A scribble of my mind and heart.....

Friday, May 24, 2013

CDM OH CDM...



Semalam, lepas balik dari kerja, singgah di one of CDM machine kat Bertam. Alhamdulillah! Both machines are okay. Usually, only one is okay, the other machine is always out of service. On the left handside, there are two people waiting. So I chose the right one, and stand patiently behind si baju merah.

Dia tekan… tekan… dan tekan…sambil jeling2 kat ipad yang dia letak kat tepi cdm machine tu.  Dekat 20 kali jugak key in number. 20 kali? My account number ada 10 digit aje. Then geleng kepala. Then started to key in again. Sambil key in, dia perbetul urat kepala. Lepas tu geleng kepala semula… then key in again. Dalam hati sudah panas. Ape kejadahnya? ( mind my language!). Saya pun selalu pegi bank, tak adalah susah sangat nak masukkan acc number tu!

Takpa… sabar… sabar… machine sebelah, dan bertukar orang tiga orang dah… saya ajer tercatuk macam orang bodoh kat line tu. Dan mamat baju merah ni, selamba giler jer dok main tekan2. Dia habis satu transaction, seluk kocek… bawa keluar seikat duit 50.

Sudahhhh!!! I don’t think I can take it anymore. Kalau tunggu jugak kat belakang dia… mau berasap kepala. Terasa sangat2 nak ‘ cas keting’ dia biar terduduk kat situ. Terus angkat kaki sambil buat signal jelak dengan bunyi suara ‘ haisssshhhhh’. Ingat nak cakap kat dia…

 ‘ rasanya elok encik bawa balik jer cdm machine ni kat rumah. Tidur sekali atas katil pun takpa!’

Saya balik dan drive dengan beristghfar… sedar yang sabar atau tidak seseorang itu diukur ketika dia sedang marah….




Photobucket

Wednesday, May 22, 2013

MY VERY OWN PAGE...

Beautiful Tree


Assalamu'alaikum,
Saya suka-suka create page kat facebook. Terjangkit dengan kawan saya UMI ANA yang selalu share gambar cantik2. Maka saya yang sukakan nature world, suka tengok image alam ciptaan Allah yang cantik2... terasa teringin jugak nak share dengan orang lain.... lepas tu kind of gatal tangan created my very own page dengan nama BEAUTIFUL TREE...


Just created for about a month and I only got 34 likes, sikitnyerrrr... help me like this page, please! And help me share the photo in it and spread the beauty of Allah's creation. By the way, most of the photos are not mine, I just share. Only a few belongs to me...

Boleh tolong like Beautiful Tree page ....

Here

Photobucket

Monday, May 20, 2013

JALAN-JALAN BUKIT BINTANG - DAY 2

Hari kedua, lepas Asar menapak lagi menyukat Jalan Bukit Bintang. Actually on that particular night ada dinner, tapi kami opted takmo pi. Menyukat la agenda kami. Kali ni, kami ke Berjaya Times Square. Selama ni, dok dengar jer BTS ni... nak pi tengok sat aih.

Ris dengan Baliz tu, jalan macam ribut. Nyong... nyong... nyong lepaih pi depan. Puas ler makcik Nabilah, Packy, Rose dengan Kasmah nak menapak mengejar depa tu. Penat jugaklah nak sampai!

Posing kat piano steps

Mizz Nina Cafe... suka bunga dia...

Inside Rasa Utara... for Dinner.

Soto Ayam pilihan Kak Ros dan Kak Kasma

Es Kacang Nabilah

Laksa pilihan Baliz

Nasi Ayam berempah... saya punya

Tom Yam, Nabilah punya

Kekenyangan....

Makan2 all sponsored by tawkeh Nabilah. Moga rezeki berlimpah ruah lagilah hendaknya...


Going back time... sempat juga snap main entrance...

A true friend laugh at your story even if they are not so good. And sympathizes with your troubles even when they are not so bad. 

Photobucket

Friday, May 17, 2013

MPS AGM & SEMINAR

Its a point collecting agenda cum reunion...


Here comes may and a must do event, the MPS AGM & Seminar. Kena pergi jugak coz we need to collect 30 points every year to be able to retain our names in The Pharmacy Board. Kalau tidak tak dapat nak practice coz they wont be issuing any license if the said point does not meet 30's.

So, hari Jumaat, off to KL dengan Kak Kasmah dan Kak Ros. Drive dengan kereta Kak Ros. Bukan tahu jalan pun nak ke Hotel Istana tu. Tanya Pakcik Google jer...

view from our room

Sampai KL, dalam pukul 12 lebih, sesat barat tak tahu nak cari arah. Maklumlah, dah lama tak ke Bukit Bintang ni, almost 20 years plus. Walaupun dah lama... memori jalan ramai2 dari Concorde ke Lot 10 yang diketuai oleh Ris tu... sentiasa mekar dalam ingatan.
/floor

Mujur telefon Abang Ipar, Che Din. Tu pun puas tawaf Jalan Sultan Ismail tapi tak nampak2 Hotel Istana. Then telefon Ris, ikut direction yang Ris bagi... barulah nampak bangunan Hotel Istana tu. Problem lagi sebab nampak hotel kat seberang jalan... tak tau nak acccess ke sana lagu mana? Haru sungguh!

Lepas 3 kali tawaf... baru nampak jalan masuk yang kecik ajer kat depan tu. Alhamdulillah! Sampai dan check-in lebih kurang 2:00 petang.

Jalan2 Bukit Bintang - Day 1


Lepas series of lecture yang berakhir lebih kurang pkl 6 ptg, tunggu solat maghrib lepas tu... pi merambu kat Pavilion Bukit Bintang. Jalan kaki jer... sama2 dengan Baliz, Liza and few of their friends sambil warning Ris supaya jangan ulang sejarah lama... :))

Jalan Bikit Bintang


I love seeing this


Liza, makan mee Jawa. Baliza makan mee tom yam kut ( lupa dah...)

Eye catching 

Waiting... macam warga Indonesia jer

Shoe diaplay... I likeee

Baliza in action

Ris, in front of mangkuk tingkat depan Pavilion

Night life...

Hmm... Bukit Bintang tu, dah jadi port warga asing. Macam2 orang... macam2 nationality. Dah tak macam duduk kat Malaysia...

I Love Penang more everyday... :)

Photobucket

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU

Hari ini hari guru sedunia.... :)


Kalau tak jadi ahlul farmasi, saya mungkin jadi cikgu kut. Sebab arwah ayah saya memang sukakan kerjaya guru. Abang saya cikgu, adik saya pun cikgu... terbaru, anak saudara saya pun jadi cikgu. Namun jadi cikgu zaman sekarang cabarannya lebih. Tak sama dengan kerjaya guru zaman dulu2. Sentiasa dihormati oleh semua orang...

Masa saya sekolah rendah, ( zaman tok nadok dulu2) cikgu memang dipandang tinggi. Saya masih ingat Ustaz Qari yang selalu usik saya. Cikgu ManDon yang kalau dapat tangkap saya, dia tak akan lepaskan tangan saya. Cikgu Halimah yang selalu usung saya balik rumah dia... nak jadikan saya anak angkat katanya. Mujur mak saya tak benarkan. :)) Cikgu Jaafar yang ajar saya pendidikan jasmani dan Cikgu Rahman yang suka ajar nyanyi... saya ingat lagi lagu Burung Ketelang yang dia ajar...

Di puncak pohon cempaka,
Burung ketelang berbunyi,
Bersiaul-siul, memanggil-manggil
Trilili... lili... lilili....

Tapi dalam semua, saya selalu teringatkan Cikgu Ismeth. Nama penuh dia, Cikgu Ismeth Amir Muhammad Salleh. Dia mmg gemar soal sifir sebelum mula kelas tiap tiap pagi. Semua orang kena berdiri atas bangku, Hanya yang boleh jawab jer, boleh duduk. Yang tak boleh... kena rotan.

Cara dia tanya sifir pula, tanpa warning. Aci main tunjuk dan soal tak ikut giliran. Siap point kami dengan rotan panjang dia tu... memang selalu buat orang yang terkejut tak mampu nak jawab.

Saya ni, selalunya memang lepas la. Tapi tak thulah sebab apa, satu hari tu, kena tanya sifir dengan mengejut. Soalannya 8 x 3=?, akibat terkejut... saya jawab 21. Apalagi... hari tu, saya kena satu rotan di 'backside'. Rotan yang ambik lajak pulak tu ( dia pura2 ambil lajak sebenarnya). Sekali tu lah... saya kena rotan sepanjang saya sekolah. Sakit yakmat! Tapi itulah yang saya kenang sambil tersenyum hingga ke hari ini.

Saya tak tahu di mana cikgu saya tu sekarang. Masih hidup atau sudah kembali menemuiNya? Di mana pun dia, jika masih hidup, saya doakan dia diberikan kesihatan yang baik, dan dipermudahkan dalam beribadat, Jika sudah tiada... semoga ruhnya dicucuri rahmat Allah hendaknya...

Masuk sekolah menengah, saya bertemu guru2 yang lain. Antaranya, Ustazah Khadijah, Ustazah Rokiah ( semoga ruhnya dicucuri rahmat), Puan Ainon Hayati, Mr Beh, Mrs Ng, Puan Yangketees, Miss Pillay, Mrs Thevathasan dan ramai lagi. Tak lupa cikgu tuition yang saya ingati selalu Sir Takiyuddin.

Selamat Hari Guru untuk mereka dan semua. Jasa guru akan sentiasa dikenang.


Photobucket

Tuesday, May 14, 2013

MACAM-MACAM AGENDA

Hari tanpa status di fb


Tujuh hari tanpa status di fb. Alhamdulillah! Managed to do that. Hari ini hari 'off'. Esok mula balik hari tanpa status.

Perjalanan ke KL yang memenatkan.


Baru balik dari KL untuk AGM. Penat jugak... akan ada entry untuk agenda tu. Best sebab dapat 4 kebaikan sekaligus...

1. Dapat ilmu.
2. Dapat collect unit untuk annual retention.
3. Dapat jumpa kawan... dear beloved friends.
4. Dapat jalan-jalan... :)


Kucing oh kucing

Ini yang dah ada kat rumah...

Sebab nak pi KL, bulan ni 2 kali antar cats gi bording... uhuh, tiris kocek saya yang sedang tiris ni. Tapi nak buat camana, dah jatuh kasih kat depa. Nak tinggai kat umah... dah banyak dah populasinya. Kesian kat Kak Mun dak kena tanggung masalah saya ni.

Hari ini, pi claim dari port bording tu... telan ayaq liok ja la tengok bil hat kena bayaq tu...


Keretaku...


Sekadar tengok tayar pun, tak apalah...

Kereta dah sebulan tidor kat workshop. Rindu nak pegang steering. Tapi sejak dia buat problem dengan enjin tu, dah kira masuk keluar workshop. Tiris kocek. Last2 kata nak kena tukaq tahapakebenda tak tau. Secondhand, costnya lebih kurang 2k, kalau yang ori... 5K Adedededehhhhh... nak pengsan... minta nyawa... minta nyawa....

"Sometimes... problems dont require a solution to solve them, instead... we require maturity to outgrow them."
Photobucket

Thursday, May 9, 2013

PRU13 & FB - PART II

Perbezaan Pendapat




Dah baca buku IMAEN? Saya suka isi buku yang terbaru saya baca... tentang perbezaan ideologi politik tapi masih menemukan satu pasangan hingga ke jinjang pelamin. Kata IMAEN dalam URUSAN CINTA BELUM SELESAI, mari kita raikan perbezaan pendapat kita.

Ya, kita manusia yang dikurniakan Allah Taala otak yang berfikir mengikut kefahaman masing-masing. Ada yang elok bagi A, belum tentu elok bagi B. Apa A suka tak semestinya disukai B. Kita berbeza pandangan, itu pasti. Cuma jangan jadikan perbezaan pandangan itu sebab untuk kita bermasam muka, mencaci maki dan menghukum orang sesuka hati kita. Ayat ini merupakan peringatan untuk diri saya sendiri.

PRU 13 sudah berlalu. Keputusannya pun... kita dah tahu. Kepada parti dan penyokong parti yang menang, tahniah! Tunaikanlah janji anda dan perbaikilah kelemahan di mana yang patut. Janganlah post status yang membuatkan kawan2 di pihak sana terasa. Ambil kira suara hati rakyat yang menolak dan menyebelahi pembangkang. Anda mungkin boleh memerintah dengan lebih baik.

Kepada yang kalah, jangan bersedih. Istiqamahlah dalam perjuangan anda. Mungkin anda belum bersedia dan Allah belum mengizinkannya. Perbaikilah apa yang patut dari dalam diri dan kelompok yang mempunyai aspirasi yang sama. Janganlah pos status2 yang juga boleh mengguris hati pihak sebelah sana. Kita buka buku baru, buang yang keruh... ambil yang jernih.

Adalah lebih baik untuk kita menghormati pilihan sahabat-sahabat kita. Maka ghenti2kanlah post benda-benda yang boleh membawa percakaran.

Untuk penyokong parti Dacing, kalaupun anda rasa kemenangan anda itu manis dan berbaloi... bersyukurlah. Jangan mendabik dada dalam fb. Kalau kawan2 anda yang kalah itu meroyan ( mengikut kata2 yang diposkan sesetengah kawan2)... biarkan saja. Lama2 akan sejuklah perasaan mereka tu.

Untuk penyokong parti Bulan dan Mata... kalaupun anda rasa keadilan tidak dtegakkan semasa PRU, biarlah sahaja. Mungkin anda boleh menyatakan yang anda tidak redha... tetapi buatlah dengan ayat yang tidak terlalu kasar. Buatlah ikut channel yang betul... even anda mungkin skeptical samada ianya akan dilayan atau tidak. Ingatlah bahawa Allah itu lebih adil. Biarkan DIA yang menangani penipuan mereka ( kalau ia benar2 ada dan terjadi).

Kita punya pandangan masing-masing tentang pilihan kita. Kita tak boleh paksa orang lain terima apa yang kita faham. Kita mungkin kata pilihan kita terbaik, orang lain juga rasa pilihannya juga terbaik. Kalau orang Dacing tidak percaya tuduhan orang Mata ke atas PM. Orang Mata juga tidak percaya tuduhan orang2 Dacing ke atas DSAI. Kalau orang Bulan kata orang Keris tak mengikut Islam, ada juga kenyataan yang orang Keris buat yang katanya mengundi selain Dacing adalah haram...

Imej dari http://daddydee.net/2013/02/pru-13-perang-bendera-sudah-bermula/


Entahlah... bagi saya pula, walaupun sudah ada pilihan hati, membaca status2 yang terbit tu, buat saya berfikir; sebenarnya di sebelah A, ada persoalan yang hingga kini masih menjadi misteri dan tidak berjawab. Yang kadang-kadang... buat saya terfikir dan percaya yang kebenaran sedang disembunyikan. Di sebelah B pula, ada persoalan-persoalan berbangkit yang membuatkan saya turut juga sceptical kadang-kadang. Untuk berbahas hal-hal agama, saya tak berani... fahaman saya, saya simpan dalam hati saja. Biarlah orang-orang yang ada ilmu dan belajar ilmu itu yang menjawabnya. Yang penting dan yang saya rasa diambil kira ketika saya memangkah adalah... NIAT HATI SAYA DAN SAYA LAKUKAN DEMI KEBERLANGSUNGAN ISLAM DI NEGARA SAYA.

Saya mahu meminjam artikel yang diposkan oleh kawan saya di wall fbnya...


Got this from my beloved eldest sister . JazakaAllahhukhairan Sis.

The Prophet s.a.w said: “The reward of deeds depend upon the intentions, and every person will get the reward according to what he has intended.” SubhanAllah, PRU 13 had ‘touched’ us all! Tying up with the mentioned hadith, these are my conclusions and I hope it can help us find a ~ closure to our ‘unsettle feelings’.

1. If we had supported the opposition (e.g. PAS) because we believed
a. that we were standing for the rights of our ‘brothers and sisters’ who (in our opinion) had been oppressed. May Allah reward us for our effort and intention. Amin. or
b. that this political party might help reduce ‘harmful environment to our iman’. May Allah reward us for our efforts and intention. Amin. or
c. that this political party were ‘cleaner’ than the other party.. May Allah reward us for our effort and intention. Amin

surah al nahl (16:90)
Allah commands justice, the doing of good, and liberality to kith and kin, and He forbids all shameful deeds, and injustice and rebellion: He instructs you, that ye may receive admonition.

2. If we had supported the ruling party because we believe that the ruling party can maintain stability and peace which are very important because we want to use ‘peace’ to increase our efforts to ‘educate’ and ‘promote’ religious good. May Allah reward us for our effort and intention. Amin. So be true to our intentions - act on it - seek beneficial knowledge and double our efforts to educate and promote good.

3. If we fall under group 1 or 2 we should continue to support the cause within permissible means. However if our intention of supporting either the ruling party or the opposition party, is for the reason of gaining comfort of this world, then, we either enjoy this temporary joy of winning or suffer this temporary sadness of losing. If we do fall under this group 3 category, May Allah forgive us and make it easy for us to rectify our intentions. Amin

4. The political analyst said that this PRU is about perception. ‘Yes’, for most of us and ‘No’ for some of us who ‘have’ the ‘hard’ evidences from both sides either the ‘evilness in the ruling party’ or the ‘evilness in the opposition party’ . Anyway, for most, ‘yes’ it was about perceptions. We judged by what were apparent from what we see and hear i.e. the info that we had received. I believe that we had tried to filter and choose from these information to the best of our ability, but at the end of the day/on the election day we can’t avoid making perceptions and judgements…and we voted.

5. Our perceptions and judgement could be proven right or could be proven wrong. ..later…or much later…or much much later. So, it is best that we stop pointing out ‘the leaders mistakes’ nor ‘the supporters mistakes’ on either party. We should stop passing small comments/remarks which hurts….

6. As an antidote, lets us try our level best to turn these ‘situations’ into ‘opportunities’:) Let us TRY to sincerely make lots and lots and lots of doa for all these leaders on both sides to be forgiven and to be guided by Allah s.w.t. .

May Allah s.w.t. forgive me and my family, you and your family, Nik Aziz and his family, Anwar and his family, Najib and his family and all Muslim in this country. Amin 
May Allah s.w.t. continue to guide us all and may Allah s.w.t. guide Lim Kit Siang and all our not yet Muslim, Malaysian brothers and sisters to the right path. Amin

JazakAllahukhir for reading.



Satu lagi, berhentilah dari meniupkan api perkauman dan yang lebih penting, berhentilah menghina ulamak tak kisahlah dari parti manapun dia. Dia belajar agama mendalam sedangkan ilmu kita ????

Maaf atas post mengenai PRU ini dan Semoga Allah mengampunkan dosa saya atas apa yang saya faham dan percaya...

Marilah kita memperbetulkan niat kita dan meraikan perbezaan pendapat kita...

Photobucket

Tuesday, May 7, 2013

PRU 13 & FB - PART 1

Hari Mengundi

Saya keluar mengundi lebih kurang pukul 10pagi. Sampai tempat mengundi, saya jumpa ramai orang-orang kampung. Kami bertegur sapa dan bergurau. Maklumlah saya memang jarang ada dekat rumah pada hari2 biasa. Dan harus saya mengaku, saya bukan gemar menghadiri jemputan kenduri, kerana saya tidak gemarkan soalan 'cepu emas' yang selalu menyusul.



Rasa macam hari rayalah pulak. Berjabat salam dengan orang-orang kampung. Walaupun pilihan kami berbeza, saya harap situasi macam ni, kekal selamanya...

Comey tak jari Kak Ton? Eh silap... Kak Packy? :D

Selesai PRU13. Saya sudahpun menjalankan tanggungjawab saya. Sejak dulu, pilihan saya tidak pernah berubah. Saya tidak kisah apa orang lain kata, kerana saya percaya dengan perjuangan mereka dan saya sudah melihat contoh kejayaan yang mereka tunjukkan.

Sepanjang tempoh berkempen dan juga sejak parlimen dibubarkan, saya melihat trend berkempen dalam fb. Macam-macam pos. Baik dari kawan2 SGGS, mahupun yang dari Uni. Ada yang okay2 saja dan ada yang sememangnya mengguris hati saya. Saya cuma baca, fikir dan pilih yang mana nak percaya. Ada juga yang saya tak pasti status kebenarannya. Maka walau orang lain berlumba-lumba share, saya abaikan. Saya tidak mahu menyumbang kepada penyebaran fitnah. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa kering.

Yang pasti, setiap orang ada 'pilihan hatinya'. Kadang2, ada juga niat mahu kongsikan apa yang saya faham dengan kawan-kawan. Namun saya matikan niat tu. Saya mahu menjaga hati sahabat. Saya sedar, dalam ramai2 kawan2 saya... ada yang menyokong kerajaan dan ada yang menyokong pembangkang. Adakalanya saya sukakan post kawan2 sealiran dengan saya, tapi saya jarang like kecuali jika post tu taklah terlalu berstatus politik. Macam saya pernah like gambar solat hajat yang diketuai TGNA. Saya juga pernah like artikel tentang rasa hati Dr Mahadhir tentang Melayu. Saya memilih untuk menghormati pilihan kawan-kawan saya.

So sad... I've been holding my tongue for some 20 years. Mengiyakan sahaja bila parti pilihan saya di belasah. I 've tried my best to be very patience during the campaign weeks. Baca jer status2 yang menyentak hati saya kadang2. Tapi entah sebab apa, entah setan gondol mana yang masuk dalam kepala saya... on the pooling day itself, I failed to hold my fingers from typing and commenting on a remark posted on my friends wall. Niat saya cuma mahu menyatakan pendapat saya... bukan mahu menghukum sesiapa. Sudahhhnyaaaa... what I  was trying to avoid for so long... happened. Just like that...

Semua salah saya. Saya tak sepatutnya kacau wall orang. Saya sudah menghantar permohonan maaf. Saya akan setia menanti pihak sebelah sana untuk memberi kemaafan. Saya sayangkan persahabatan ini. Sungguh!

Dan saya sedang consider untuk kurang aktif di fb. Komen2 kita yang kadang2 tanpa tonasi itu, mungkin adakalanya disalah ertikan... :(

Photobucket

Saturday, May 4, 2013

PBAKL

Signing session.

27/4/2013. Hari Sabtu, Ris drive ke Pesta Buku. Sampai sana dah dekat pukul 2. Sessi saya 2 - 5 petang. Sampai jer, rasa cam pendek nafas. Punyalah ramai orang kat booth JS. Nampak padat. Nak masuk pun tak boleh. Malas nak tunggu, saya pi makan dulu...

Booth JS


Makan kat PWTC, sikit2 pun walau tak sedap... tetap kena bayar lebih. Haha... belasah ajer lah. Pukul 2.30 saya balik ke booth JS, baru jer sampai... Kak Yah dah telefon. Haha... dan mujur, pengunjungpun dah semakin kurang.

/sweat
Saspens juga, ada ke orang nak minta sign saya? Ya lah, saya bukan siapa-siapa. Orang baru yang baru letak sebelah kaki kat dunia penulisan. Tapi duduk jugalah kat meja penulis tu... bila orang pandang saya, saya senyum jer. Rasa awkward juga. Senyum pun macam herot jer... :D

Bersama saya, ada Nasz. Dia dah tulis 3 buku. Compilation Warna, Sweet Sour dan terbaru... Lazuardi. Mula2 tu saya tengok ajerlah orang dok minta signature Nasz. Buku Nasz ni, memang macam goreng pisang panas.

Nasz

Saya dah dengar dan baca tentang betapa bestnya buku Nasz, saya pun beli Lazuardi dan minta tanda tangan Nasz. Beli Dari Dapur Wawa karya Ika Madera. Sambil menunggu, saya baca Dapur Wawa ... Selain tu, saya ambil Anthem from Hlovate, tapi sebab kesiankan June yang tak dapat nak beli Anthem, saya bagi kat dia. Tak apalah, saya oder online jer. Taklah berat saya nak usung beg balik nanti. Oh! Lupa, saya ada beli Valvet Di Durham tulisan Aishah Madadiy sebab Ika Madera dan Nasz juga kata best sangat. Tak sempat nak lawat booth publisher lain, lalu dekat Fixi beli Ngeri dan Jerat. Tu ajerlah hasil tangkapan saya hari tu...

Alhamdulillah! Ada la jugak orang yang minta signature saya walaupun tak banyak. :)) Sempat jumpa Dawlin Zainudin yang comey lote, June ( June July August) yang kiut walaupun anak 2 orang dah. Jumpa Reeani Annur Miaw-miaw dan Cik Mardihah Apple Pie. Jumpa Wan Amalyn dan Lila yang organise booth JS tu... dan the best part, dapat jumpa Kak Yah ( boss JS). Terserempak dengan Nik Fauziah dekat surau dan Sarnia Yahya masa kalut2 nak balik....

Sambil tu kena terjah dengan kawan lama yang datang buat gempak kat booth JS. Salina, ex-georgian yang duduk kat KL. Makcik ni, memang suka buat gempak... haha. Mujur Lin menjadi penyelamat... entah kat mana depa dua orang pi dok ghenggah kat PWTC tu... Walaupun sat, aksi Na menggamatkan hari saya tu, buat saya gelak bila teringat.

Bookmark buatan sendiri untuk pembaca...
Sessi habis pukul lima. Kak Yah ajak jumpa Kaksu, saya teringin sangat nak jumpa Kaksu dan hubbynya Encik Rosdi. Saya suka karya kedua-duanya dan sedang cukupkan semua koleksi. Tapi saya datang PWTC dengan Ris dan saya dah curi banyak masa dia. Makanya... saya tak dapat nak ke booth JS Adiwarna. Ingat nak balik ajer lepas tu.... huhuhu...

Harap sangat dan jumpa KakSu dan Encik Rosdi, in the near future...

Saya berkejaran nak solat. Tadi tu niat jamak takhir. Tak boleh tidak, kena solat jugak cepat2. Tapi saya cukup tak selesa dengan toilet kat situ. Awatla depa pi buat lagu tu. Saya tak berapa gemar cara bersuci macam tu. Dan orang kampong macam saya, biasa main cebok2 jer... haha... ( sila gelak). Termenung jugaklah saya sekejap waktu kat dalam toilet tu, dok fikir ' lagu manalah aku nak buat ni?' Rupanya bukan saya sorang, kawan2 yang lain pun macam tu jugak...

Antara sebab saya tak suka toilet kat PWTC tu...
1. Sebab utama, tentulah tak ada paip air. Sistem pancut tu pun bergantung kepada tekanan air. Kalau tekanan bagus ok le. Kalau tak... pakai termenung la jawabnya.
2. Saya tak gemar nak duduk atas toilet bowl tu... sebab saya tak pasti orang sebelum saya panjat atas ke, apa ke? Sah2 tak bersih la...
3. Pintu toilet tu, macam tak tertutup rapat. Ada ruang kecil antara pintu dan dinding yang boleh jer orang nak jengok. Kalau orang tak jengok pun... tetap rasa tak selesa nak meneruskan hajat...

Tapi saya suka surau tu sebab tempat solat dah besar berbanding dua tahun lepas ( last year saya tak sempat ikut. Ada AGM kat KL jugak). Alhamdulillah! Selesa sungguh!

Cuma, dalam kita merancang, Allah lebih berhak menentukan. Nak balik awal tak boleh sebab dapat nak keluar pulak. Pintu di level 4 tu, kena mangga. Kata sorang pengunjung tu... ada piket kat luar. Depa kata... piket pasal Linus ke hapa tak tau.  So, pintu dikunci untuk elakkan dari PWTC diceroboh oleh grup2 tu... maka sekali2 dengan kami stranded.

Makanya... kami terpaksalah maghrib kat situ juga. Kami sampai balik di Subang Jaya almost 9:30 malam. Ada date dengan geng Georgian ( Arn dan Faizah) dekat Pizza Versus Satay.

My 'going to KL' this time was a very fruitful journey. I managed to make full use of my time during the visit, bukan hanya untuk agenda di PWTC, but manage to curi time meeting my family member, ex-georgian frens and USMerz too...

/bye

Photobucket

Friday, May 3, 2013

PBAKL, Jumaat 26/4

Dah seminggu balik dari PBAKL. Alhamdulillah! Segalanya sudah selesai di pihak saya. Rasa teruja nak memeriahkan PBKL sebagai penulis... akhirnya berlalu juga.

Jumaat 26/4

Saya dan Lin bertolak dari Butterworth ambil bas pukul 10 pagi. Dah lama tak naik bas. Last sekali naik bas, agak2 dua tahun lepas kut. Masa tu naik malam. Saspens. Sebab hanya 2 orang penumpang perempuan termasuk saya. Mengenangkan cerita-cerita jenayah terhadap wanita yang terjadi dalam bas... buatkan saya kurang gemar naik bas untuk perjalanan yang jauh.


Kami berhenti rehat di Gopeng. Dekat Agromall yang ada Mydin tu. Lin makan Bakso, saya pula makan Nasi moi. Alhamdulillah, rasanya sangatlah sedap. Terasa macam nak makan lagi. Tapi tak kanlah nak drive turun sampai Gopeng sebab nak makan nasi moi tu jer... hehe

Ada peristiwa lucu jadi kat sini. Hehe... maklumlah, kami kan dah lama tak naik bas, maka kamipun buat cerita lawak hari tu. Sebab ralit nak pilih titbits kat kedai serbaneka, dan Lin pula nak ke toilet lepas tu... kami ditinggalkan bas.

Tapi tak sedar diri lagi. Lepas siap berlenggang kangkung pi naik bas orang lain. Lepas sedar tersalah bas, turun untuk naik bas yang kat sebelah tu... aik, bukan bas kami jugak! Adola.... mana bas kami ni? Tenung kiri kanan... Lin tiba-tiba jer jerit, ' woi nu, dok nampak bumbung dah!' Apalagi... lari terkodek-kodeklah makcik-makcik 2 orang ni...

Naik bas, kena perli lah pulak. Saya cakapa dalam hati... nak buat macam mana, sayakan selalu naik flight aje ( kononnyalah kan!)

Lepas tu, bas tu siap ronda pi KL, lepas tu pi Klang. Last destination, barulah sampai ke Seksyen 17 Shah Alam. Adola... penat weh! Satu hari dok terperuk kat ataih bas tu.

Sahabatku Ris, pick kami dan antar kat rumah Kak Yam di Kota Kemuning.

Nanti... bersambung cerita tentang PBAKL....


Photobucket
awesome comments