A scribble of my mind and heart.....

Friday, July 30, 2010

ANAK ANGKAT


Pagi2 lagi kawan aku talipon, katanya tengah confius nak buat keputusan. Aku teringat dalam 2 bulan lepas suatu haritu dia talipon aku jugak, merengek suruh aku carikan kalau ada sesapa yang nak bagi baby kat dia...sebab dia terasa macam nak bela anak angkat...bukan nak sorang, tapi 3 beradik kalau boleh. Ada sebab tertentu yang mendorong dia fikir macam tu lah.

Sebelum insiden 2 bulan lepas, ada jugak orang nak bagi baby, dah janji betoi2 nak ambik, tup-tup ayah dia tak bagi. Frust menonggeng ler kawan aku nih. Seingat aku banyak kali dia dah hampir2 'mengangkat' baby2 tu tapi tak jadi2..belum rezeki dia agaknya.

Tadi pagi tu, ada lagi satu baby yang parents dia tak mampu nak jaga dan nak bagi kat orang. Dari segi status budak tu..salasilahnya ok lah. Tapi baby boy, dia takut tak dapat nak jaga aurat bila anak tu remaja nanti. Lepas tu, satu problem lagi parents kawan aku ni macam tak berapa nak setuju dengan keinginan dia tu....so dia tanyalah aku nyer pendapat.

Aku pun kadang2 teringin jugak nak ulit baby, terasa jugak nak ambik anak angkat...tapi aku belum cukup kuat semangat nak bela anak orang. Sebab, pada pendapat aku yang tak berapa reti dan tak sempurna nih, rasanya kalau nak bela baby yang bukan darah daging kita, pertama sekali kena betulkan niat kita lah. Jangan ler amek anak angkat dengan tujuan supaya bila kita tua2 nanti akan ada orang nak jaga kita...rasanya, we will end up frustrated.

Kalau aku lah, rasanya niat tu aku letak pada tiga perkara jer;
1. Buat penghibur dan peneman aku sekarang.
2. Kalau ada ilmu aku yang sedikit tu, atau kalau ada sifat2 baik dalam diri aku yang boleh aku kembangkan...maka boleh ler aku perturunkan dan ajarkan.
3. Kalaulah perbuatan tu boleh dianggap kebajikan, kene niatkanlah untuk membuat kebajikan.

Lepas tu kena bersedia mental dan fizikal dari segi;
1. Nak pastikan niat tu sentiasa betul...heee, payah tu.
2. Kena bersedia kalau2 lain acuan yang kita terap, lain pulak yang dia jadi...he doesnt grow up to be like what we want him to be...silap2 jadi lebih buruk perangainya...jangan menyesal dan tak boleh mengungkit.
3. Kena bersedia kut2 bila besar nanti dia tiba2 nak balik ke pangkuan biological parents dia. Sebab bond between dia orang tu tak boleh nak dipadamkan macam tu jer...lagi sekali jangan menyesal dan mengungkit.

So, kalau bersedia, hati dah yakin...aku rasa 'go for it' jer lah...dan kadang2 kalau terlebih pikir sangat pun...last2 apa pun tak jadi.

Thursday, July 29, 2010

BACALAH...IQRA'

Sempena Ramadhan yang bakal menjelma...sama2lah mempersiapkan diri kita.
Azam aku dan semestinya semua orang...nak buat yang terbaik, moga dipermudahkan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, July 28, 2010

HENTAM SAMA DIA.....



Maybe ada yang dah tengok video ni, but never mind, boleh ulang lagi sekali...untuk sesaper yang belum tengok...enjoy yourselves. Aku rasa jantung berdegup kencang bila tonton tadi...

Thursday, July 22, 2010

MEETING FRIENDS

Ex-Georgians
Last week minggu jumpa kengkawan...on the 11th of Julai pi Penang Island jumpa Arn. Kebetulan Arn balik untuk birthday bapak dia...lone ranger, without hubby and kids ( dia selalu refer this to ' unlimited visa and time' punyer condition). So, kami pi terjah dia kat Equitorial Hotel, Bukit Jambul. Bertolak dengan Lin dan anaknya Anis dari Kepala Batas, pick Sanah kat Bridge Tol then jumpa Masni kat Hotel. Siap bawa buah starfruit, kuah rojak Mak Bee, jeruk campuran dan tit bits...untuk pederas gear nak gebang nanti.


Ni gambaq all the makciks without me lah, tak sedaq bila depa snap photo ni, sebab aku ketiduran akibat kepenatan kesan dari kenduri anak sedara hari sebelumnya. Dalam dok gebang tu aku buleh terlelap, depa candid curi gambaq aku tidoq cantikkk punya...nasib baik si Lin tak upload masuk Fb, kalu tidak haru...pos maut tu.

Seronok jumpa kengkawan...ingat nak pi till afternoon jer, tapi ghalit makan2, sembang2 sampai pukul 4pm baru balik. Rushing balik gaya Packy Shumacher sebab kena pick kucing2 yang aku antar veterinar untuk kasi....hari yang memenatkan, tapi enjoyyyy...

Ex-USM
On the 17th Julai pulak...Liza Yahya ex USM and co-Pharmacist turun dari Pahang jumpa anak buah dia kat USM Transkrian. Alang2 member dah sampai dari jauh walaupun diberi short notice..aku pi terjah jugak ler. Itupun lepas closed shop dalam pukul 9:30 PM baru gerak.

Aku tak berapa familiar dengan area Parit Buntar ni, pastu malam pulak..so, anak sedara Liza tunggu kat gate USM dan follow dia sampai Damai Hotel. Malam tu lepak dengan Liza kat sana. Gebang2 tentang masalah 'negara' dan sessi melepaskan tension sampai dinihari. The next morning breakfast dengan Liza and anak2 sedaranya, lepas antar one of them kat Bus terminal, Liza off back to Pahang dengan kereta anak buahnya dan aku balik umah....walaupun sat jer jumpa, quality time ler kiranya, and its so good to be able to meet friends and shared something about life.

Sempat jugak posing depan Bus Terminal, si Liza siap dok sembunyi belakang aku...tak nak nampak whatever excess..hehehe...aku pun kembangs jugak, so tak kisah ler. Bila tengok balik image dalam phone Liza cakap " Hahaha...certified true copy of the makciks". Apa nak dikato, memang dah tua pun.

Wednesday, July 21, 2010

AWAN GEMAWAN

Last week langit kembali cantik dan membiru, biasalah...kalau nampak yang cantik tangan aku gatal jer nak amek gambar. Boleh simpan sebagai koleksi peribadi...buat cuci mata.

Subhanallah! Cantik sungguh ciptaan Allah yang maha kuasa....







Look deep into nature, and then you will understand everything better. Look deep into nature, and you will see and feel Allah in every creations. SUBHANALLAH!

Saturday, July 17, 2010

TERKEDU....


These few days, tak tau sebab apa...rasanya macam ramai yang mai nak beli ' abortion pill'. Yang nampak bujang, yang dah kawin, dan macam2 bangsa...kira cam 'Satu Malaysia' la. Tapi yang paling terkedu...ada budak perempuan age about 14 or 15 y.o. dengan selambanya masuk dan tanya " Kak, kat sini ada juai pil gugur anak?". Biasanya kami geleng kepala jer la, cakap tak juai..then suruh depa pi klinik. Tapi dalam kes yang satu ni...kami semua terkedu, sort of terperanjat sebab budak tu dengan selamba dan tak rasa malu2, throw the question macam tu jer. Macam nak beli ubat bunuh semut jer...ish3x...nazaknya masalah sosial zaman la ni.

Then aku teringat sehari sebelum tu, ada budak lelaki..maybe 20 y.o.++, tanya tentang planning pills. So biasanya aku lebih prefer cakap dgn tuan punya badan, request nak jumpa 'wife' dia sendiri. Then dia bawa masuk one girl...aku rasa umur may be 17-18 y.o. kut. Dia tunjuk UPT result yang dia bawa...memang positif ler. Bila tanya lebih detail...nampaknya depa dua orang ni belum kawin, yang pompuan pucat lesi dan tak tentu arah...yang lelaki senyum2 jer. Hmm...tak dapek den nak nolong...iman pun belum cukup kuat nak bagi ceramah.

Bila fikir2 balik...naik seram sejuk tengok kebebasan budak2 zaman la. Aku sedih jugak...kita yang dah berumur ni patutnya guide budak2 ni...tapi tak tau nak buat lagu mana. Depa macam tak cukup ditarbiyah tentang aqidah...depa tak berapa kenal Allah...so, tak ada perasaan takut pun. Tapi bila pikir2 balik, Pak Lebai pun boleh jatuh serban bila mai bab nafsu-nafsi ni...apalagi budak2 yang baru nak kenal syurga dunia. Lagi satu rasanya, banyak benda2 yang against the teaching of Islam tu dah diterima sebagai normal dalam masyarakat...so, budak2 ni ambil semua tu sebagai apa saja orang sekeliling buat, kalau tak ada yang bising...ok lah tu. Yang haram dah jadi biasa...dah macam diterima.....tak tau nak kata apa lagi...terkedu, pening, sakit kepala, sedih, seram menakutkan....semua perasaan tu dah bercampur bila jumpa kes macam ni.
Aku cuma ada selemah-lemah iman....tak suka yang mampu dinyatakan dalam hati jer.


"Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hatinya dan itu selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim)

Tuesday, July 13, 2010

MALAS...

Salam alaik....
Lama tak menulis, the first reason...takder story bagus. 2nd reason...takder mood. 3rd reason busy giler. 4th reason...PC aku masuk ward.

Another wedding.
Last week..ada another wedding kat my sister's house (Kak Arah), so I'm considered busy with all the preparations. Tapi tak ler teruk sangat compared to last month masa kawin Anah, sebab yang ni anak penakan lelaki ( Dik Lan). Lepas tu mostly semua kerja2 dapur dimonopoli oleh family abang ipaq aku. Depa tu garang2 ( kalu ikut mak aku, term garang ni digunakan untuk orang2 yang cekap buat keja dapur...bukan garang yang marah kat orang). Kalau depa dah singsing lengan baju tu, in a blink of eyes...keja dah boleh siap. So manusia yang lembab macam aku ni kira jadi pemerhati dan buat2 kerja belakang tabir jer la ( basuh pinggan ler..hahaha).




Sakit Hati
Dan last week juga...aku sakit hati sesangat. Sakit hati sebab dapat 'surat cinta ' dari LHDN. A non-stop 'love letter' since the beginning of the year. Kira till July...aku dah dapat 4 surat dengan macam2 request...and of course with the date line. And the worst part is...kesemua tu bukan sebab kesalahan aku tapi accauntant yang handle akaun tu. Pikir punya pikir banyak benda tak boleh settle on time disebabkan sikap tak bertanggung jawab makluk sekor ni. Sejak aku tukar accauntant dengan niat nak tolong 'orang kita' (freelancer accountant lak tu) inilah yang aku dapat....dua tahun berturut-turut diburu LHDN....
Lebih malang....this year punya date line dah lepas (30th Jun), tapi dia belum habis buat akaun yang aku dah bagi all the docs and data since march 2010...mana aku tak berasap!!!! Sah2 aku akan kena penalti nanti....bila call asyik tak dapat jer.....nampak gaya nyer this year is gonna be the last year aku guna khidmat dia...'Selamat Jalan Romeo'...
Grrrrrrrr.....

Thursday, July 1, 2010

IF HE LIVED AMONG US

Pernah tonton Halaqah sentuhan kalbu kat TV9?, aku rasa ia satu rancangan yang bagus. Selain ada ustaz yang bagi pendapat ttg sesuatu isu, kita dibawa mengembara dalam diri, menilai dan bermuhasabah diri oleh ESQ trainer....Selain bagi kesedaran, memang mampu mengundang airmata ler.

This week tajuknya..'Siapakah ikon anda'. Ya lah...dalam orang sibuk2 jadikan artis, pemain bola sepak, pemerintah sebagai ikon, elok sangat kita disedarkan tentang siapa kah yang paling layak diangkat jadi ikon. Siapa lagi kalau bukan manusia mulia yang dikasihi Allah iaitu Rasulullah s.a.w.

Ada kawan post this video kat Facebook wall dia. Bagus kalau ada program macam ni dibuat kat Malaysia... sedarkan kita dan kembalikan rasa kasih kita kepada Rasulullah s.a.w. disamping tu boleh bagi kesedaran untuk sesiapa yang tertangkap (mcm dalam video tu) tak mengikut ajaran baginda..dan untuk penonton jugak. Alhamdulillah..score untuk bilangan yang jujur masih tinggi...best jugak kalau boleh test orang Malaysia. Dan yang paling aku suka part dimana perempuan tu ditanya 'Kalaulah Rasulullah datang dan duduk di sebelah dia..apa yang dia akan minta?'...dan perempuan tu menangis..dan aku pun menangis jugak.

awesome comments