A scribble of my mind and heart.....

Saturday, May 4, 2013

PBAKL

Signing session.

27/4/2013. Hari Sabtu, Ris drive ke Pesta Buku. Sampai sana dah dekat pukul 2. Sessi saya 2 - 5 petang. Sampai jer, rasa cam pendek nafas. Punyalah ramai orang kat booth JS. Nampak padat. Nak masuk pun tak boleh. Malas nak tunggu, saya pi makan dulu...

Booth JS


Makan kat PWTC, sikit2 pun walau tak sedap... tetap kena bayar lebih. Haha... belasah ajer lah. Pukul 2.30 saya balik ke booth JS, baru jer sampai... Kak Yah dah telefon. Haha... dan mujur, pengunjungpun dah semakin kurang.

/sweat
Saspens juga, ada ke orang nak minta sign saya? Ya lah, saya bukan siapa-siapa. Orang baru yang baru letak sebelah kaki kat dunia penulisan. Tapi duduk jugalah kat meja penulis tu... bila orang pandang saya, saya senyum jer. Rasa awkward juga. Senyum pun macam herot jer... :D

Bersama saya, ada Nasz. Dia dah tulis 3 buku. Compilation Warna, Sweet Sour dan terbaru... Lazuardi. Mula2 tu saya tengok ajerlah orang dok minta signature Nasz. Buku Nasz ni, memang macam goreng pisang panas.

Nasz

Saya dah dengar dan baca tentang betapa bestnya buku Nasz, saya pun beli Lazuardi dan minta tanda tangan Nasz. Beli Dari Dapur Wawa karya Ika Madera. Sambil menunggu, saya baca Dapur Wawa ... Selain tu, saya ambil Anthem from Hlovate, tapi sebab kesiankan June yang tak dapat nak beli Anthem, saya bagi kat dia. Tak apalah, saya oder online jer. Taklah berat saya nak usung beg balik nanti. Oh! Lupa, saya ada beli Valvet Di Durham tulisan Aishah Madadiy sebab Ika Madera dan Nasz juga kata best sangat. Tak sempat nak lawat booth publisher lain, lalu dekat Fixi beli Ngeri dan Jerat. Tu ajerlah hasil tangkapan saya hari tu...

Alhamdulillah! Ada la jugak orang yang minta signature saya walaupun tak banyak. :)) Sempat jumpa Dawlin Zainudin yang comey lote, June ( June July August) yang kiut walaupun anak 2 orang dah. Jumpa Reeani Annur Miaw-miaw dan Cik Mardihah Apple Pie. Jumpa Wan Amalyn dan Lila yang organise booth JS tu... dan the best part, dapat jumpa Kak Yah ( boss JS). Terserempak dengan Nik Fauziah dekat surau dan Sarnia Yahya masa kalut2 nak balik....

Sambil tu kena terjah dengan kawan lama yang datang buat gempak kat booth JS. Salina, ex-georgian yang duduk kat KL. Makcik ni, memang suka buat gempak... haha. Mujur Lin menjadi penyelamat... entah kat mana depa dua orang pi dok ghenggah kat PWTC tu... Walaupun sat, aksi Na menggamatkan hari saya tu, buat saya gelak bila teringat.

Bookmark buatan sendiri untuk pembaca...
Sessi habis pukul lima. Kak Yah ajak jumpa Kaksu, saya teringin sangat nak jumpa Kaksu dan hubbynya Encik Rosdi. Saya suka karya kedua-duanya dan sedang cukupkan semua koleksi. Tapi saya datang PWTC dengan Ris dan saya dah curi banyak masa dia. Makanya... saya tak dapat nak ke booth JS Adiwarna. Ingat nak balik ajer lepas tu.... huhuhu...

Harap sangat dan jumpa KakSu dan Encik Rosdi, in the near future...

Saya berkejaran nak solat. Tadi tu niat jamak takhir. Tak boleh tidak, kena solat jugak cepat2. Tapi saya cukup tak selesa dengan toilet kat situ. Awatla depa pi buat lagu tu. Saya tak berapa gemar cara bersuci macam tu. Dan orang kampong macam saya, biasa main cebok2 jer... haha... ( sila gelak). Termenung jugaklah saya sekejap waktu kat dalam toilet tu, dok fikir ' lagu manalah aku nak buat ni?' Rupanya bukan saya sorang, kawan2 yang lain pun macam tu jugak...

Antara sebab saya tak suka toilet kat PWTC tu...
1. Sebab utama, tentulah tak ada paip air. Sistem pancut tu pun bergantung kepada tekanan air. Kalau tekanan bagus ok le. Kalau tak... pakai termenung la jawabnya.
2. Saya tak gemar nak duduk atas toilet bowl tu... sebab saya tak pasti orang sebelum saya panjat atas ke, apa ke? Sah2 tak bersih la...
3. Pintu toilet tu, macam tak tertutup rapat. Ada ruang kecil antara pintu dan dinding yang boleh jer orang nak jengok. Kalau orang tak jengok pun... tetap rasa tak selesa nak meneruskan hajat...

Tapi saya suka surau tu sebab tempat solat dah besar berbanding dua tahun lepas ( last year saya tak sempat ikut. Ada AGM kat KL jugak). Alhamdulillah! Selesa sungguh!

Cuma, dalam kita merancang, Allah lebih berhak menentukan. Nak balik awal tak boleh sebab dapat nak keluar pulak. Pintu di level 4 tu, kena mangga. Kata sorang pengunjung tu... ada piket kat luar. Depa kata... piket pasal Linus ke hapa tak tau.  So, pintu dikunci untuk elakkan dari PWTC diceroboh oleh grup2 tu... maka sekali2 dengan kami stranded.

Makanya... kami terpaksalah maghrib kat situ juga. Kami sampai balik di Subang Jaya almost 9:30 malam. Ada date dengan geng Georgian ( Arn dan Faizah) dekat Pizza Versus Satay.

My 'going to KL' this time was a very fruitful journey. I managed to make full use of my time during the visit, bukan hanya untuk agenda di PWTC, but manage to curi time meeting my family member, ex-georgian frens and USMerz too...

/bye

Photobucket

No comments:

awesome comments