Mak Tok dengan Mak Tam ni memang kamceng anak-beranak. Ke sana ke mari asyik bersama. Kebetulan, Mak Tam dan Mak Tok, kedua-duanya sudah kematian suami lama dahulu. Mengenali Mak Tok, dia merupakan seorang warga tua yang sentiasa menjaga penampilan dan kebersihan diri. Walaupun sudah berumur, Mak Tok selalu kelihatan muda dan ceria.
Namun yang sedihnya, kata Mak Tam, Mak Tok membawa rasa terkilan terhadap anak lelakinya hingga ke akhir hayat. Dan ada ungkapan yang Mak Tok katakan terhadap anaknya itu yang membuatkan aku terfikir, entah apalah nasib anak lelakinya nanti.
Hmm... sebab itulah dalam Islam, kita dituntut menghormati dan menjaga kebajikan ibu dan ayah. Jangan ungkapkan walaupun perkataan uh! Kerana redha Allah itu, terletak pada redha seorang ibu. Aku pernah juga terbaca tentang anak muda yang hidupnya sentiasa dirundung malang akibat disumpah oleh seorang ibu. Walaupun yang bersalah dalam kes lelaki itu adalah ibunya, bukan dia sendiri...
Dan untuk ibu-ibu, kalaupun terkilan dan marahkan anak-anak, rasanya... janganlah mengungkapkan kata-kata sumpahan yang akan membuatkan hidup anak kita merana...
Hmm... Entahlah! Aku tak pandai nak mengulas. I'm just saying my two cents.
Kat bawah ni, ada sajak yang aku copy ang paste dari wall seorang rakan fb. Juga mengenai rasa hati penulis terhadap perangai saudara lelakinya.
Tulisnya....
'Sangat LIKE dengan sajak dialek Kuala Berang bertajuk 'Baliklah Awang' .. Ini pula ' Jangang Baliklah Awang' dalam dialek Terengganu berdasarkan pengalaman pahit penulisnya' :
JANGAN BALIKLAH AWANG
Jangang baliklah awang
Aku takut mu rebah
Ilang sereme doh hok kita megah
Bukang sebab ribut, topang atau bah
Tapi sebab peranga mung hok dok sudah sudah
Jangang baliklah awang
Aku dok sanggup doh tengok mung
Mok ayoh kite pong tue dalang nengung
Adik beradik sereme doh jadi bingung
Mule mule sabor lame lame rasa dok tertanggung
Jangang baliklah awang
Aku doh ghase letih
Jaga ke mung dari mung mula tatih
Gambo mung mase kecik muka mu bersih
Tapi lening, teringat ke mung pung hati jadi pedih
Gi lah mung jauh jauh
Semoga mung jupe tempat berlabuh
Usahakan anok bini mu tempat berteduh
Baikilah dirimu sehingga ampuh
Kepada Allah jangang mung jauh
Mok ayoh, aku dan adik beradik walaupun jauh
Doa untuk mung dok akang putuh
Jangang baliklah awang....
2 comments:
betul la aku rasa pun gitu gak...jika rs amarah ibu itu berterusan dan itulah yg mghuni hatinye sellu...mungkin ia dah jd cam doa. sama2lah kita beringat...
Ya betul. Marah macam mana pun, maafkanlah anak tu... dan aku kagum dengan seorang ibu yang sentiasa menerima anaknya seadanya.
Post a Comment