Pada 19 Dec, jam 8pagi, aku dan Kak Arah bertolak ke Kelantan. Tujuan utama...nak fetch anak saudara, Nora dengan barang2 yang nak dibawa balik sebab sudah habis 3 tahun nursing course kat KPTM, Pengkalan Chepa.
Walaupun ada saudara kat Kelantan, kami menginap kat Khalifa Inn, Wakaf Che Yeh. Sebab pertamanya, tak nak susahkan sedara nak bersiap melayan kami sampai 3 hari. Yang keduanya...sebab hotel ni, betul2 dekat tapak Pasar Malam Wakaf Che Yeh yang femes diperkatakan....so, senang sikit nak shopping.
Room rate ialah RM 150 per night. Luas biliknya...ada dua katil king dan boleh tambah toto kalau datang satu family. Kira Oklah kalau nak berjimat. Turun bawah jer...tapak Pasar Malam yang dibuka sampai pukul 2 pagi.
PASAR MALAM
Agenda yang ditunggu...agenda menghabiskan duit...huhuhu....
|
Pintu Gerbang Wakaf Che Yeh |
|
Posing dengan tudung yang merambangkan mata |
|
Sis Arah and niece...Nora |
|
Funny tengok cara dorang promosi kain pasang |
|
Tudung lagi...dan batik beraneka corak |
MELAWAT SAUDARA
Lepas ambik barang Nora yang segerabak sampai penuh bonet tu, kami ke rumah Abang Li, abang ipar kepada abang aku. Drkat saja dengan tempat Nora belajar...
|
Rumah Abang Li dan Kak Nak dekat Pengkalan Chepa |
|
Sembang2 and makan2 |
Lepas tu, Kak Nah tunjukkan jalan ke rumah Cik, mertua abang. Dari Cik ada sampai cik meninggal...aku belum pernah sampai sini. Ini kali pertama...rasa sedih pulak, sebab cik dah meninggal. Dah 5 tahun agaknya. La ni...rumah ni Abang Lah dengan Kak Yah yang duduk....
Balik dari rumah Cik, sempat juga singgah di Pasar Siti Khadijah...beli keropok dan serunding....
|
Rumah Cik kat Sungai Budor |
|
Makan lagi.... |
Petangnya...pergi rumah Che Ra dekat Kedai Mulong. Cantik rumah dia. Kami makan malam kat sini. Sedapnya gulai Kelantan yang Che Ra masak. Kata Nora...3 tahun duduk Kelate...tak penah jumpa yang sebegini sedap. Ada budu, sambal sotong dan ulam-ulaman. Sampai bertambah-tambah...
|
Rumah Che Ra kat Kedai Mulong |
|
Makan malam. Gulai Kelantan yang menjilat jari.... |
PERJALANAN BALIK
21 hb, kami bertolak balik ke Penang, lebih kurang dalam pukul 9 pagi. Hujan sepanjang jalan. Bila memasuki lebuhraya Timur- Barat, dah start berkabus...tapi tak seteruk masa datang Kelantan dulu. Masa tu...sampai tak nampak jalan....
4 comments:
Salam akak nk tny cketlh..sy n famili akan stay kt khalifa inn tu..nk tny lh..hotel tu mmg btol2 dekat yea ngn psr wakaf che yeh nie?klu jln kaki jauh x?dlm brape minit yea?
Salam iera,
Betul! Khalifa inn tu, right on the tapak pasar malam. Kita turn jer...jalan dalam 10 meter...dah jumpa gerai2. Bolej ajer shopping sampai 2-3 pagi. Pusing2 kat situ jer. Konfem selamat.
Hope u enjoy your stay.
anda perlukan homestay??..harga dari Rm80-Rm160 semalaman...banglo 2 tingkat...3km dri pusat bandar kota bharu..4km ke airport kota bharu..access yg mudah di tepi main road dri airport
ke bandar kota bharu...parking muat untuk 5-6 buah kereta didalam pagar..kawasan yg selamat
hubungi untuk maklumat lanjut
tanjung mas homestay - 017 9373691,
- 011 21927388
anda perlukan homestay??..harga dari Rm80-Rm160 semalaman...banglo 2 tingkat...3km dri pusat bandar kota bharu..4km ke airport kota bharu..access yg mudah di tepi main road dri airport
ke bandar kota bharu...parking muat untuk 5-6 buah kereta didalam pagar..kawasan yg selamat
hubungi untuk maklumat lanjut
tanjung mas homestay - 017 9373691,
- 011 21927388
Post a Comment