A scribble of my mind and heart.....

Wednesday, March 30, 2011

SPIRITUAL TREATMENT


Kali ni nak bercerita tentang 'sickness' yang dianugerahkan pada aku. Kalau ikut modern medicine, there is no other solution except surgery. Dan, pengalaman buat surgery yang dulu2 tu...tak ler menggembirakan.

So..kalau boleh nak berubat cara lain...just wanna give a try. Dalam dok pikir2, tenung2...takmau ler pi bomoh ker apa ker, takut kalau tersilap jumpa...kena yang tak betul2 islamik, takut terjatuh syirik pulak. Na'uzubillah!

Then, macam dilorong2...Kak Kasma ajak pi kat Syifa Al Hidayah. Dia ada booking nombor untuk hubby dia, tapi hubby tak boleh pi. Aku...ikut jer la, since dia dah booking nombor. Kak Kasma pesan suruh bawa kain telekung dan 2 botol air.

On the sceduled date, aku pun menumpang ler...mak dan mak tiri Kak Kasma pun ada. Kawan baik depa ni, salah satu contoh poligami yang berjaya...aku kagum. Sungguh! Kami sampai kat Bayan Baru lebih kurang pukul 3 ptg...dan rupanya, nombor tu dah tak boleh dipakai. La ni...no booking2 dah, kena amek nombor baru. Kena tunggu lagi sampai ler pukul 6 petang...ramai sungguh orang dok menunggu.

Bila tiba giliran aku...aku kena jumpa Ashraf Muslim. Mak Datuk!!!!! Adusssss! Hensemnya dia. Sesuai sangatlah bila dia bawa watak Yusuf dalam telefilem ' YUSUF' tu. Bagai nak pengsan aku tengok. Nasib baik aku sedar diri...aku ni bukan 20'an lagi..ekekeke....tak nak ler jadi tua tak sedar diri.

Semasa proses perubatan tu...aku dan dia kena duduk berhadapan, bila dia baca ayat2 suci sambil memandang ke arah pesakit. Aku tak tau nak letak pandangan kat mana...sebab dia tu hensem sangat. Last2, aku pilih untuk pejamkan mata jer la. Bahaya kalau asyik pandang muka hensem dia tu...muahahaha...gatalnya bunyi perempuan tua ni. ( Jangan risau...aku memang sedar diri.)

Selesai semua tu...dia bagi ayat untuk diamalkan. Aku kena baca Surah Ibrahim ayat 9 -22 setiap kali lepas Maghrib. Dan juga...Surah Mariam ayat 78 hingga 90 setiap kali selepas subuh. Semuanya kena ulang 3 kali dan lepas tu pohon kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit yang ditanggung. Penyakit itu anugerah Allah, dan Allah jugalah yang berkuasa menyembuhkan dengan izinNya. Insyallah...aku berazam ler nak amalkan tiap2 hari...

Lepas dah balik, adalah aku bercerita dengan kawan aku, si Ris. Maka Ris pun tanya la...

Ris : masa Ashraf baca ayat2 mengadap hang tu...ada rasa sejuk dak kat dada tak?

Aku : Pasai apa pulak?

Ris : Kalau hang rasa sejuk tu...means macam ayat tu beri kesan perawatan.

Aku diam sebentar, cuba nak mengingat balik.

Aku : Hmmm...aku kalau kat dada tak rasa la...aku cuma rasa sejuk kat mata...hahahaha....
(Versi gatai aku tetiba keluar tanpa aku plan pun. sekadar nak mengusik Ris...dia gelak besar)

Ris : Ceh! Gelenyit! Gatai! Hang tu bukan 20'an lagi la...sedar sikit oii...

Sampai hari ni, kalau ingat kata2 aku kat Ris haritu...aku senyum sendiri. Apa2 pun it was a good experience and Ashraf tu is so damn handsome.

4 comments:

inahar ali said...

wallawehhhhhhh...menciiiiiiii tau!!! camner la dlm reramai tuh leh hang lak yg dpt berubat ngan si ashraf nih.. mmg rezeki terpijak la owg kata..muahaha!!! mmg betui la packy..artis2 ni kekadang tgk kt tv bese2 jek tp jumpa in real life..mak datuk hensem cun giler wehhh..patut ler depa dpt jd artis..hahaha! Eh tp aku ingat pun nk bawa adikku nabil yg msh lg kt hospital selayang tu pi berubat kt darul syifa nih..mana tau okay lak! now ada possibility dia dpt autoimune dz lak..adoyai cianla adik aku kalu doc stat ngan steroid tx!! la nih depa x wat keputusan lg camner bentuk tx nk bg kt nabil..adoyai!! moga cepat sembuhla..amin!

eni said...

salam kak khiroh...he he...amboi...amboi asraf muslim lagi ....anyway bayan baru dkt mana tu...

Packy @ Mawar Merah said...

Ina...
Ekekeke...haha, aku ni sudah tertulis nak jumpa Ashraf tu...memang hensem giler. Aku tengok kat TV tu, tak la lawa mcm kat luaq.
Boleh juga kalau hang nak cuba bawa adik hang tu, minta, amalkan dan yakin...insyallah!
Kalau ikut line kita...memang steroid ajer lah kan, untuk autoimmune tu. Tapi, bila mengenangkan side effect yang dia kena bare nanti...aku rasa, hang cuba jer lah.
Aku pun tak berani nakkomen lebey2. Heheh..

Packy @ Mawar Merah said...

Eni...
hahaha...terlebih pulak perempuan tua ni. Funny kan! Kawan KK yang jurus pun boleh keluarkan kenyataan cam tu tau...
Syifa Al Hidayah ni, kalau kat B, Lepas tu, dekat Pangsapuri Bayan Permai. Ataih sikit jer dari epot tu.

awesome comments