Raya tahun ni, saya tak snap banyak gambar. Entah apa saya buat? Buat2 sibuk ajer kut! Tak tahu sebab apa, saya terlupa nak merakamkan kenangan raya.
Saya hanya ada gambar Syuhada berbaju kurung merah. Gambar Hani Darina dan juga gambar Auni. Semua gambar cucu-cucu menakan yang mai beraya kat rumah.
Syuhada dengan baju raya warna merah, posing dekat kerusi kusyen yang umurnya puluhan tahun. Kusyen ni kakak sulung saya beli dengan gaji pertamanya beberapa puluhan tahun yang lalu... Ini kira antara barangan antik yang paling disayangi di rumah saya. Kalau orang lain, mungkin sudah buang dan diganti dengan sofa stail terkini. Bukan tak ada niat nak buat macam tu, tapi setiap kali tengok kusyen ni, rasa sayang dengan nostalgia zaman dulu. Cuma kini, kusyen ni hanya mengisi ruang bahagian bawah rumah sahajalah.
Hani Darina dengan Tok Arah. Berbanding dengan Syuhada yang kasaq gedegaq, Hani Darina lebih lembut dan suka melawa. Pakai baju siap dengan accessory segala.
Auni dengan mamanya, Husna. Yang ni kuat merengek dan tak berminat untuk didokong orang lain kecuali mama dan babahnya.
Hmm... rasanya tak dapat nak tulis panjang2, macam ada virus pulak yang misleading tulisan saya dan buat paragraf saya jadi haywire. Nak pos yang nipun jenuh dok edit... Gerammmnyaaaa.....
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taj...
10 years ago
No comments:
Post a Comment