A scribble of my mind and heart.....

Monday, August 30, 2010

AHAD YANG MEMENATKAN

Semalam (Ahad)...mulanya takder plan apa2, cuma petangnya nak get together berbuka dengan adik Ma dan Abang Mat dan family. Paginyer sempat buat Semperit, actually...ni yang kedua, malam Sabtu haritu dah buat satu adunan...sikit2 memang tak cukup.


Sambil tu pi jenguk Kak Ah dan Kak Arah buat 'Kuih Goreng Seha' aka Kuih Loyang. Depa dua orang ambik part buat kuih loyang. Aku pi menyebuk jer...snap gambaq sikit...



Projek Semperit dan Kuih Loyang tu, siap around pukul 12 PM, pastu kami pun dok melepak kat depan TV, tengok Sheila Rusli dengan Ketuk-Ketuk Ramadan tu...dan aku terlelap ler. Tetiba jer Ba'om, husband Kak Ah, balik dari surau...dia kata, dia tersilap date ingatkan giliran Moreh esok, rupanya kena buat harini.

Apalagi...semua orang terperanjat beruk...dah tengah hari buta, nak masak apa untuk Moreh ni??? Gubra...Gubra...discuss punya discuss, last2 semua setuju nak buat mee goreng jer lah. Mudah dan cepat, lagipun bahannyer senang nak cari. Tukang masak nya ...Ba'om sendiri ler. Fening ler jugak...mana nak masak untuk berbuka, mana nak masak untuk Moreh. Tapi Moreh tu, giliran kami 4 buah rumah, so..jiran sebelah i.e. Ngah Yam dan Kak Nie mai tolong...so, siap cepat jugak.



Memasak untuk berbuka pun kiranya just cukup masa...nasib baik tak kene tambah masa kecederaan...tapi tak sempat ler nak snap foto. Makan simple jer...Kari Ikan Nyok-Nyok, Sup Siam Tulang, Sambal Kerang, Sayur Goreng, Ikan Pekasam dan Ayam Goreng, sambal belacan tu tak lupa la. Buat Koktel buah-buahan dan Abang bawa Murtabak DiRaja. Alhamdulillah...semua orang berselera makan, ada yang tambah sampai tiga pinggan.

Lepas berbuka..kira cam collapse ler, penat giler tahap gaban...dan yang lebih memenatkan... Bila hantar makanan untuk Moreh depa bagitau pulak...Moreh kami tu memang ler esoknya. Hai! Ba'om...Ba'om....macamana boleh silap nie......

Thursday, August 26, 2010

KEMAAFAN

SEKADAR MEMPERINGATI DIRI SENDIRI...DAN SESIAPA YANG SUDI MEMBACA.


MEMAAFKAN, kata orang senang nak sebut, tapi payah nak buat untuk kes2 yang melibatkan penderaan hati dan maruah. Kalau in English, orang selalu sebut ' LETS FORGIVE AND FORGET' , tapi ada jugak yang cakap, ' I CAN FORGIVE BUT CANNOT FORGET'. My friend used to say, ' LETS WHATEVER BY GONE BE BY GONE'. Kalau nak list out kata2 tentang kemaafan ni berkajang ler jawabnyer, tapi semuanya tu bertitik tolak dari hati. Kalau mulut jer kata nak maafkan tapi hati tak ikhlas pun tak guna jugak.

So, raya dah nak dekat...masa yang paling sesuai untuk bermaaf-maafan. Buang yang keruh ambil yang jernih. Ada kawan hantar emel, dia sarankan buat something, a preparation to forgive and forget.

Make your own list;
Rasanya almost everybody ada their own 'forgive but not forget' list....
Contohnya, kawan2 yang masa sekolah dulu2, who insulted you and looked down on you. Atau Boss yang buli you, or fired you with no acceptable reason. Or your ex-lover who dumped you for somebody else. May be your in laws ker ...saper2 jer lah. Cuba buat list tengok...pastu maybe boleh consider nak 'forgive and forget'.

Kemaafan boleh dibuat dalam 2 bentuk;
- marah, geram dengan apa yang orang tu buat, tapi you decide not to take revenge when you actually can, then to treat those who do evil to you with goodness.

- You just overlook the faults of others who purposefully or mistakenly done you wrong.

AlQuran dan Hadis tentang kemaafan.

Memberi kemaafan kepada sesiapa saja, menyambung silaturrahim dengan orang2 yang menyakitkan / memusuhi adalah lebih baik.Rasulullah s.a.w said:

"The best deed before Allah is to pardon a person who has wronged you, to show affection for relatives who have broken ties with you, and to act generously towards a person who has deprived you". Thereafter he recited the following holy verses: "Turn to
forgiveness and enjoin good and turn aside from ignorant" (7:199).

Abu Bakr r.a. selalunya memberikan bantuan kewangan kepada salah seorang ahli keluarganya, tetapi rupa2nya orang tersebut adalah salah seorang yang memfitnah anaknya Aisyah r.a. Selepas mengetahui perkara sebenar, Abu Bakr r.a. bersumpah tidak akan memberikan apa2 pertolongan lagi. Tapi Allah menegur Abu Bakar r.a. dan juga ummat Islam;

"Let not those among you who are endued with grace and amplitude of means resolve by oath against helping their kinsmen, those in want and those who migrated in the path of Allah. Let them FORGIVE and OVERLOOK. Do you not wish that ALLAH SHOULD FORGIVE YOU? Indeed Allah is oft-Forgiving, most Merciful".(Al-Nur 24:22)

Abu Bakr r.a.- Keluar dari rumah dan berkata, " Ya, sesungguhnya aku mengharapkan keampunan dari Allah." Dia bukan sahaja terus memberi sumbangan kepada orang tersebut, malah memberi lebih banyak pertolongan.

Kesimpulan:
- Kemaafan, Insyallah akan menyembuhkan luka di hati.

- Yang lebih penting, luka, sakit hati dan penderitaan dunia cuma sementara, kita sebenarnya sedang menuju ke arah yang lebih kekal ( akhirat)...Dengan memaafkan orang lain, kita memperolehi KEMAAFAN DARI ALLAH, sesuatu yang lebih menguntungkan

- Sesuatu yang tak dapat dipertikaikan...Kita memang sangat2 memerlukan keampunan daripada Allah ( looking back at what we have done) ...So, sama2lah kita saling memaafkan mulai sekarang.

Be quick (RUSH) in the race for forgiveness from your Lord, and for a Garden whose width is that (of the whole) of the heavens and of the earth, prepared for the righteous,-Al Imran ( 3:133)

I can forgive, but I cannot forget, is only another way of saying, I will not forgive. Forgiveness ought to be like a cancelled note - torn in two, and burned up, so that it never can be shown against one. ~Henry Ward Beecher

Monday, August 23, 2010

DUIT SILING


Gambar duit siling ni aku pinjam dari ibudalila.blogspot.com, sebab teringat tentang mimpi semalam, dan terasa nak tulis dalam journal ni. Semalam aku mimpi duit siling, aku mimpi mak bagi duit siling kat aku sambil nangis. Apa maknanya aku pun tak tau...mungkin mainan tidur, tapi ada orang kata...kalau mimpi duit siling alamatnya tak berapa baik..betul ker? Apa2 pun Allah Maha Mengetahui.

Sunday, August 22, 2010

KITCHEN TOOLS

Gambar2 kat bawah ni aku ambik dari emel yang Yati hantar, cantik dan menarik. Hmm...nowdays kalau nak masak, banyak kitchen tools kat pasaran...samada rajin atau tak jer. Banyak gambar2 tu, tapi aku upload yang cantik2 jer...especially yang have something to do dengan fruits....



Apa nama dia aku pun tak tau, kira macam corn's peeler kut, senang ler kalau nak buat cucuk jagung, atau jagung manis campur majerin tu....saper2 rajin masak ok ler kut beli. Kalau aku beli...jadi macam hiasan ler kat dalam lemari.



Banana Holder...kena jer warna putih tu dengan kuning pisang tu, the color combination is really great, kalau ada kaler hijau pun ok kut. Cantik kalu letak kat kitchen ni.



Ni pun menarik, nak membuang apple seed tu lebih cepat kut...aku suka gambar ni sebab kaler nyer cantik.



Guess, this is how the make pineapple ring....cantik color combination kuning, hijau tu.



Yang ni dah biasa ler....tak der special apa2, lime juice extractor ni. Again i love the green and yellow color combination, cantik dan menarik.


What do you call this...cherry seed extractor kut..heheh. Creative maa...so many ways to make your cooking fast and easy.

Actually, all these photos are not about kitchen or cooking....it just that, I love the photos and the color combinations..tu jer, teringat quote about color;


Color is my day-long obsession, joy and torment. ~Claude Monet

Bila tengok orang snap photo cantik dan berseni, teringin nak beli Nikon D30, kononnyer lepas tu boleh ler snap photo yang cantik2, but then...I came across one quote about photography, it says;


Buying a Nikon doesn't make you a photographer. It makes you a Nikon owner.

Friday, August 20, 2010

BIRU LANGIT RAMADAN


Hari ini,
Ku tatap tenang biru langit Ramadan
Dalam syukur tak terhingga
Kerna masih bisa ku hirup syahdu auranya
Yang ku rindu sentiasa

Biru langit Ramadan itu
Bertandang bersama kurnia
Seribu simpulan rasa
Tak tertafsir dek kata-kata

Kerap ku rindu Ramadan itu,
Dalam rasa syahdu, mengisi sahur di hujung malam
Kerna dalam jamahan yang sedikit
Ada segunung berkat tersurat.

Ku rindu Ramadan itu
Juga dalam setiap rasa insaf yang bertandang
Melewati waktu siang yang panas membahang
Dalam perang hawa nafsu dan kelaparan
Menguji iman.

Ku rindu Ramadan itu
Tika mengadap iftar dalam syukur
Dan genang airmata
Kerna disetiap kali tangan ku angkat dan doa ku panjat
‘ Sesungguhnya aku berpuasa dan berbuka kerana-Nya’
Dengan rezeki sekadar cuma.

Ku rindu Ramadan itu
Tatkala khusu’ dalam qiam Tarawih
Teguh hati mengadapnya
Meminggir diri dari indah duniawi
Solat dalam ikatan ukuwah
Memohon rahmat dan barakah
Juga reda-Nya

Ku rindu Ramadan itu
Pada hadir lazatnya rasa,
Di setiap kesempatan
Ketika ku alun Indah ayat-ayat suci Al Quran
Petunjuk sepanjang zaman.

Dan setiap musim
Tika Ramadan menghampiri hujungnya
Ada sebak bertamu di hati
Dan airmata tumpah di pipi
Kerana aku tak pasti
Masih adakah kesempatan
Bertemu Ramadan lagi.......

Thursday, August 19, 2010

TAMBAH REZEKI


Ada kawan rekomen baca buku '15 ways to increase your earnings. From
the Quran & Sunnah' by Abu Ammar Yasir Qadhi
. Ini emel yang aku terima dari dia.


For each ‘way’ listed the author presented the proofs/dalil s from the quran and hadith. I like to
share them with you..but I ll just list the 1st 5 ways with1 dalil from
quran./hadith. Hope we all ll benefit from it today insyaAllah

1.The takwa of Allah
Surah Al Talaq 65: 2-3
..Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan
baginya jalan keluar. Dan memberikannya REZEKI dari arah yang tidak
disangka –sangka.

2.Seeking forgiveness and repentance
Surah Nuh 71: 10-12
...”mohon ampun lah kepada Tuhanmu..niscaya dia akan mengirimkan
hujan..dan membanyakkan HARTA...

3.Putting trust in Allah
Surah Al Talaq 65: 3
... Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan menCUKUPI
keperluannya

4.Constant worshipping Allah
Hadis qudsi
Allah says, ‘ o sons of Adam! Take time out to constantly worship me, I
will fill your chest with RICHNESS, and remove poverty. And if you do not
do so. I will make your hands filled with occupation, and will not remove
your poverty”

5.Thanking Allah
Surah Al ahqaaf 46:15
...nikmat yang telah engkau berikan kepada ku..supaya aku dapat berbuat
amal soleh.. (notice..not so that I can say Alhamdulillah..but so that I can DO 'amal
soleh')

Let’s increase our earning, insyaAllah.

Monday, August 16, 2010

NOSTALGIA

Pejam celik-pejam celik, dalam dok menghitung hari nak puasa, tau2 dah masuk tujuh hari kita melalui Ramadhan.

Puasa selalunya mengimbas banyak nostalgia dulu2, almaklum bila dah hampir separuh abad menghuni dunia yang nyata dah semakin tua ni...tentunya banyaklah yang kita kutip sepanjang menyusur laluan hidup. Kalaulah mampu dibukukan..mau lengkap satu buku.

Nostalgia berpuasa masa kecik2 tu lah yang paling indah, belajar puasa dan cabaran2nya. Dahaga air jer, minum. Jumpa ketul gula merah, buka puasa (dulu2 ketul gula merah sedappp, macam coklat...maklum ler tak berduit nak beli coklat). Balik sekolah letih, buka puasa jugak. Pendek kata mula2 nak belajar tu, tak tahan cabaran.

Bila dah lama, Ok sikit, dan dah mula sayang nak buka. Berlawan dengan kawan2, siapa puasa paling banyak. Kadang2 bila tak larat sangat, baring jer waktu siang...kempis perut sama rata dengan lantai...tapi tetap bertahan. Kadang2 bila meronda dengan kawan jumpa lah buah2 kayu yang biasanya jadi makanan ringan yang ruji zaman dulu2, apalagi kutip dan simpan...kononnya nak makan lepas buka puasa la. Tapi bila dah berbuka...tak makan pun, last2 buah tu buruk jer dalam lemari....hehehe..funny arr

Antara buah2 yang kami suka dok kutip dulu2, contohnya macam kat bawah;


Ini Pokok Lemba, buahnyer dekat akar tu, saiz dan bentuknya macam anak berudu. Pokok Lemba ni biasanya banyak tumbuh dalam belukar kecik dan kebun getah. Kiranya buah ni macam terlekat kat mayang di perdunya, bila masak lebih senang ditarik keluar sebiji2. Buah yang masak rasanya manis...selalunya dulu2, kalau lepas makan buah lemba ni, pakat berebut pi cari air telaga. Air telaga tu akan turut rasa manis...


Penah dengar buah Jambu Bola? La ni macam susah nak jumpa buah ni...dah lama tak nampak di juai kat mana2. Gambar ni pun aku ambik dari blog somebody...terlupa nak jotdown, harap tuan gambar tak marah. Dulu2 pokok Jambu Bola ni tumbuh betoi2 kat tepi dapur rumah aku...within reach ler. Selalunya kami buat cicah dengan kicap campur gula...sedappp.


Abis tak ada apa nak makan, buah jambu batu pun buleh kutip simpan. Di keliling rumah memang penuh dengan pokok Jambu ni. Part memanjat memang takder masalah sebab aku ni kecik2 dulu memang pakar memanjat, seingat aku dua kali juga jatuh pokok..gedebuk! Sekali tu naik pokok janggus, lepas tu naik pokok rambutan. Alhamdulillah, tak ada kecederaan serius.


Selain dari buah2 ni, buah2 kayu macam buah Cenderai, buah janggus, buah keriang, buah Mokyu dan buah Gunchaq. Ini semua buah2an yang ada dikeliling kawasan kampung. Itu jer life yang kami ada dulu2, nak ke kedai beli sweet tak buleh...mana nak cari duit. Duit pun dapat masa nak pi sekolah jer...10 sen. Tapi 10 sen masa tu beli bihun sebungkus boleh makan 2 orang.
Hmm...bestnyer ingat zaman dulu. Sentiasa jadi bahan gelak bila dok kembali mengenang dengan family dan kawan2.

There is a garden in every childhood, an enchanted place where colors are brighter, the air softer, and the morning more fragrant than ever again. ~Elizabeth Lawrence

Friday, August 13, 2010

KERBAU

Semalam, sementara dok tunggu nak berbuka kat kedai...tak tau nak buat apa. So, mula ler tangan taip itu ini surf kat internet. Kadang2 suka type certain item then type 'gambar', so akan terbit ler gambar2 yang berkenaan...I love looking at beautiful and artistic photo. Ada juga keinginan nak belajar fotografi, tapi besar modalnyer...-:)

While surfing, aku jumpa gambar kat bawah ni, dari I SEE I SNAP, or pemancingikan fotopages. Teringat pulak zaman aku membesar...makhluk kat bawah ni kira macam bestfren aku ler dulu2.



Dulu2 ayah ada banyak kerbau, dan anak2 diwajibkan 'berkawan' dengan kerbau ni, kiranya dari kakak aku yang sulung sampai ler adik yang kecik...semua kene menjunjung perintah ayah aku ni. Lepas balik sekolah, kene lah pi bermesra dengan depa2 ni...sampai lah nak senja, kene pastikan depa2 ni kenyang dan selamat balik ke kandang. Bulan posa pun kena jugak, kuasa veto yang tak boleh ditentang..hehehe. Ingat lagi, punya tak larat, siap satu kain batik..kat mana kerbau tu terasa nak berenti menjamah rumput, kat situlah aku tidok. Kalau la ni, buat lagu tu, mau masuk headline paper the next day...jadi mangsa manusia tak berhatiperut.

Kerbau2 tu ada nama tau, seingat aku ibu yang paling tua...namanya Geraguk, ada jugak yang namanya Dara, Jantan dan macam2 ler. Tapi kami paling attached dengan kerbau Geraguk dan Dara, tapi Geraguk tu terpaksa dikorbankan masa Kak Ah nak kawin. Teringat lagi betapa sedihnyer aku, satu suap pun aku tak jamah daging tu...tak sampai hati.

Bila besar kerbau2 tu, ayah mula panggil peraih...apalagi kami pakat lari jauh2, ada yang nangis balik reban, bawah rumah...mana2 lah. Sedih dan tak sanggup nak tengok depa kene muat atas lori. Bila dengar kerbau tu menguak jer, ayaq mata dah meleleh...sedih!

Tapi bila kami semua dah pi belajaq, dan ada yang dah kerja...kerbau tu ayah lepas bebas di dalam kebun kelapa sawit. Sampai ayah sakit, the actual jumlah...kami tak tau. Anak ayah kan mostly pompuan, sorang jer lelaki...so, tak dak sapa nak pi kisah. Then abang decide nak juai semua...suruh peraih tangkap, tapi ada ler kontroversi yang timbul. Kata sesetengah orang kampung, peraih tu, depa tangkap banyak ekor, tapi bagi info sikit jer...yang selebih masuk poket depa. Entahlah! Sampai la ni, aku tak tau betoi ker dak...hanya Allah jer la yang tahu.

Monday, August 9, 2010

COUSIN'S WEDDING IN IPOH


Semalam (Ahad) jalan jauh sikit, pi attend cousin's wedding (anak Pak Su, adik arwah ayah) kat Ipoh. Ni lah satu2nya Pak Sedara yang masih hidup, jadi memang kena meraikanlah. PakSu ni kalau jumpa aku, suka sangat panggil nama aku PATEOH, adik aku pula dia panggil MA NACIK TOENG...sejak kecik lagi. Actually, kami jarang ke Ipoh, so...tak familiar jalannyer. Previously semua wedding buat kat rumah depa jer kat Simpang Pulai...kenduri Apit kali ni jer buat kat dewan, kat Silveritage Galleria, Medan Gopeng.

So, disebabkan tak tau jalan, aku call Mega nak tanya route...tapi dia offer diri nak tunjuk jalan. dan sempat juga Mega tunjukkan jalan ke rumah dia...confem dah tau nak pi next time....THANKS A LOT TO MEGA.

Jom layan gambar sekitar majlis kawin tadi....



Yang hansem ni ler PakSu aku..hehehe...dan sebelah kanan ni MakSu.



Ba'om, Kak Ah, Kak Rah dan Mak...lepas makan. Makanannya pun sedap, kira tak penat mai jauh2..



SIL, merangkap staff kat kedai, Abang tak der kat sebelah, then yang sebelah kanan tu, geng Pinang tunggal.

Alhamdulillah, dapat jumpa most of family member sebelah arwah ayah. Masa2 cenggini ler baru berpeluang bertepuk bertampar. Balik sampai rumah dak dekat pukul 6 pm, penat tak satified.

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK APIT DAN DR. FAZLINA, SEMOGA BAHAGIA KE ANAK CUCU.

Teringat pulak satu quote yang aku jumpa so many years back, tapi aku ingat sampai la ni.

Better keep your eyes wide open now, before marriage half shut it afterward.

Friday, August 6, 2010

NONET...tiada lagi...


Nonet hilang...masuk hari ni dah 4 hari. Selama ni, selalu jugak dia menghilangkan diri...tapi tak lebih dari sehari. Bila dia buat macam tu, aku selalu takut...takut suatu hari nanti dia akan hilang terus...macam Oyen, macam Atam atau kecelakaan macam Jebon. Dan hari ni, yang aku takut dan risau tu menjadi kenyataan.

Sedih...dan tak tau nak express rasa hati aku macam mana. May be untuk setengah orang, akan cakap, " Eleh, hilang kucing pun nak kecoh." Tapi itulah satu2nya kegembiraan aku, yang Allah pinjamkan selama 3 tahun lebih. Yang jadi bahan cerita, yang buat kami senyum...yang macam2 lagi.

Aku jumpa Nonet depan kedai aku, masih kitten masa tu. Nora selamatkan dia dari enjin kereta one chinese man. Kecik sangat, kalau aku temukan ibu jari dengan jar telunjuk...aku boleh pegang badan dia. Kesian! So aku bawa balik. Tapi...mak memang sangat geli dgn kitten, so aku tak boleh tinggalkan kat rumah. Last2, aku usung Nonet pi balik kerja. Kat kedai...aku letak kat belakang...ada ruang bersimen. Kadang2 while driving tu..dia buang najis dia..huh! busuk satu kereta, kena lah berenti kat tepi jalan...gantikan paper lapik dan buang 'perfume' tu...semua tu memory, yang dulunya buat aku senyum, tapi la ni kalau ingat tu...sedih!

Balik rumah kurung dalam sangkar, tiap2 pagi..buang najis dia. Teringat macamana dia akan lari mengekor kaki aku...macam tikus pulak. So, tiap pagi..aku pastikan cuci badan dan bontot dia kat sinki..rupa2nya, bila besar sikit dan dah boleh lepas bebas...jadi macam habit, bila dia nak kencing...dia akan melompat ke sinki dan kencing kat situ...pandai. Sepanjang 3 tahun dia tak pernah kencing berak dalam rumah. Kalau nak berak...dia akan dok termenung depan pintu...faham yang tak boleh buang kat dalam rumah.



Dulu2 dia tidur dgn aku atas katil, halau macamanapun...sedar2 malamnya mesti ada kat sebelah. Bila kak mun balik, kak mun tidur dalam kelambu, dia pun nak tidur dalam kelambu, pandai pulak dia menyelit masuk keluar. Bila dia tidur, macam2 pose keluar, pose maut pun ada...tu yang buat kami terhibur. Masa tu dia sombong ler dengan aku. Kalau siang dia suka tidor atas mesin jahit kak mun, betul2 dekat tempat needle dok poking tu...buat macamana pun tak akan lari...walaupun masa tu kak mun tengah menjahit, kadang2 sampai nak terjahit ekor dia.

Nonet bukan kucing yang suka meleseh..manja tak tentu arah, tapi dia spesies yang sombong. Dia bermanja dengan cara menggigit...tapi gigit main2 la. Suka sangat menangkap rama2, cicak..kejar burung, so..dia suka main dalam semak dekat rumah. Dan dalam semak tu ada segala ular, biawak...tu lah yang paling aku takut. Kalau lambat balik...kami keloi, pasti akan balik, melompat macam cheetah. Tapi hingga hari ni...dah 3 hari dok panggil, tak ada respond langsung.


Rasanya, aku kena terima hakikat, Allah pinjamkan Nonet selama 3 tahun saja untuk aku, Dia ambil balik. Dalam redha,aku sedih...tersangat sedih, tengok kiri, ingat Nonet..tengok kanan, ingat Nonet....sigh...

"There is something about the presence of a cat... that seems to take the bite out of being alone."

Wednesday, August 4, 2010

DRIVE SAFELY

One of my friends posted this video on her facebook wall, Yes...like the title they put there, I have no words while watching, or even after watching. I guess speechless is the correct word.




So, please consider other people when you drive, be patience...better late than never!

DRIVE SAFELY....

DRIVE CAREFULLY.....

BECAUSE SPEED KILLS !

Monday, August 2, 2010

MY CATS AGAIN...

Hmm...dah lama tak tulis tentang my cats, berkurang...bertambah...pi mai..pi balik...jumlahnya masih lebih kurang sama. Mustafa, baby dan Awang Malas...gone missing in action. Lepas tu ada ler kitten yang diberanakkan kat situ, satu ibu 4 ekor...tapi ada yang mati, yang bertahannya cuma 2-3 ekor, nama2 yang kami boh tu, Putih, Comel dan sekor lagi tak tau dah nak bagi nama apa.

Then ada orang buang kittens kat depan kedai aku, kesian! Tak sampai hati nak biar, sebab kereta lalu lalang...then ada banyak anjing berkeliaran. So aku kutip bawa balik 2 ekor, aku namakan Tat dan Black....



Ini TAT. Terjelir lidah kalau tidoq.


Ini Bkack...dia ni sangat2 playfull, kalau tak tidoq jangan harap nak snap gambaq dia.

Nonet pula makin malas...kalau tidoq dari malam ke pagi...makan, then tidoq balik sampai petang. Lepas tu keluar jenjalan...kadang2 puas keloi tak balik. Selagi dia tak balik Mak aku takleh tidoq...dia akan suruh aku panggil lagi. Kadang2 sampai pukui 1 malam pun masih dok keloi Nonet...selalunya dia akan balik jugak. Nonet ni memang tak buleh nampak beg atau kotak, dia selalunya sibuk nak masuk dalam...macam kat bawah nie..


awesome comments