Hari raya ketiga baru2 ni, saya dapat mesej dari Lin, kawan ex-Georgian saya. Katanya, kawan lama kami, Add, akan buat 'open house' malam nanti. Kebetulan, saya memang tak dak agenda dan amat teringin sangat nak jumpa dia. Lebih-lebih lagi, dia ni baru jer balik menetap di Kepala Batas lepas sekian lama menetap di Sabah.
Saya sebenarnya dah lama terputus hubungan dengan dia. The last time we met was on her wedding day, some 20 years ago. Lama sungguh! Pernah cuba cari dia dua kali, pertama kali lepas graduate dan buat reunion sewaktu raya, tapi gagal jumpa dia. Yang kedua, rasanya dua tahun lepas. Waktu tu saya dengan Lin, buat programe jejak kasih dan mengambil inisiatif mencari dia di rumah parents dia di BM. Pun gagal jugak! Alhamdulillah! Akhirnya... kami berjumpa juga selepas 20 tahun lebih.
Add ni, sebenarnya roommate saya selama 5 tahun masa kat SGGS dulu. Dia ni anak orang kaya, dan saya yang datang dari kampong serta serba kekurangan ni, selalu kagum dengan segala benda yang dia ada. Selain berasal dari keluarga berada, dia cantik dan sangat femes masa kat sekolah dulu. Rasanya... tak ada orang yang tak kenal kalau sebut nama dia...
Namun, saat berjumpa dia malam tersebut, saya jadi speechless. Sungguh! Saya memang tak menduga sambutan yang begitu overwhelming. Dia bercakap tanpa henti dan memperkenalkan kami hampir kepada seluruh rumah. Rasa macam glamer sekejap. Semua orang tau yang kami ni x-sggs. Dan yang funnynya, waktu dia perkenalkan saya sebagai roommate dia pada hubbynya, ada satu soalan yang keluar dari mulut hubby dia;
Add : Ini kawan lamaaaaa ni, duduk sebilik masa sekolah dulu.
Saya cuma tersenyum (pemalulah konon!)
Hubby Add : Yang ni pun kena denda duduk tengah padang jugak ke?
Oh! Saya hampir tersembur menahan gelak. Mana mungkin saya boleh lupa peristiwa tu. Walaupun saya tak terlibat dalam agenda didenda tu, tapi saya antara yang ada di situ waktu keenam-enam roommate saya kena denda. Sebabnya, simple sangat... tapi tetap menyalahi undang-undang asrama. Dia orang semua buat bising dalam bilik waktu lepas balik dari kelas prep. Kalau tak silap masa tu... dah pukul 11 lebih. Sepatutnya, dah kena bersiap untuk tidur, tapi... kawan-kawan saya ni, tengah excited membaca surat cinta. Saya sendiri pun tak sedar masa mana warden asrama masuk, tau2 dia dah tercegat bercekak pinggang memerhatikan gelagat yang lain. Nak kata apa lagi...
Sejujurnya, pada pandangan saya... kawan saya ini memang sudah banyak berubah. Dari tomboy, dia sudah bertudung dan menjadi ibu mithali kepada 9 anak. Dari dibesarkan dengan kemewahan, dia mendidik anaknya dengan serba kekurangan ( walaupun dia mampu). Saya ingat lagi kata-kata dia, ' aku dah dididik dengan kemewahan dan aku kurang menjadi dalam pelajaran, sebab tu aku mau anak-anak aku merasa kesusahan supaya mereka menghargai setiap peluang'. Dan, selain itu rasanya... dia sudah menjadi terlalu ramah. Hehe... itu kebolehan yang dia acquired resulted from raising 9 childrens along the way.
Conclusionnyer, saya suka pertemuan tu, kami asyik gelak mengenangkan telatah Add. Itulah sahabat, quote kata2 dalam salah satu quote photo posted by a friend on fb wall;
In her case, we've been apart for more than 20 years, tapi kemesraan yang dia tunjukkan buatkan kami rasa macam baru jer jumpa semalam. Insyallah! Will plan for another get together dengan Add in the near future. Tengah tunggu greenlight. :))
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taj...
10 years ago
No comments:
Post a Comment