A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, June 26, 2012

COBBLER


Picture from
  http://www.ibiblio.org/jimmy/folkden-wp/?p=7394

Nowdays, kalau beli kasut, cepat sangat rosak. Ada kasut CR2, beli pakai sekali jer, tapaknyer dah renggang. Then satu lagi, pakai seminggu... pun had the same problem. Makanya, kenalah bawa ke cobbler. Selalu bawa ke Bagan, dekat kedai buku tu... Tapi. sebab selalu ke KB ajer untuk most of the urusan, teringat nak try KB site pulak.

Kalau KB area, pakar rujuknya... tentulah Lin. So I gave her a call.  Tanyalah dia kat mana ada Cobbler kat Kb, dan diapun mentionlah satu tempat. Kiranya, nak ke situ, mudah sangatlah. Would love to give it a try. 

Dengan bersemangat, aku bawa kedua-dua kasut, dan lebih bersemangat bila orang tu cakap, aku boleh ambil the same day... malam nanti. But since aku keje sampai pukul 9:30 dan dia tutup pukul 8:00, aku janji nak ambil the next day. Paid RM 14 without any receipt, he said I just have to mention ' kasut pompuan 2 pasang, jahit tepi' and I'll get my kasut back. Then dia cakap lagi, 'mai pukoi 3 ke ataih no... jangan mai awai sebab saya buka pukoi 3.

Esoknya, purposely keluar ke bank pukul 3 ( sebab bisnes hour orang tu, 3-8 pm). Panaih lit-lit pulak tu. Bila nak collect kasut tu

Dia :  alamak! Kasut tak siap lagi!
Aku :  Semalam, kata siap hari ni.
Dia :  Awat mai awai sangat, kalau mai petang2 mesti siap.
( Seingat aku, maghin dia kata malam kul 8 pun dah bleh siap. Bengang!!!) /shock

Aku : Tu, bila buleh siap?
Dia : Mai malam nantilah.
( karang aku mai malampun, belum tentu siap.)

Aku : Tak pa lah, lain kali saya mailah.
( Aku berkalih balik, dia dok cakap sori beberapa kali, aku dah malas nak senyum bila hati aku dah 
boleh senyum.)

Hari ni, after one week, with the thought of  I've given him enough time to finish with my
 shoes, aku pun pi lah ke KB semula... 

Dua kali bengang hari ni, sebab dia tak buka kedailah pullok!!!

A reminder for me oso maa... sesi mencermin diri;

Don't talk, just act.
Don't say, just show.
Don't promise, just prove... 

Photobucket

Saturday, June 23, 2012

WISE WORDS

Kata-kata hikmah dari Luqman Al-Hakim and few of others
untuk renungan bersama...



Yang bawah ni,
Ayat mengajar diri untuk mensyukuri dan redha dengan segala ujian.


Ini, wise word untuk peringatan
jangan banyak cakap benda yang tak perlu...



Photobucket

Tuesday, June 19, 2012

HASSAN BALIK KAMPUNG


Last weekend, Hassan, Tok Ummi, Mama dan Ayah balik kampung ke rumah Toknek, 
 this is the second time, rasanya Hassan dah pernah balik sekali,
Kali ni, dah pandai cakap, tapi asyik speaking slang British,
Jadi, Toknek tak boleh nak sembanglah...

Maka disebabkan space kat kampung tu luas, Hassan lari sekuat hati,
sampai rumah neber kat kepala jalan,


Chu, neber depan rumah dengan anaknya Ikhwan yang baru boleh naik basikal, 
Irfan tengah tegur Hassan yang terlindung di balik Tok Ummi,


Tok Ummi tengah guard Hassan yang asyik nak berlari sana-sini,
Asal terlepas pegangan jer, dia mula buat acara sprinter...
Penatlah Tok Ummi dia dok guard...


Hassan tengah berlari dengan Irfan anak Chu,
Lari non-stop sampai ujung jalan, dan tergolek terus kat ujung sana.
Lepas tu, mulalah melalak,
Tok Ummi, tambah pulak penampar 2-3 kali,
Tok Ummi said, " See, I've told you not to run! You are so stubborn!
Why are you crying?"
Lagilah kuat dia melalak. Hahaha....


Lepas jatuh, terus stop lari, ni tengah dipujuk oleh Tok Ummi.

Alhamdulillah! Hassan tak buat banyak perangai sepanjang 3 hari di kampung.
Sempat jugalah bawa mama dengan ayah Hassan ke S.Petani,
Beli lego untuk Hassan.


Ini, hari nak balik ke KL, baru jer bangun tidur, sebab tu muka monyok.
Dah ada chop lebam kat muka akibat jatuh the previous day,
buat kenangan balik kampung.


Sempat posing dengan Syuhada,
Syuhada nak kawan dengan Hassan, tapi Hassan tak main ler kawan dengan budak pompuan.
Kesian Syuhada...
On the way to the airport, mama dia tanya,
" Hassan, do you know where are we going?"
Hassan nod his head and replied,
 " I'm gowwing tow the ay powt."
Mak aih! Slang British sungguh cucu penakan aku ni,
Hmm... nak kena bagi tuisyen Bahasa Melayu bila dah besaq nanti,
Nak buat camana... namapun cucu penakan aja...

Photobucket

Friday, June 15, 2012

SISTER LOVE



"Sisters walk together through life, through death, through common bonds and sad farewell. They become aunts and great aunts to each others children and grandchildren. They watch each other grow older, struggle and succeed."

Pray for the well being of all my sisters.

Photobucket

Thursday, June 14, 2012



A PLACE WHERE LOVE LINGERS...


Hari Ahad lepas, tak ke mana, just menghabiskan masa kat rumah. Petang lepas masak, teringat nak lepak bawah pokok moktan depan rumah Kak Ah. Tapi panas sangat, lepak kejap ajer.



Endoi bawah pokok moktan ni, bukan saja tempat lepak orang, kucingpun pandai jugak berayun kat sini. Cuba tengok gambar kat bawah. Ini Li dengan Lan, kucing Kak Ah. Selalu jugak depa main buaiyan kat sini...


Pastu, kalau nak duduk kena berhati-hati. Pokok moktan ni, kalau sebelah malam, jadi hotel lima bintang untuk ayam2 peliharaan Kak Ah. Kalau silap tidur, mesti akan terbau sesuatu yang pelik... :))




Moktan kegemaran ni selalu masak dulu dari yang lain2. Isinya lekang dan manis. Tapi 
tahun ni, buah dia tak meghenduh macam selalu. Mungkin sebab kemarau...




Buah durian hasil penat lelah arwah ayah tanam ni, boleh kami rasa tiap-tiap tahun. 
AlhamdulillahWalaupun tak banyak, kira tak payah beli dan anak cucu boleh pakat
rasa sorang sikit.




Ini Manja, kucing yang Anah jumpa masa balik dari sekolah. Kesian! Dok jalan sekor2 atas 
jambatan Pinang Tunggal. Laeh ( lesu) sungguh condition dia masa dibawa balik. La ni, asyik 
nak tangkap kaki orang jer...




Noneng lari menyelamatkan diri dari Cik Bedah yang garang, panjat pokok Asam dan tak 
boleh turunKena sandarkan kayu, baru dapat turun pelan2.. Bab panjat memanjat, memang 
kegemaran dia, selalu boleh turun, kali ni lembut lutut kut!




Syuhada dah 'dapat kaki'. Dah boleh jalan sendiri dari rumah Tok Ah ke rumah Tok Nek Yah.


Home is where you learn, to laugh, to share, to live, to love and to forgive. Its a place you grew up wanting to leave, but grow old wanting to get back to....

Photobucket

Monday, June 11, 2012

MASAK LEMAK UMBUT NYOK

Sebelum ni tak pernah makan masak lemak umbut nyok. Kalau kecik2 dulu... mungkinlah kut. Tapi dah lupa. Maklumlah, dah warga tua pun.

Dua hari lepas, Abang Man hantar umbut nyok. So, semalam hari ahad, baru sempat masak. Biasanya orang buat masak lemak atau kari jer. Aku decide nak buat masak lemah jerlah.

Umbut mentah yang belum dicelur dengan air panas

Buat masak lemak kasi kaw-kaw punya sebab tarok sebiji santan then campur udang kering. Pastu goreng ikan gelama masam dan tumbuk sambal belacan. Kalau ada sambal petai ke, lagi terangkat.



Photobucket

Saturday, June 9, 2012

HATI SEORANG IBU

Beberapa hari lepas, Mak Tam datang ke kedai. Kata Mak Tam, Mak Tok sudahpun meninggal dunia di KL dua minggu lepas. Berita itu membuat hati aku sedih. Ya lah! Mak Tok selalu juga datang ke kedai menemani Mak Tam. Kalau berjumpa, kami biasanya bualkan isu kucing kerana di rumah Mak Tok sendiri terdapat banyak kucing terbiar yang dipeliharanya.

Mak Tok dengan Mak Tam ni memang kamceng anak-beranak. Ke sana ke mari asyik bersama. Kebetulan, Mak Tam dan Mak Tok,  kedua-duanya sudah kematian suami lama dahulu. Mengenali Mak Tok, dia merupakan seorang warga tua yang sentiasa menjaga penampilan dan kebersihan diri. Walaupun sudah berumur, Mak Tok selalu kelihatan muda dan ceria.

Namun yang sedihnya, kata Mak Tam, Mak Tok  membawa rasa terkilan terhadap anak lelakinya hingga ke akhir hayat. Dan ada ungkapan yang Mak Tok katakan terhadap anaknya itu yang membuatkan aku terfikir, entah apalah nasib anak lelakinya nanti.

Hmm... sebab itulah dalam Islam, kita dituntut menghormati dan menjaga kebajikan ibu dan ayah. Jangan ungkapkan walaupun perkataan uh! Kerana redha Allah itu, terletak pada redha seorang ibu. Aku pernah juga terbaca tentang anak muda yang hidupnya sentiasa dirundung malang akibat disumpah oleh seorang ibu. Walaupun yang bersalah dalam kes lelaki itu adalah ibunya, bukan dia sendiri...

Dan untuk ibu-ibu, kalaupun terkilan dan marahkan anak-anak, rasanya... janganlah mengungkapkan kata-kata sumpahan yang akan membuatkan hidup anak kita merana...

Hmm... Entahlah! Aku tak pandai nak mengulas. I'm just saying my two cents.

Kat bawah ni, ada sajak yang aku copy ang paste dari wall seorang rakan fb. Juga mengenai rasa hati penulis terhadap perangai saudara lelakinya.

Tulisnya....
'Sangat LIKE dengan sajak dialek Kuala Berang bertajuk 'Baliklah Awang' .. Ini pula ' Jangang Baliklah Awang' dalam dialek Terengganu berdasarkan pengalaman pahit penulisnya' :

JANGAN BALIKLAH AWANG

Jangang baliklah awang
Aku takut mu rebah
Ilang sereme doh hok kita megah
Bukang sebab ribut, topang atau bah
Tapi sebab peranga mung hok dok sudah sudah

Jangang baliklah awang
Aku dok sanggup doh tengok mung

Mok ayoh kite pong tue dalang nengung
Adik beradik sereme doh jadi bingung
Mule mule sabor lame lame rasa dok tertanggung

Jangang baliklah awang
Aku doh ghase letih
Jaga ke mung dari mung mula tatih
Gambo mung mase kecik muka mu bersih
Tapi lening, teringat ke mung pung hati jadi pedih

Gi lah mung jauh jauh
Semoga mung jupe tempat berlabuh
Usahakan anok bini mu tempat berteduh
Baikilah dirimu sehingga ampuh
Kepada Allah jangang mung jauh
Mok ayoh, aku dan adik beradik walaupun jauh
Doa untuk mung dok akang putuh

Jangang baliklah awang....




Photobucket

Wednesday, June 6, 2012

KESIAN KAT ORG POMPUAN...


Bila baca tajuk ni, teringat masa mula-mula masuk alam pekerjaan.
Pernah temankan boss ke mahkamah syariah untuk sebutan kes cerai dengan hubby dia.
Hubby dia jumpa makwe baru and nak ceraikan dia.
So, masa tu rupanya... kes bukan disebut satu jer at a time,
Ada berderet kes yang akan disebut dan openly boleh didengar oleh semua orang.
Kalau tak silap, hari tu ada lapan kes,
Bos aku punya kes yang nombor 5 atau 6 ( kalau tak silap, dah tak berapa ingat)
Makanya, sementara menunggu, aku boleh dengar macam2 kisah rumah tangga,
yang mungkin menuymbang kepada jadinya 'aku' hari ini. :)
menakutkan!
Mostly tentang kisah lelaki-lelaki yang tak bertanggung jawablah.

Salah satunya, macam cerita makcik kat atas.
Kes tu beri kesan yang sangat mendalam di hati aku,
 dan juga membuatkan pandangan aku terhadap badan berkenaan a bit to the 'toing' side.

Biar aku namakannya makcik ni, Makcik A,
Makcik A ni, dah ditinggalkan husband lebih 20 tahun, dan dia nak ke Mekah menunaikan haji.
Disebabkan dia belum diceraikan, dia perlu mendapat kebenaran suami.
Nak minta lagu mana? Sebab diapun tak tau the whereabout of the husband.
Yang aku tak faham tu, dah beberapa kali kes tertangguh,
tapi mahkamah masih tak nak beri fasakh, 
masih nak war2kan di newspaper nak cari hubby makcik A ni.
Pada fikiran aku yang bodoh ni lah, kalau 20 tahun dia tak balik...
mestilah dia dah tak mau kat wife dia, dan rasanya dah cukup syarat untuk memberi fasakh.
Sedih sungguh hati aku bila tengok Makcik A menangis.
dapat rasa kepedihan hatinya tu...
Dan cerita ni masih melekat kat kepala aku walaupun dah berlalu 20 tahun...

Huhuhu....

Photobucket

Tuesday, June 5, 2012

HIJAB LAGIIIII....



Terjumpa gambar ni while surfing the net. Hmm... siap pakai loud speaker lagi. Terasa juga kat hati nie... yelah, hijab akupun tak berapa complete lagi. Masih ada yang perlu diperbaiki di sana sini.

Bila bercakap bab bertudung mengikut garis-panduan ni, aku paling lemah bab pakai stocking and hand sock. Tak selesa dan mudah lupa. Entah berapa pasang dah aku beli, ada yang hilang, ada yang tinggal sebelah... yang miss placed. Bila taim nak pakai jer, terkial-kial cari... last2 tak pakai langsung. Astaghfirullah! Aku tau aku teruk. Namun aku sedang berusaha untuk memperbaiki diri aku. Semoga niat aku ni dipermudahkan olehnya.

Yang pasti, aku taklah pakai macam kartun kat bawah nie...


Alhamdulillah! Aku taklah termasuk dalam kategori berpakaian macam ni. mungkin sebab aku dah tua. Kalau masih muda trang3x, tengah seronok bereksperiment dengan fesyen, macam2 pun tergamak dipakai. La ni, fesyen macam ni, dah jadi pemandangan biasa kat mana-mana. Kadang-kadang, mata kita sendiripun malu nak melihatnya. Bertudung tetapi seksi, bertudung tetapi....( malas nak cakap).


Apa-apapun, jom kita sama2 berubah! Moga kita sama-sama menjadi lebih baik hendaknya... Ameeeenn!



Photobucket

Friday, June 1, 2012

HIJAB

HOW TO ANSWER WHEN YOU WERE ASKED ABOUT HIJAB AND WHAT MAKES YOU WEAR IT;

1. It's written in the Quran
ISLAM is a complete religious and Islam protects all people especially women.
Islam tell them to cover their face and arm hijab. Allah Taala says in many places in Quran in this way;



2. I Do it because it's my choice,
I want people to know that I'm a Muslim woman and always proud to be one.

'O Prophet, Tell your wives and your daughters and the women of the believers to draw their outer garments about themselves (when they go out). That is better so that they may be recognized and not molested. And Allah is Forgiving, Merciful.' [Al-Ahzaab, 33:59]



3. Hijab protects me from negative social elements. 
Women are often degraded and used as social lust,

By not covering, It's like having a candy bar without cover and leave it exposed, 
It will attract flies and get rotten in time...




4. I'm VALUABLE and should be well kept.
A woman modestly dressed is a pearl in its shell.



But of all the answer and photos, I like this answer most,



5. It shows the highest level of thought and civilization.
It was well said and well argued,
 Solute!!! 



Requoted;
" Man in early times was almost naked, and as his intellect evolved he started wearing clothes.
What I'm today and what I'm wearing represents the highest level of thought and civilization that man has achieved, and it is not regressive. It's the removal of clothes again that is a regression back to the ancient times.

ALLAHU AKBAR!!!

Photobucket
awesome comments