N3 ni, tentang makeover kasut yang saya buat dalam minggu ni. Bulan2 puasa ni, memang mengantuk giler kalau waktu tengahari. Untuk elakkan mengantuk... teringat nak makeover sandal lama yang masih tersimpan dalam koleksi kasut lama saya.
Saya dapat idea ni dari rancangan TV, Obsesi ke apa nama dia. Cerita tentang sorang gadis manis dari Kedah yang sangat obses dengan zip dan butang. Cuba jugak riki2 blog dia kat internet, tapi tak jumpa. Terlupa pula nak jot down addressnya haritu.
Kebetulan pulak, saya sangat sukakan kasut lama saya ni, ia tersangatlah comfortable. Sebab terlampau suka, saya pakai dia sampai tak hengat dunia. Last2, bahagian kulit kat depan tu dah berkulat-kulat dan sangatlah tidak cantik.
Untuk proses makeover ni, saya perlukan zip dan gam kasut. Kalau nak buat semua ni, kenalah pakai glove. Takut nanti gam tu akan melekatkan jari jemari pullok.
Hmm... mencabar kesabaran jugak bila buat benda alah ni. Kadang2, gam tu akan lekatkan latex glove yang saya pakai. Ada sekali tu... jari telunjuk dan ibu jari saya melekat sebab glove tu dah berlubang. Cepat-cepat lari ke bilik air. Alhamdulillah! Dapat saya pisahkan selepas berhempas-pulas. (Konon!).
Inilah hasilnya... untuk sebelah kasut. Ok jugaklah. Tak adalah nampak macam zip sangat pun. Kawan saya kata, nampak macam kasut baru... :))
Lepas dah siap both side, saya tarok butang sket... nak buat hiasanlah konon. Tapi macam tak menjadi ler pullok. Anyway... saya puas hati dengan hasilnya. Bolehlah saya buat pakai2 kat dalam opis saya.
Tara.... inilah hasil akhirnya. Amacam? Okay tak?
No comments:
Post a Comment