa tu, Abang Adik cari jugak Makcik A, tapi tak sampai hati nak minta...sebab Makcik A buat tak tau jer...Ustazah Azizah pulak berputih mata. Aku pulak jadikan peristiwa tu sebagai pengajaran...next time kalau ada orang cicirkan duit, kene betul2 pastikan pemilik sebenar (susah juga nak buat tu), sebelum pulangkan kepada sesiapa yang berkenaan. Pelik juga bila fikirkan orang2 yang sanggup mengambil something yang sah2 bukan milik mereka...kalau tak ada sifat jujur dan amanah dan yang paling penting tak takut kat Allah, macam2 orang boleh buat.

Honesty pays, but it don't seem to pay enough to suit some people.

Wednesday, April 21, 2010

NASIB SI IBU


Tadi ada regular customer, a Chinese woman aged about 60 plus, datang ke kedai. Maknya ni tinggal dekat2 situ juga dan baru kematian suaminya lebih kurang 4 -5 bulan lepas. Terketar2 jalannya bertongkat.

Staff : Auntie, apa kabar, mau beli ubat apa?

Auntie : Hang tolong cek aku punya darah, ada tinggi ka? Pasai apa aku rasa pening saja. Ada anak 8 orang...satu orang pun tak senang mau bawa aku pi hospital.

Staff : Auntie duduk sini, pelan2 naa...itu anak semua sibuk kerja kut. ( sambil mula memakaikan cuff ke lengan Auntie tadi)

Auntie : Bukan semua kerja, tapi satu orang pun tak senang, kalau ada orang tua (suaminya) dulu, aku tak susah macam ni. ( Ada air yang bertakung di kolam matanya, dan suaranya juga menjadi sebak).

Staff : Auntie punya darah okay, tak tinggi pun...mungkin sekarang panas sangat, itu pasal Auntie tak selesa...balik nanti kasi rehat cukup2 nanti pening boleh hilang.

Auntie : Banyak terimakasih, ada anak ramai2 pun...satu orang pun tak mau tolong sama mak. (Sambil berjalan dengan Quad cane, dia tak habis2 membebel tentang anak2nya, kesiannnnn....)

Zaman sekarang, tak kira bangsa apa...ramainya anak tak semestinya menjamin hati ibu akan lebih terjaga di hari tua. Keperluan hidup di zaman sekarang lebih berpaksikan wang ringgit, jadi masing2 sibuk bekerja untuk mengumpul harta...hingga kadang2 hati ibu terlupa untuk dijaga. ( Peristiwa yang memberi peringatan untuk aku juga....)

No one in the world can take the place of your mother. Right or wrong, from her viewpoint you are always right. She may scold you for little things, but never for the big ones...she may feel like being neglected but will forgive you anyway....

Monday, April 19, 2010

MUFFIN COKLAT CIKNA


Aku ni mmg tak berapa rajin masak ( hee..saja tak mau guna perkataan malas), especially kalau ingredients masakan tu payah nak cari dan method nya pun messy sket...pakai kirim salam ler. Aku cuma masak bila rasa nak masak dan yang sempoi2 jer. Tapi aku mmg suka semua yang bercoklat..bercoffee, dan manis...

Selalunya kalau rasa nak makan beli ajer ler...tapi baru ni tengok ada resepi muffin coklat dalam blog Cikna..ie, Story of cooking, food and family tu. Nampak mudah dan bahan2 dia pun within reach jer. Kata Cikna resepi mudah...sambil pejam mata pun boleh buat...tapi masa aku buat, aku tak pejam ler mata...pasai kene tengok resepi (hahaha...).

So...hari ahad, aku pun membaking ler....Hmmm, sedapnyer, buat kudap-kudapan mak aku and family. Sapa nak resepi, klik kat sini.

Friday, April 16, 2010

POEM : My name is holy Quran.

Ada kawan emel poem ni untuk aku, aku publish kat sini untuk renungan bersama....jom layan.


Holy Qur’an is my name
I’m a book in elegant prints
To know my name here are some hints

Rich in cover and nicely bound
I am found in every muslims home
But, in hearts of muslims I’m rarely found

High on a shelf, I am kept
Forgotten there, I am left
Sometimes they put me on dirty places
To dispel ghost and Jinn as they said
And forgotten there I am left too

With respect I do get lots of kisses after reading
But, my main point is what they always miss
Neglecting the messages inside me
At times I am used for phony swear
My true use is very very rare

A miracle I am that can change the world
All one has to do is understand my word
So, you must read me, learnt me
Look what I must told to you.

I have law
I have wisdom
I have treasure
So much so there is no measure

I am your savior
I am your guide
I am from Allah, The Creator of The Universe
I was thought by Prophet Muhammad p.b.u.h
And defended with tears and blood

Right from wrong is my fame
So, you must read me, learn me and told everyone the content of me
Because, Holy Qur’an is my name


Al-Furqan

Verse :1

Most blessed is the One who revealed the statute Book to His servant, so he can serve as a warner to the whole world.

Verse :2

The One whom belongs all sovereignty of the heavens and the earth. He never had a son, nor does He has any partners in sovereignty. He created everything in exact measure; He precisely designed everything.

Wednesday, April 14, 2010

AYIS GO TOOL

This is my youngest nephew Harith Aiman atau nama glamer dia Ayis go tool...sebabnya masa dia baru boleh bercakap dan baru dapat beg sekolah...hari2 dia cakap ' nak go tool'. Almaklum ler, adik aku ie mak dia, dan bapa dia guru sekolah.

Ayis lahir pada hari yang sama S. Muzafphar naik ke angkasa lepas, so masuk bulan ni...umurnya dah 2 tahun setengah. Ini ler permata hati semua orang kat rumah...apalagi bebudak tengah nak explore hidup, sarat dengan macam2 keletah yang mencuit hati. Antara kegemaran Ayis ialah bergambar dan menyanyi. Contohnya, gambar kat sebelah ni, masa kami sibuk dok bersembang, dia lari berdiri kat tengah parking lot dan panggil aku 'kat cini pulak' suruh snap gambar dia. Bab menyanyi pulak dia suka lagu Aliff ( jangan nakal) dan lagu Yuna (sebenarnya)...baru2 ni balik rumah aku dengar dia nyanyi lagu M. Daud Kilau...Senyumlah Cik Mek Molek. Hahaha....sakit perut aku gelakkan dia. Kalau dia suka sesuatu lagu, jangan ada sesiapa nak tumpang nyanyi lagu tu...habis dia sergah suruh berenti. Dalam bab menyanyi ni, dia turun mak dia ler, sebab adik aku memang suka menyanyi especially masa memasak kat dapur.

Lately Ayis dah discover hobby baru, iaitu main computer game, sampai mak dia tak boleh buka laptop. Geram betul tengokkan jari halusnya main mouse dan cursor, dan tahu pulak dia kat mana nak tekan, kat mana nak mula dan nak log out dari game dan computer. Video ni untuk tatapan Kak Ani dan anak2 sedara yang dok jauh...jom layan...

Tuesday, April 13, 2010

KECIK HATI


Semalam sembang ngan kawan thru phone...dia ajak aku gi UK. Adusss...UK? Ulu Kelang aku mampu ler. Kalau ada duit sekupang dua pun, rasanya nak simpan buat ke Mekah, nak tunaikan Rukun Islam yang ke-5 tu...umur dah senja ni kene beringat kut situ dulu...bila dah pi sana, baru nak pikir pi tempat lain.

Pastu kawan cakap..ada sorang kawan tu terkecik ati ngan aku..huhuhu...sedih pulak dengaq, sebab dalam hidup aku, aku pegang pada prinsip "berbaik dengan semua orang, tapi tak nak sakitkan hati sapa2 walaupun seorang". Nampak gayanya lepas ni kenelah talipon sahabat yang merajuk tu...buat sessi memujuk....

The most I can do for my friend is simply be her friend.

Friday, April 9, 2010

DIUSIK DAN TERUSIK

Hee...ini bukan seperti apa yang aku pandu hari nie, ia adalah idaman aku suatu hari nanti, insyallah

Kali ni nak cerita pengalaman kena usik dengan hantu-syaitan, dan juga yang misteri dalam hidup aku. Teringat nak cerita ni pun sebab baru2 ni kena usik few times, tapi aku baru terperasan beberapa hari lepas. Sebenarnya dah beberapa kali aku kena di tempat yang sama, tapi all this while...aku ingatkan masalah tu dari kereta aku yang buat hal, cuma bila aku tenang2 balik...aku hanya encounter problem tu bila aku lalu kat junction tu ajer.

Cerita hantu syaitan ni perkara yang biasa kita dengar, macam2 cerita dan macam2 versi. Masa duduk kat hostel dulu banyak sungguh disogok dengan cerita hantu...tapi tak penah jumpa pun, walaupun kekadang kene bangun malam2 pi toilet. So far seumur hidup aku yang dah nak senja nie...baru 3 kali aku betul2 kena usik.

PERISTIWA PERTAMA
First time...masa umur aku 7 atau 8 tahun, waktu tu aku tgh tidur malam. Dulu2 masa umur gitu2, aku tidur ngan mak kat atas rumah...mak tidur dekat pintu, adik tidur sebelah mak dan aku tidur hujung sekali, terjaga malam sebab nak terkucil. Selalu kalau rasa camtu, aku bangun kejut mak...tapi hari tu, aku tak dapat nak bangun. Mana taknyer kat hujung kaki mak aku...tengah guard kat pintu, ada sorang lelaki tua, berjubah putih dan janggutnya sampai ke lantai sedang perhatikan aku. Kesudahan ceritanya....esoknya mak aku kene jemor tilam ler...hahaha....Sampai hari ni aku confius samada aku mimpi ker betul, tapi semua tu jelas sejelas jelasnya dapat aku bayangkan sampai lah la ni.

PERISTIWA KEDUA
Peristiwa kali kedua terjadi masa aku dah kerja, masa tu aku keje kat Sungai Petani. Sampai la ni aku mushkil apa yang sebenaqnya terjadi...tak dapat nak diungkap oleh akal fikiran aku yang waras. Selama dua malam berturut-turut, bila bangun paginya...aku discover ada serpihan serpihan daun hijau seperti digentel dalam selimut aku...dan di bahagian kaki saja pulak tu. Bila 2 malam berturut2 menghasilkan keadaan yang sama di paginya...aku cerita kat mak, mak advice aku baca doa dan ayat2 alQuran, di samping tu aku letak surah yaasin kat bantal sebelah tempat tidur aku...alhamdulillah malam ketiga tak ada apa2 terjadi....sampai la ni ianya misteri untuk aku.

PERISTIWA KETIGA
Yang ketiga...dalam 6 - 7 tahun lepas, masa tu yang tinggal kat rumah hanya kami tiga beranak, i.e. arwah ayah, mak dan aku. Arwah ayah dan mak tidur kat bawah, aku pulak tidur kat atas rumah (rumak kampung). Kalau tak silap aku dalam pukul 2 -3 pagi, aku dikejutkan dengan bunyi macam benda jatuh...gedebum...betul2 atas atap zink bilik tidur aku.

Kalau diamati dari bunyi, memang berat sangat ler benda yang jatuh tu...then diikuti dengan bunyi nafas yang kuat. Jantung aku dah mula berdegup kencang..macam pelari maraton, lepas tu aku dengar bunyi kuku mencakar atap zink, yang tak tahan ada pulak bunyi back ground anjing melalak mendayu-dayu, seperti tengah menegur hantu.

Aku cuba untuk bertahan, tarik selimut selubung seluruh badan sampai kepala...masa tu meremang bulu roma tak tau nak habaq, kepala aku rasa kembang macam besar bakul dan jantung aku copot2...aku baca segala ayat yang aku ingat. Lima minit...sepuluh minit..makin aku tunggu, makin kuat cakarannya, dan bunyi anjing mendayu-dayu tu makin galak...aku pun dah jadi tak tentu arah, terus angkat kaki lari turun bawah...masuk bilik mak.

Rupanya mak pun dengar bunyi tu...apalagi malam tu aku tidur bilik mak sampai pagi...pastu hampir sebulan gak aku tak berani tidur sorang2 kat atas rumah. Siangnya bila tengok atap kat tempat 'benda' tu jatuh, tak berbekas langsung...sedangkan kalau diamati bunyi 'benda' jatuh semalamnya, boleh kemek atap rumah aku dikerjakan.

TERBARU
Then yang terbaru...ada beberapa kali, sewaktu nak keluar ke main road (jalan Kepala Batas - Kampung Selamat), aku sepatutnya belok ke kanan. Tapi sebaik aku keluar dari simpang tu, steering keta aku jadi berat dan tak boleh turn smoothly to the right. Alhamdulillah, setiap kali kena...tak ada keta yang tengah laju, kalau tak sure kene hentam. All this while aku ingat keta aku yang bermasalah hinggalah baru2 ni...bila sampai tempat yang sama, bila keluar saja dari simpang tu, streering aku berat giler...nak pusing kanan tu punya lah payah...sepatutnya corner 45 degree dah jadi 70 degree dan luckily, takder keta yang lalu.

Entah macam mana, tetiba aku terfikir...pasai apa selalu jadi macam ni kat situ2 jer. So sepanjang driving waktu tu, aku mark tempat2 yang aku kene turn right dan pastikan keadaan steering aku berat ker tak...dan yang pasti, tak ada masalah langsung. Bila relate apa yang aku alami dengan history simpang tu memang ler tak menyenangkan...buat aku seram sejuk.

Sebenarnya banyak accident2 yang pernah terjadi kat situ setiap tahun, ada patah riuk, dan ada juga yang mati...dan bagi yang survive tu, selalu terdengar cerita yang handle moto depa terkorner dengan tiba2, dan yang terasa ditolak dengan laju...entah ler, hanya Allah yang maha tahu. Tapi, apa yang aku alami sedikit sebanyak buat aku percaya perkara tu memang terjadi. Baru2 ni saudara bau2 bacang dengan aku kena jugak...dia naik moto dengan anak yang umur 3 - 4 tahun lalu situ. Menurut cerita dia, bila sampai simpang tu jer...handle moto terkoner ke simpang dan rasa macam ditolak dengan laju, sedangkan dia tak terniat pun nak masuk simpang tu. Sedara aku terheret tumit kaki sampai terkeluar isi, anak dia terbang masuk parit, alhamdulillah tak banyak air dalam parit tu. Hmm....lepas ni kene beringat...tak boleh lalu route tu lagi, kene ikut alternative road ler, tu pun kalau tak lupa...almaklum, sebab dah terbiasa guna jalan tu so minda separa sedar selalunya akan bawa kita ikut rutin harian.

Sunday, April 4, 2010

IT'S ALL BEGIN HERE..

Dedicated to all gorgeous Georges....

This afternoon, feeling bored with nothing to do (boring giler...), I browsed through 'St George's Girls' School' Facebook and discovered that, there were so many photos of my old school being uploaded on that site. It really brings back memories of old days...when I first set my foot here, some 25 years back..I have no idea that this place will really mean so much to me.

Started my 'secondary' years here during the 80's, leaving behind my beloved family and my kampung at a very young age to stay in the hostel. Masa tu aku memang naif sesangat...macam rusa baru masuk kampung. I was very scared coz I don't know what's there in store for me at that time. Little did I know that here is where everything started, a small step in my life journey that leads me to where and who I am today...syukur Alhamdulillah....

This Clock Tower is a unique landmark of our school, coz...mana ada sekolah lain in Penang with a clock tower that high ( wonder! if there's anywhere else in Malaysia). During our time it used to be very dull...but now they had repainted it with red and white (our school colour). Teringat pula aktiviti hujung minggu hostellite, kadang2 memanjat tangga tower ni sampai atas...apart from that, tempat ni terkenal dengan rumor about its haunted story...

School Badge

Ni pulak our school badge...in the middle is an image of St.George riding a horse... this is another version of haunted story everybody likes to rumor about...selalu juga ditakutkan dengan cerita St George ni naik kuda kat tengah padang...bila malam2 ler, hee..tapi never encounter such 'historic' event pun and i don't think anybody has...Tapi rasanya, kat keliling badge tu kaler merah ler....

Kat bawah tu, motto sekolah dengan wording 'AUT VIAM INVANIAM AUT FACIAM' a latin language which means 'IF THERE IS A WILL, THERE IS ALWAYS A WAY'. During lower secondary, badgenyer cuma kain jer..tapi bila dah form 3 ke atas kalau tak silap dah ada pin-badge.

School Song

Seniors and juniors all gathered here,
Together we march on without a fear,
Goodwill and happiness we want to spread,
Everyday's a challenge let's go right ahead,

Onwards we move towards the light,
Resolved are we to face the fight,
Giving our best from day to day,
If there's a will, there's always a way,

Around the bends of life we'll have to turn,
Near and far fond thoughts will always burn,
St George's, St George's we'll ever proclaim,
Honour and uphold you forever praise your name,
St George's, St George's we'll always be true,
Our dear St George's Girls' School.

Photo2 sekolah


On the left, is where my class was during form 5 Science C (bukan pandai sangat pun...)
On the right is our school hall, where all the assembly and big examination such as SRP,SPM and STPM took place during my old days.



Sebelah kiri ni ialah our school gymnasium, apart from its main function as a training site for our gymnast ( of course...one of them is Ramnah Ramli ler...), we also used this as an exercise room (ujian kepantasan ke apa nama dia, selalu buat kat sini...aku dah lupa) and our PE spot during rainy days. To all hostel-lite, this place was once considered as a mini theater, coz once in a while (lost count of how many times a year), we got the chance to watch horror movie, screened here on one of the Sunday night...still remember all the Dracula's stories and not to forget 'Carie'..betul ker aku spell nie??? Yang funnynyer...setiap kali ada scene yang suspense dan menakutkan...maka pakat menjerit ler ramai2, especially teringat masa nak ending cerita Carie tu, ingatkan habis dah..tiba2 ada tangan keluar dari tanah.....gamat sungguh!

Yang sebelah kanan pulak...collections of Headmistresses photos and lists of Head girls name, from the start till recent...yang pasti semua pompuan ler.

Sejak 25 tahun tinggalkan sekolah till now, I've never set my foot there again, lots of reasons of course...and while browsing through the photos...tengok banyak sungguh perubahan..yer lah 25 tahun, kalau baru beranak..dah jadi anak dara...here are some changes which I managed to download from SGGS Facebook....jom layan.



Left: Kantin sekolah pun dah bertukar, teringat nasi Mat Ali, Makcik juai laksa (aku selalu oder...mee +bihun kuah laksa) , cekodok Bom...dan juga Maknya juai buah.
Right : Clock tower, photo captured from entrance of the school office.



Left : Used to be a place where small assembly took place everyday before school session start. Last time the floor was only cement..but now they have tiles all over.
Right : School Hall.



Left : Now they have nice main entrance and guard post...during our days, it was just a normal gate and wired fence.
Right : Yang nie kat mana aku tak tau...don't remember having this last time.



Left: Nostalgic place that used to be a home to hostel-lite....my old Dahlia room situated on 2nd floor of the 1st building...huhuhu...sedeynyer....when did they built a surau on the front side?
Right : SGGS dah ada school bus...but wonder why don't they painted it red and white????

Actually, there are so many photos, but I think this is just enough to bring back old memories to everybody.

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose...and the past is never dead, it is not even past....

Friday, April 2, 2010

POSE MAUT

Kali ni cerita Nonet lagi....kalau dia tidur, macam2 pose yang keluar, salah satunya macam pose maut kat bawah nie...hahaha.....


Baru2 ni ada bulldozer @ cari makan (ikut term org kampung aku) dan @ gedok-gedok ( ikut bahasa Paan masa umur dia 4-5 tahun, la ni dah 17 tahun), mai korek tanah kat rumah...apalagi Nonet berlari susup sasap dalam rumah, bila buka pintu jer...terus lari masuk hutan...sampai nak maghrib baru balik. Tiap kali ada bulldozer dibawa ke rumah aku utk kerja2 tertentu...tulah perangai dia, rasanya dia takut dengan bunyi benda tu kut. Bila balik..panjat katil...tidoq sampai tak sedar2, dengan macam2 pose....

Baru2 ni jumpa sekor kitten kat depan kedai, actually malam sebelumnya masa aku nak balik rumah, dah nampak kitten tu dok merayau-rayau...kesian jugak, tp aku buat hati kering jer, sebab kat rumah dah ada 7 ekor kittens. Tapi the next day bila mai keja...aku nampak that kitten dok tidur bawah keta tepi jalan...kesian pulak. At last..aku bawa balik juga, 2-3 hari dia takmo makan, ingatkan nak pendek umur dah... tapi alhamdulillah sejak semalam, dia dah mula makan ikan. Disebabkan warnanya sama dengan kitten2 yang ada kat rumah, mak tak perasan sangat...kalau mak perasan, siap ler aku kena leter...hahaha....
awesome comments