A scribble of my mind and heart.....

Thursday, January 31, 2013

RUMAH KUCING...

Ini rumah kucing versi kitar semula 
Bumbung dari bengsal kereta Abang Mat. Kayu pulak Ba'om beli yang sudah digunakan. 
Ofer kezen buat construction ( konon), tak mai pun... 
last2 pakai arkitek belakang rumah.

under construction

Arkiteknya tukang kelaghah.
Architect at work, yang kat belakang tu... penasihat.

Tukang kacau paling besaq...

Photobucket

Tuesday, January 22, 2013

COOLBLOG DAN KEMAAFAN


Saya tengah gila Coolblog. Ini bukan blog di internet. Cuma sejenis beverages yang menjadi kegilaan anak2 remaja sekarang. Walaupun saya bukan remaja ( lebih kepada remaja purba), tapi akibat diperkenalkan oleh anak sedara saya Nora ( dalam gambar), saya pun dah gila nak minum coolblog.

Saya melihat peluang perniagaan di sini. Kalaulah CB ni ada sistem franchise... boleh juga buka peluang perniagaan. Juga peluang pekerjaan untuk anak2 buah saya.

Sebenarnya dia cuma ice blended dengan berbagai perasa yang ikut pilihan nak ditambah smoothies and pearl. Pilih ajer nak tambah apa. Jangan tambah semua sampai pening dah laa...

Dua minggu lepas, saya ke Tesco Bakar Arang SP. Semasa menunggu oder CB disiapkan, tetiba saya ternampak seseorang. Iaitu kawan sekerja (EL) semasa saya bekerja dengan pharmaceutical company di SP jugak. Saya kenal dia tapi dia tak nampak saya. Waktu tu, saya macam berbelah bagi samada nak tegur ke tidak... tapi at last, saya panggil nama dia.

EL tak cam saya sehinggalah saya menyebut nama saya. Maklumlah, sudah lebih 13 tahun selepas saya berhenti bekerja di situ, dan saya hanya pernah berjumpa dia sekali. Kami berbual sebentar sebelum dia memohon diri untuk berlalu.

Mengimbau masa lalu...  sebenarnya, saya sepatutnya masih marahkan EL. Dia jadi punca sorang kawan saya tu (F), tak mahu bercakap dengan saya. F yang selama ni baik dengan saya, tetiba nak memandang saya pun tak sudi. Itu antara sebab saya bertukar pekerjaan selain sebab lain yang lebih penting. Saya merasakan environment kerja saya semakin tidak menyenangkan hati...

Selepas berpindah, saya dapat surat yang di alamatkan ke rumah saya. Surat dari F tetapi ditulis oleh EL. Isinya... pertama kali membaca, buat jantung saya berdegup kencang. Lima hingga enam helai kertas saiz A4 itu digunakan hanya untuk mengutuk dan mengata saya. Saya begitu... saya begini... pendek kata, sayalah manusia paling teruk di alam maya ini. Cuma.. bila diulang baca beberapa kali, saya hanya tersenyum, kemudian ketawa. Saya hanya tunjukkan surat itu pada kawan baik saya yang sama2 berkerja di syarikat yang sama dan lepas tu, hanya diamkan saja. Biarlah! Orang yang dicerca dalam surat itu... bagi saya, bukan saya. Bukan stail saya bergaduh dan menyerang orang sana-sini.

Surprisingly... EL ini, suatu hari, mencari saya di tempat kerja baru saya beberapa bulan kemudian. Saya difahamkan... dia akan menunaikan haji dan ingin memohon maaf dari saya. Saya biasa saja. bersalam dan memaafkan dia... saya tak pernah marah dan dendamkan dia walaupun hubungan saya dengan sahabat saya itu terus suam2 kuku dan kini terputus terus...

Alhamdulillah! Saya mahu menjadi seorang yang mudah memaafkan dan rasa lega bila dapat berbual dengan dia tanpa menyimpan sebarang rasa tidak puas hati. Saya harap sangat2 supaya saya dapat memperbaharui hubungan saya dengan F... suatu hari nanti.

Saya suka artikel dari genta rasa tentang memaafkan kesalahan orang lain. Siapa2 yang terasa nak baca, boleh ler baca kat SINI. 


I do good.. But I'm not an angel
I do sin.. But I'm not a devil
I just a small human being, living in this very big world..
A full time muslim, A daughter, And A sister


Photobucket

Monday, January 21, 2013

SUNDAY ACTIVITY


Gambar ni, saya snap kelmarin. Kelmarin kan hari ahad, hari cuti untuk saya. Awalnya hari ahad... plan nak pi kubur arwah ayah dengan kakak2. Tapi Mak Ngah Zizah dah booking nak mai cek kencing manis. Kesian pulak dekat dia... jadi sayapun op untuk tak pi... :( Rindu kat arwah ayah.

Lepas Mak Ngah dah balik, saya kemas sangkar kucing, buang najis dan kertas surat kabar yang dibuat lapik tu. Tengah berjalan nak ke lunggok sampah, tetiba dengaq ' brommmm!' bunyi binaan jatuh. Tersirap darah saya, sebab sebelum tu saya nampak Ba'om abang ipar saya tengah mengetuk binaan yang nak dibuat reban ayam.

Memang sah! Reban ayam to be tu dah ranap menyembah bumi. Alhamdulillah! kayu besar yang digunakan untuk pasak tu tak menimpa dia...

Ba'om kejutkan anak2 jantan dia yang 2 orang tu suruh bangun dan tolong. Tapi hampeh! Bebudak la ni, bukan dia tahu kesiankan mak bapak. Tidur sampai kesiangan...

Bila dah hampir pukul 10 pg masih tak dapat2 respon, saya dengan kak mun tawarkan diri nak tolong. Jadi tukang pegang kat sana-sini pun cukuplah... Hmm berat jugak tiang tu, mujurlah tak menimpa kepala Ba'om tadi. Beratnya sampai kami perlu ampu 3 orang...

Lepas dah berjaya dirikan... saya berehat sambil minum kat tepi tu. Terpandang betapa cantiknya rama-rama berterbangan. Patung2 pun ada... Maka teringat nak test senjata Canon saya..

Inilah hasilnya...









“What i like about photographs is that they capture a moment that’s gone forever, impossible to reproduce.”
― Karl Lagerfeld


Photobucket

Saturday, January 19, 2013

PARKING

Nak cakap isu parking, isu yang kadang2 buat saya berdengung kepala. Nak kata saya ni baik, takadalah sangat. Saya pun ada sisi kureng dalam diri saya. Macam kata-kata hikmah yang saya kutip dari FB ( nilah yang bagusnya fb, penuh dengan kata-kata motivasi dan kesedaran).

"Kita dipandang baik, kadangkala bukanlah kerana kita benar-benar baik. Tapi, kerana Allah telah menutup aib kita dari pandangan orang lain."

Jadi sebab saya pun bukanlah baik sangat... saya takmo elaborate panjang-panjang, nak cakap dengan ayat mudah2 jer ler... sebab saya tengah hangin dengan orang yang parking motor kat depan pintu kedai saya...

Parking penting diri...
Entah sebab apa... rasa macam nak pancitkan tayar dia. Takpun nak keluar dan tolak jer moto tu bagi terbalik. Kawan saya komen kat fb, suruh saya buang ajer tayarnya...
:))


Seluas-luas dunia... depan pintu kedai saya jugak yang dia parking. Itu menghalang laluan masuk! Tak kanlah otak dia takleh pikir?

Cerita kat tapak parkir
Ini pulak fenomena yang biasa kita lihat kat tapak parking di shopping kompleks. Masalah minda kelas pertama yang tak akan sudah sudah... sebab semua orang sekadar pentingkan diri sendiri. Konon-konon kita ni sibuk sangat sampai tak sempat nak letak balik troli dekat slot yang dikhaskan.


Kadang2 geram betul bila nak masuk parking je, adalah 2-3 troli tercongoh kat situ. Tak ke menyusahkan orang namanya?

Rasanya kat negara kita Malaysia yang sepatutnnya penuh dengan rakyat berbudi pekerti ni, tak lah terjadi perkara macam ni, kalau adapun mungkin 2-3 biji jer. Tapi hakikatnya... 2-3 orang jer yang simpan balik troli kat tempat sepatutnya. Rasanya... almost 80 persen tak simpan balik troli dan cuma tinggalkan ikut suka hati bertaburan kat kawasan parking tu.

:(
Photobucket

Wednesday, January 16, 2013

CUCU PENAKAN

Syuhada


Koleksi gambar Syuhada untuk tatapan Tok Maminya yang dok di Subang Jaya. Bab posing, Syuhada no 1. Suka sangat dengan kamera.

Semalam, dah dekat pukul 12 am, Syuhada masih nak ikut Tok Ndak mai umah nenek. Sebab dia buaih sangat, Tok Tam usik dia... Tok Tam buat2 tidur atas riba Tok Ndak dan Tok Ndak join the club mengusik Syuhada dengan mendodoi Tok Tam.

Selalunya, Syuhada akan marah kalau ada orang tidok atas riba Tok Ndak kesayangan dia, tapi semalam dia diam jer. Lama dia dok perati...

Ingatkan, dia akan nangis at the end. Tapi tetiba jer... dia cakap dalam bahasa dia...
" Dadachu chechaaahhhh...!!!"

Nak tau apa maknanya? :))

Maksud Syuhada... ' Ada aku kisahhhh!!!'

Alamak! Ini penangan tok sedara dia yang selalu dok sebut macam tu depan dia. Kan dah diikut dek cucu sedara yang cerdik bergeliga tu....


Hani Darina


Hani Darina, lebih kurang sebaya Syuhada, tapi sebab dia duduk dengan mak dia. Dia tak berapa rapat dan takut2. Nak dokong pun takmo... Isy!
Photobucket

Monday, January 14, 2013

CIK PEAH LAWA

Kenalkan, ini Cik Peah Lawa. Itu nama yang saya dan staff saya gelarkan dia. Tak taulah tuan dia panggil dia apa? Kucing ni rasanya dari kampung belakang kedai, yang selalu datang menumpang makan. Kalau mai tu... selalunya akan merengek depan pintu kedai macam ni lah.



Saya akan bagi dia masuk, dan dia makan kibbles yang saya letak tepi pintu. Selalunya lepas makan, dia akan merengek depan pintu minta keluar. Mudah melayan dia...

Tapi lately, kadang2 dia takmo balik. Puas saya buka pintu suruh dia balik. Tapi dia buat 'no he' jer. Siap bergolek manja kat atas lantai macam kat bawah...


Ramai yang berkenan dengan Cik Peah ni... seriau jugak ada yang tangkap dia bawa balik. Saya pun kadang2 rasa nak bawa balik jer... ngee...


Photobucket

Tuesday, January 8, 2013

I LOVE HER




I can’t help crying. I have been trying not to do so for the past few months since the doctor came up with the diagnosis. I don’t want to show her that I’m sad. I want her to be strong! To fight! But… I forget that she was a fighter long time ago. Always a fighter! She’d been through so much… yet she’d still smile and accepted life as it is.

I was the weak one, actually!

Last Sunday was the third times I saw her pale face. The beautiful face with black bushy eyebrow and a sweet dimple smile has suddenly faded away. She looks sick and it really breaks my heart.  It carries a sense of sick feeling that running in my heart. I was holding up tears. Dear Allah! Please don’t take her away! Please make her sickness go…

I love her! She’s my dear sister, she's like the other half of me who is only two years younger. We grew up together, went to the same school. We shared growing pains. We laugh together a lot and of course fight occasionally… and seeing her like that really makes me wanna break down and cry.

I cried in my heart. I cried in my sleep. I cried in my car… where nobody else sees. I’m afraid of losing her. I wish the diagnosis was wrong. I pray that the doctors had made mistakes. They misdiagnosed and it is just a normal problem. But I know… I can’t go on pretending...

I miss the old her, the one who laughs a lot. The one who eats whatever food that she sees. She used to say that... she eats everything except woods and stones. Now... she seldom laughs, only smile. She eats only certain food... only the one that suits her conditions. And I was holding up tears when she said to me one day.. ' Tam! I have decided not to go for an operation. If I die in the near future, just accept that it is fully fated. Its in Allah hand and not because I refused the operation...'

I wish I can take her place. I wish I was the one who's sick for I don't have a big responsibility. I have no kids to look after. Any of my sibling can replace me of taking care of my mom... and surely they will do better than me. I don't wanna have to go through losing someone very dear to me. I want Allah to take me first. Astaghfirullah hal adzimmm! Who am I to decide all this? Everything is in Allah's hand and He knows better... He knows the best!

I want to ignore the truth. I want to believe that it was just a dream. My little sister is okay. She will be okay! She will always be okay!!! But doing that won’t help her...

I need to be there for her. I need to pray for her. I pray for her good health… I pray for her good life… I pray for her happiness… I wish her to be here forever as long as I live…

p/s... English saya tunggang langgang, but writing in english affect me less emotionally! :(
Photobucket

Sunday, January 6, 2013

DARI MINDA DR MUHAYA

Untuk perkongsian, tentang bagaimana kita guide otak kita untuk berfikir dan bagaimana kita nak guide anak-anak kita berfikir. Nak simpan kat blog untuk reference suatu waktu nanti...




Positive thinking is expecting, talking and visualizing with certainty what you want to achieve, as an accomplished fact.

Photobucket

Saturday, January 5, 2013

FEEDBACK ON BAUGAINVILLEA

Salam... Sudah sebulan lebih Bougainvillea berada di pasaran. Masa mula2 keluar dulu... saya memang tak senang duduk. Takut nak dengar penerimaan pembaca. Takut jika cerita saya tak dapat memuaskan hati pembaca dan mereka rasa tak berbaloi dengan wang yang dilabur...

Saya menanti komen dari pembaca, dari kawan2... especially dari sifu saya, tapi dekat seminggu jugaklah selepas publish... saya dapat feedback pertama dari orang yang dekat dengan saya, Dr Ismaliza.

Komen 1
Kata dia...


Alhamdulillah! Okaylah! Acceptable... saya akan gunakan komen ni untuk hasil yang seterusnya... kalau ada. Part Dr Ismaliza tu, memang saya ambil Dr Ismaliza buat cameo :))

Komen 2

Then saya dapat feedback dari sifu, sifu kata... banyak yang boleh diperbaiki lagi. Saya banyak melalut at certain part ( betoi la tu... saya pun rasa macam tu :) ) Makin saya baca manuskrip... makin saya pening! Ada lagi komen sifu yang akan saya buat pedoman kalau nak tulis cerita baru ( kalau ada laaa...). Sifu cakap... overall it was okay. Dan dia mahu saya terus menulis dan jangan berpaling lagi. Kata-kata semangat and I owe her sooooo much!

Komen 3

Then somebody add me on Facebook. I got quite a number of add-up after my novel was published. So... boleh agaklah, ni mesti reader yang dah beli buku saya. Bila saya peep dekat wall dia... saya terbaca ini,


Alhamdulillah! Komen dia yang sedikit tu, buat saya rasa lega... itu komen pertama dari pembaca yang tak kenal saya...

Komen 4

Then suatu pagi bila saya buka fb, saya rasa nak gelak guling2 dengan post Dyh Usin. Dyh yang bagi saya seorang yang sangat happy go lucky dan sangat 'giler K-pop'. Kata Dyh, dia tak boleh nak bayangkan ASP Hakimi tu macam Rasyidi Ishak... tapi dia dok nampak semua watak tu macam pelakon Vampire Prosecuter (VP). Saya pun tak pernah tengok VP, tak kenal sangat...

Inilah yang Dyh post yang buat saya tergelak. Saya lupa... next time saya tulis cerita, saya kena imagine hero dan heroinenya orang muda. Ini... saya imagine pelakon yang retro macam saya. Sebenarnya saya guna imej V dan Shidee sebab saya minat giler dengan 2 orang pelakon ni... dan bagi saya, mereka pasangan yang sepadan...


Dyh juga ada buat review dekat wall REVIEW NOVEL, tapi saya tak buat print screen sebab, review Dyh panjang sangat. Thanks Dyh!!


Komen 5

Lepas tu, hasil influence Dyh kat wall dia... saya dapat komen dari Wan Amalyn... komen yang sangat memberangsangkan. Alhamdulillah lagi sekali, Wan Amalyn pun sukakan cerita tu...



Komen 6

Ini komen dari Nida Hassan, junior masa saya kat sekolah dulu...



Komen 7

Komen di wall Ridh... dari Hujan Rintik. Alhamdulillah! Dia kata berbaloi-baloi...



Komen 8

Komen dari kawan  X- USM... Alhamdulillah!



Komen 9

Ini pulak komen dari Lyana Eam di wall SAYA MINAT NOVEL. Alhamdulillah!


Alhamdulillah! Ini adalah sebahagian dari komen yang saya siarkan. Ada banyak lagi... Alhamdulillah! Atas komen semua orang. Tak kiralah, yang positif atau yang negatif, saya akan buat guideline untuk projek seterusnya.  Semua komen dari kaum keluarga, Sifu, kawan-kawan lama, kawan2 baru dan komen2 yang saya dapat thru sms, emel dan personally. Alhamdulillah! Syukur saya panjatkan kepada yang maha Esa.atas kurniaNya.
Photobucket

Friday, January 4, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013


Tahun 2012, penuh ujian untuk saya, bisnes saya, kedudukan kewangan saya juga. Kakak2 dan adik saya pun sakit. Bisnes abang saya pun melalui fasa lembab...

Tapi towards the end of 2012, saya dapat banyak good news involving my family member. Anak buah saya dapat 5A dan dapat masuk asrama di Jenan. Yang tingkatan 3... result pun kira memberangsangkan dalam malas2nya dia berusaha. Yang lepas SPM, dapat masuk INSTAC buat persediaan pi UK. Yang keje nurse kat swasta... dapat masuk ke government service... Alhamdulillah yang tak terhingga atas kurniaan dari-Nya... Dia uji dan dalam masa yang sama, Dia memberi...

Dan tahun 2012 juga... saya dah berjaya hasil novel dan diterbitkan di bawah label Jemari Seni. Novel pertama... dan Alhamdulillah! Saya dapat komen yang memberangsangkan...

Cuma... saya rasa sebagai hamba-Nya, saya tak bersungguh-sungguh berubah. Azam saya yang saya buat 2x setahun semasa awal Muharram dan Tahun Baru... hanya tinggal azam. :(

So, harap tahun 2013 nanti akan jadikan saya Muslim yang lebih baik dan akan menjanjikan kebaikan dari segala segi untuk kita semua... Insyallah!


“We will open the book. Its pages are blank. We are going to put words on them ourselves. The book is called Opportunity and its first chapter is New Year's Day.”


Photobucket
awesome comments