A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, September 25, 2012

MISSION ACCOMPLISHED

Sebenarnya, saya dah lama nak menulis entry ni, tapi tergendala sebab tengah sibuk menyiapkan cerita pendek untuk projek ke dua dengan kawan-kawan penulis. Setelah berhempas pulas, saya menokhtahkan cerita saya dengan perkataan tamat, lewat malam semalam. Alhamdulillah! Saya menarik nafas lega... tapi untuk sementara saja sebab sifu saya kata, kena ubah here and there...

So, berbalik pada entry kali ni, ia mengenai misi mengeratkan silaturrahim yang saya putuskan di zaman kanak-kanak ribena dulu. Masa di tingkatan satu, saya pernah bergaduh dengan kawan baik saya, Midah.  Sebabnya, hanya saya dan dia yang tahu ( kata Lin, versi kami berbeza). Dan sessi konfrontasi tu berlanjutan sampai tingkatan 5. Saya tak salahkan sesiapa, saya meletakkan 100 persen kesalahan di pihak saya. Bukan saya bencikan dia, bukan tak ada keinginan nak berbaik, tapi ego saya waktu tu, tinggi melambung.

Selepas SPM, masing2 membawa diri, saya masuk U dan dia masuk maktab. Saya pernah nampak dia di stesyen bas, tapi malu nak menegur. Waktu tu memang dah timbul niat nak memohon maaf. Namun lagi sekali... ego tetap jadi raja dalam hati saya. Lepas tamat pengajian pula, saya masih setia di Penang tapi dia berkahwin dengan orang Johor dan mengajar di sana. Dan, saya cuba juga bertanya tentang dia melalui kawan-kawan... terutamanya, Lin. Saya suarakan hasrat untuk menemui Midah.

Alhamdulillah 2010, dia balik semula ke Penang. Beberapa kali juga, kami ( saya dan Lin) buat rancangan untuk berjumpa Midah. Sudahnya, penutup syawal lepas, hari ahad 16 september... Midah ditemani seluruh ahli keluarganya bertandang ke rumah saya.


Sebenarnya, saya rasa sangat bersyukur. Berdebar pun ada. Dok berfikir-fikir nak masak apa, sebab saya bukanlah pakar masak. Pakar makan adalah. Akhirnya... kakak cadangkan saya masak macaroni sup. (dalam gambar)


Jamuan ala kadar buat sahabat lama. Sedap tak sedap tu... belakang kiralah.


Posing-posing sebelum balik. Dari kiri, Lin, Midah, mak dan saya.

Alhamdulillah! Tak dapat saya gambarkan kegembiraan hati saya. Sebelum menutup mata, Allah masih beri saya kesempatan untuk bermaaf-maafan. Terimakasih untuk Midah yang tak pernah ambil hati dengan perangai saya. Terimakasih juga untuk Lin yang berusaha merealisasikan keinginan kami berdua.

Ini komen kami di facebook wall Lin, dengan status 'mission accomplished'nya...



Tetiba, dada saya terasa lapang, bahu saya terasa ringan. Beban yang saya kendong akibat memutuskan silaturrahim terangkat tiba-tiba. Alhamdulillah untuk pengajaran yang diberi. Ia memang membuatkan saya lebih menghargai persahabatan. Amennn.


Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything. 


Photobucket

Monday, September 17, 2012

DAPAT HABUAN...

Hari ni, sambung cerita stray cat Si Yeyeng ( nama yang saya bagi kat dia sebab susah sangat kalau tak ada nama). Macam story dalam N3 sebelum ni, dia suka menyelit masuk ke dalam kedai bila customer buka pintu. Lepas tu... senyap senyap pulak menyelinap masuk dan tidur di bawah rak.

Sedar yang dia suka buat lagu tu, saya block lorong masuk ke bawah rak tu. Saya letak kotak besar2. Ingatkan dah ok ler, tau2... agak petang sikit ( hari sabtu lepas) saya terjumpa dia tengah tidur kat atas rak dalam setor saya...  nak marahpun tak jadi, sebab kesian. Dia tidok sampai tak sedaq habaq ( kata orang Penang). Sempat juga saya snap foto sekeping...



Bila malam, saya angkat dia letak di luar kedai. Tapi dalam dok melayan kastemer tu, agaknya dia curi2 masuk pula. Nak dijadikan cerita, sewaktu nak balik malam hari Sabtu tu, dalam kalut2 nak balik, saya lupa nak check semula. Sedangkan esoknya hari Ahad dan saya off bisnes.

Hmm... nak jadi habuan sayalah! Pagi tadi bila buka kedai, dah ada bau yang kurang menyenangkan dari dalam kedai. Dalam hati cakap, ' Sudahhhh! Aku dah terkurung kucing dalam kedai1'. Sehari semalam pulak tu. Bila cek sumber bau... rupanya dia terkurung kat dalam bilik rehat cum bilik sembahyang saya. Bilik itu pulak, saya kunci setiap kali nak balik. Jadi, dia terkunci tanpa makanan dan dalam gelap selama sehari semalam.

Adusss!!! Nak marahpun tak guna. Sebab part of it adalah dari kelalaian saya juga. Cuma yang bagusnya, dia tak poo poo merata-rata. Dia poo-poo atas surat khabar yang saya letak bawah katil dan dia kencing atas plastik sampah yang dia bentukkan menjadi seperti kolam. Air kencing tu bertakung di tengah-tengah dan tak susahkan saya untuk mencuci. Tapi bau poo-poo dia, mak datuk! Masam tahap tak tahan. Bayangkan bau tu terkurung selama sehari semalam.

Bila fikir balik, agaknya kucing yang sekor ni, jenis yang pegi sekolah kut! Hehe... apa-apapun, memang padanlah dengan muka saya. Sebab tulah orang malas nak buat baik dengan kucing, diberi betis... dia nak kan paha. Tapi nak buat macam mana, Allah dah kurniakan rasa sayang terhadap kucing dalam hati saya... paling terukpun, saya berleter dekat dia, macam saya berleter dekat orang...

:)
Photobucket

Saturday, September 15, 2012

WISE WORDS 3

Kata-kata hikmah untuk renungan bersama...



Dan juga yang ini juga,




:)

Photobucket

Wednesday, September 12, 2012

UPDATE ON MY CATS...

Lama saya tak updet tentang kucing. Hari ni nak hapdet tentang kucing yang kat kedai ajer.

As always, as well known among family and friends... I love cats. Cats will always be part of my household. Sometimes the number goes up, and some other time it will goes down. The ups and downs usually due to illnesses or they have gone missing in action. I don't dump cats... will never ever do that!

Sedih bila tengok kucing dibuang... sebab sedih dan tak sanggup tengok, I have added my cats collection sampai ke kedai. Now, ada satu mama cat yang orang buang masa masih bunting, dah beranak dan menghasilkan 3 ekor kittens dengan one stray cat yang  saya bagi makan di luar.


Ini kittens yang kat kedai. Mak dia beranak kat belakang ruang kedai. Dah 3 bulan umur depa2 nie... nak panggil nama apa pun tak tau, apa future plan untuk depa pun saya belum tau. Kecik2, boleh ler simpan kat belakang kedai, kalau dah besaq... macam mustahil jer. La nipun, i need to do spring cleaning everyday... kalau tak, bau akan semerbak. Adehhhh!!!

Merenung masa depan...

Ini lah stray cat yang orang buang dan selalu minta makan. Dah 4 bulan saya unofficially bela dia. Macam nilah cara dia kalau nak makan. He will stand outside my door and starts making sound. Buat muka kesian pulak tu. Kalau malam2 masa nak balik, dia akan ikut sampai ke kereta... nak ikut balik. Macam mengharap supaya saya bawa dia balik. Sedih sungguh! Sebab tak dapat buat semua tu, 'Tuan Tanah' dah tak benarkan.. La ni, dia dah faham. Dia dah tak buat macam tu lagi, maybe dia dah terima hakikat yang dia dah tak boleh balik duduk rumah macam dulu2.

Dulu2, saya beri makan kat luar kedai, tapi auntie kat tingkat atas tu bising, dia cakap... bau busuk la, macam-macam la komplen dia. Last2 saya invite kucing tu masuk dalam kedai. Lepas makan, dia keluar semula...

Tapi itu dulu2. Nowdays, dia dah pandai nak duduk dalam kedai. Kadang2, dia menyelinap masuk dalam kedai dan tidur di bawah rak2 saya. Kesian, maybe dia rindukan keselesaan dulu. Lagipun, kat luar tu panas bebenor. Entahlah! Selagi saya mampu, saya akan kongsi rezeki saya, saya cuma risaukan kereta2 yang pass by jer...

A STRAY CAT POEM

Dear God, please send me somebody who'll care.
I'm so tired of running and sick with despair.
My body is aching and filled with such pain;
And dear God I pray, as I run in the rain
That someone will love me and give me a home,
A warm cozy bed, and food of my own.
My last owner left me alone in the yard...
I watched as they moved, and God that was hard.
So I waited a while, then went on my way
To rummage in garbage and live as a stray.

But now, God, I'm so tired and hungry and cold;
And I'm so afraid that I'll never grow old.
They've chased me with sticks and hit me with straps
While I run the streets just looking for scraps.
I'm not really bad, God, please help if you can,
For I have become just a "Victim of Man."
I'm wormy, dear God, and I'm ridden with fleas;
And all that I want is an Owner to please.

If you find one for me, God, I'll try to be good.
I won't scratch the carpet; I'll do as I should.
I'll love them, play with them, and try to obey.
I will be so grateful if they'll let me stay.
I don't think I'll make it too long on my own,
'Cause I'm getting weak and I'm so all alone.
Each night as I sleep in the bushes I cry,
'Cause I'm so afraid, God, that I'm gonna die.
I've got so much love and devotion to give
That I should be given a new chance to Live.
So dear God, please hear me, please answer my prayer,
And send me somebody who will REALLY care.

Author Unknown


Kadang2, cubalah fikir2 apa yang kucing jalanan tu rasa. Kesian, kan! Depapun nak tumpang hidup kat dunia ni.. :(
Photobucket

Thursday, September 6, 2012

WISE WORDS 2

Beberapa koleksi imej kata-kata hikmah yang saya kutip di wall fb kawan-kawan... untuk koleksi peribadi.
Peringatan untuk diri sendiri yang selalu lupa. So, next time, nak kena ucap 'Alhamdulillah' selalu.

Kita selalu sibuk mencari pengiktirafan dunia yang hasilnya belum tentu. Kita bekerja keras hingga lupa mengingati Allah. Sedangkan Allah sudah menjanjikan yang terbaik untuk hambaNya yang beriman serta beramal.



Pang! Macam penampar yang kena kat muka sendiri. Buka facebook hari2 tapi bab ibadat berkira dengan Allah. Selalu jugak cakap ' oh! tadi subuh dah baca Quran, tak payahlah kut. Esoklah pula.'

 Sampaikan! Walaupun dengan satu ayat!
Photobucket

Monday, September 3, 2012

REUNION RAYA 2012


@ Bandar Seberang Jaya...

Reunion raya yang diadakan di rumah Eina, di Seberang Jaya.
Unfortunately, saya tak dapat turut serta due to personal and work commitment.
Ketidak hadiran saya dengan alasan yang saya beri mungkin kecil dan tak dapat diterima oleh sebahagian kengkawan. Namun hanya saya tahu masalah saya. 

Gambar yang saya kidnap dari wall Mastura Salleh.

Yang penting, semua orang nampak gembira. Alhamdulillah


@ Bandar Perda, Bukit Mertajam...

Ini pulak reunion raya kat rumah Midah. Sekali lagi saya tak dapat join.
Harap sangat kengkawan faham masalah saya yang payah nak cerita...
Sebenaqnya, saya looking forward nak jumpa Midah, saya ni ada banyak dosa dengan dia...
Nak memohon maaf walaupun saya tahu dia dah memaafkan saya.
Dia ikon persahabatan di hati saya, 
kerana dia saya lebih menghargai persahabatan dan saya belajar membuang ego saya...

Jamnah, Lin, Sanah, junior Khalizan dan Midah
Lagi satu, saya teringin nak makan Ayam Burma yang Lin dok asyik gah tu...
Nampaknya... melepaslah saya!


@ Kepala Batas

Malam hari yang sama, saya tutup kedai lebih awal.
Kesian Soleh, dia jemput saya ke 'open house', katanya... makanan banyak,
maybe tak ramai yang turn-up.
Tup2, saya jumpa Lin dan Zan di rumah Soleh...
Apa lagi... gamatlah!
Inilah satu2satunya open house yang saya dapat hadirkan diri... 
Alhamdulillah!

Di rumah Soleh dengan ditemani anak sedara..

"A Friend is someone who knows all about you and loves you anyway!!!" 


Photobucket

Saturday, September 1, 2012

INSIDEN UNTUK DIFIKIRKAN...


Salam...
Banyak yang saya encounter bila hari2 bertemu customer. 
Macam kata pepatah, ' ramai orang bermacam ragam', dan ragam2 tu... buat saya berfikir, menilai dan mengambil iktibar.
Contohnya beberapa peristiwa yang pernah terjadi kat dalam kedai ...

1. Kecil2 cili padi

Anak saudara saya yang umurnya 12 tahun meneman saya di kedai. Dan, saya masa tu, tengah menulis untuk 'Projek Hotel Tepi Lebuhraya'. Semasa saya sedang sibuk dengan customer, dia menjengok tulisan saya. Then dia tetiba jer tegur saya...




Hmm... hari itu, saya belajar something dari guru cilik saya. Bukan saya tak pernah tanyakan tatabahasa macam ni dengan sifu saya, cuma kadang2 saya memang lemah bab nak mengingat. Bila kena tegur dengan budak kecik, baru ada akal!

2. Kecil jangan disangka anak...

Imej pinjam dari encik google...

Sahabat baik saya, bersama anak perempuannya ( umur dalam 10 tahun) mengunjungi saya di kedai.
Tak ada apa untuk dijamah sekadar sedikit kueh raya yang saya bawa dalam tupperware.
Terlalu excited nak bersembang, dia terus bercakap selepas merasa makmur buatan saya..
Tanya dia dengan mulut masih penuh makanan, ' hang buat ke makmur ni?'
Saya mengangguk.
Tetiba anak kawan saya menegur, ' mama, telan dululah makanan tu, baru le bercakap!'
Ha... amek kau, kata saya dalam hati...
anak pula yang menegur perangai mak.. mak pula, jumpa kawan terus terasa muda macam masih 17 tahun...

3. Anak tak berbudi bahasa dengan emak...


Seorang mak, datang kedai bersama anak perempuannya,
umur budak perempuan tu... dalam 17 - 18 tahun, agak saya lah.
Si anak nak membeli satu barang, tapi si emak tak bersetuju dengan barang yang dipilihnya, 
Si emak cuba suggestkan pilihan lain.
Yang buat saya terkedu, si anak cakap... 'mak tak reti bahasa ke! Orang cakap macam ni...'
Dan... si emak masih mampu tersenyum dengan kata-kata anak tu.
Tak tahulah, mungkin bahasa itu dah biasa dituturkan di rumah,
Siapalah saya untuk menilai cara orang mendidik anak.
Tapi saya rasa, deep down inside the mother's heart, mesti dia terasa kecik hati...


4. Bila ayah sakit...

Pinjam encik google jugak...

Sorang Apek datang ke kedai membeli ubat demam dan selsema,
Kesian saya tengok keadaan dia, walaupun demam, kena cari ubat untuk diri sendiri.
Aura kepoh yang kadang2 muncul dalam diri, buat saya ringan mulut bertanya...
Saya : Uncle, mai sendiri ke?
Uncle : Sendiri la... sapa mau tolong lagi...
Saya : Anak2 uncle tak ada ke? Kesian uncle, demam pun kena keluar cari ubat sendiri.
Uncle : Haiya... sekarang punya anak, keksim woo...
Dulu2, masa dia kecik, dia sakit kita jaga sama dia. 
Cepat2 kita bawa dia jumpa 'lokon', kita takut dia mati...
Kalau dia talak titon arr, kitapun tak bleh titon,
lagi... satu nyamukpun kita tak mau bagi gigit sama dia...
sikalang arr, kita sakit, bukan dia mau cari ubat kasi kita baik...
Dia cakap kita kasi susah sama dia, dia lagi pelan2 tanya... BILA KITA MAU MATI!

Saya terkedu dengar jawapan Apek. Kata2 Apek tu, memang bernas dan ada betulnya.
Diam2... saya geleng kepala....

Nota: Keksim = Sakit hati, lokon = doktor.


Photobucket
awesome comments