A scribble of my mind and heart.....

Tuesday, May 7, 2013

PRU 13 & FB - PART 1

Hari Mengundi

Saya keluar mengundi lebih kurang pukul 10pagi. Sampai tempat mengundi, saya jumpa ramai orang-orang kampung. Kami bertegur sapa dan bergurau. Maklumlah saya memang jarang ada dekat rumah pada hari2 biasa. Dan harus saya mengaku, saya bukan gemar menghadiri jemputan kenduri, kerana saya tidak gemarkan soalan 'cepu emas' yang selalu menyusul.



Rasa macam hari rayalah pulak. Berjabat salam dengan orang-orang kampung. Walaupun pilihan kami berbeza, saya harap situasi macam ni, kekal selamanya...

Comey tak jari Kak Ton? Eh silap... Kak Packy? :D

Selesai PRU13. Saya sudahpun menjalankan tanggungjawab saya. Sejak dulu, pilihan saya tidak pernah berubah. Saya tidak kisah apa orang lain kata, kerana saya percaya dengan perjuangan mereka dan saya sudah melihat contoh kejayaan yang mereka tunjukkan.

Sepanjang tempoh berkempen dan juga sejak parlimen dibubarkan, saya melihat trend berkempen dalam fb. Macam-macam pos. Baik dari kawan2 SGGS, mahupun yang dari Uni. Ada yang okay2 saja dan ada yang sememangnya mengguris hati saya. Saya cuma baca, fikir dan pilih yang mana nak percaya. Ada juga yang saya tak pasti status kebenarannya. Maka walau orang lain berlumba-lumba share, saya abaikan. Saya tidak mahu menyumbang kepada penyebaran fitnah. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa kering.

Yang pasti, setiap orang ada 'pilihan hatinya'. Kadang2, ada juga niat mahu kongsikan apa yang saya faham dengan kawan-kawan. Namun saya matikan niat tu. Saya mahu menjaga hati sahabat. Saya sedar, dalam ramai2 kawan2 saya... ada yang menyokong kerajaan dan ada yang menyokong pembangkang. Adakalanya saya sukakan post kawan2 sealiran dengan saya, tapi saya jarang like kecuali jika post tu taklah terlalu berstatus politik. Macam saya pernah like gambar solat hajat yang diketuai TGNA. Saya juga pernah like artikel tentang rasa hati Dr Mahadhir tentang Melayu. Saya memilih untuk menghormati pilihan kawan-kawan saya.

So sad... I've been holding my tongue for some 20 years. Mengiyakan sahaja bila parti pilihan saya di belasah. I 've tried my best to be very patience during the campaign weeks. Baca jer status2 yang menyentak hati saya kadang2. Tapi entah sebab apa, entah setan gondol mana yang masuk dalam kepala saya... on the pooling day itself, I failed to hold my fingers from typing and commenting on a remark posted on my friends wall. Niat saya cuma mahu menyatakan pendapat saya... bukan mahu menghukum sesiapa. Sudahhhnyaaaa... what I  was trying to avoid for so long... happened. Just like that...

Semua salah saya. Saya tak sepatutnya kacau wall orang. Saya sudah menghantar permohonan maaf. Saya akan setia menanti pihak sebelah sana untuk memberi kemaafan. Saya sayangkan persahabatan ini. Sungguh!

Dan saya sedang consider untuk kurang aktif di fb. Komen2 kita yang kadang2 tanpa tonasi itu, mungkin adakalanya disalah ertikan... :(

Photobucket

No comments:

awesome comments