A scribble of my mind and heart.....

Friday, December 30, 2011

PANADOL..myth and misconception


Lately, beberapa kali terbaca mesej tentang Panadol yang orang post kat FB. Kalau sekali baca, macam menakutkanlah. Tapi untuk kami dari medical line...looks like something is wrong somewhere. Artikel tu hanya macam karangan tanpa apa-apa fakta. Sekadar dengar orang tu cakap...dengar orang ni cakap.

Contohnya, macam kat bawah ni...


Sikap Doktor;

Tulisan dalam petikan itu... 

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Hmm... katanya doktor yang dikenali tu kerja kat hospital, dan dia sendiri tak ambil Panadol bila sakit. Kalau tak ambil tu boleh percaya la, sebab maybe dia ambil yang lebih kuat. 


Tapi, kalau Doktor kerja kat hospital gomen...Panadol or Paracetamol (PCM) ler yang dorang banyak prescribe untuk kes-kes yang biasa. 


Tak kanlah doktor tak ada hati perut, dah tahu Panadol or PCM tu bahaya, masih prescribe pada pesakit. Takkan lah doktor tu ada sikap tak bertanggung jawab macam tu, menyembunyikan informasi tentang bahaya ubat tertentu, tapi terus juga prescribe kat pesakit. Rasanya, mana2 doktor pun tak setuju...tak caya tanya Dr Inahar Ali.


Dalam kes farmasi pulak. Hee...hari2 ada juai Panadol n PCM ni. Takkanlah juai ubat nak bunuh orang...

Bahaya dan Lima tahun???

Tulisan dalam petikan itu... 
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Panadol memanglah bahaya kalau diambil dengan dos yang tak betul, or berlebihan. 

Perlu diakui, bukanlah tak ada kes2 keracunan Panadol. Banyak. 



Bahkan kalau terlebih ambil, memang boleh sebabkan kerosakan hati dan kadang2 kematian. Even ada juga report on kidney problems. Tapi semua tu terjadi disebabkan Panadol or PCM diambil melebihi dos yang dicadangkan, jarang2 terjadi kalau kita ambil ikut sukatan yang betul.

Mana ada Panadol tinggal dalam badan selama 5 tahun! Makan benda lain semua keluar, tak kan Panadol jadi camtu. Menurut repot dalam The Medical Jounal of Australia;

Healthy people are usually able to metabolise paracetamol, most of which is excreted from the body in urine. But the drug accumulate in people with risk factors, rendering even a normal  dose toxic.

Walau macam manapun, individu yang sihat, selalunya mengeluarkan Paracetamol dari badan cuma dalam jangkamasa beberapa jam. Menurut Paracetamol Information Centre;

Paracetamol does not accumulate in the body following normal doses.

Paracetamol is rapidly absorbed, the soluble form being being absorbed faster than the solid form. The peak blood level for both forms is similar and usually less tahn 20 mg/litre following a 1000 mg dose. Peak serum level usually occur 30 minutes to 2 hour after ingestion. Elimination from the body is rapid with a half-life of about 2 haour.

Kurang keberkesanan;

 Tulisan dalam petikan itu...

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Anggapan tentang berkurangnya kesan Panadol ( berkurangnya pain treshhold) jika diambil dalam jangkamasa panjang cuma sekadar ' statement tanpa disokong oleh mana2 kajian.


Satu dos Paracetamol, boleh meningkatkan 'nilai ambang rasa sakit' seterusnya mengurangkan rasa sakit.


Nak baca lagi tentang misconceptions abou Panadol,
boleh klik dab baca kat SINI.


Conclusion;


Jangan percaya 100 peratus apa yang anda baca di internet.
At the same time, berhati-hati dengan pengambilan ubat anda...
Ikut peraturan dan jangan melebihi dos yang ditetapkan.
Untuk info, refer kat SINI


Eat right, exercise regularly, die anyway....Sooner or later..


 

Thursday, December 22, 2011

JALAN-JALAN KE KELANTAN


Pada 19 Dec, jam 8pagi, aku dan Kak Arah bertolak ke Kelantan. Tujuan utama...nak fetch anak saudara, Nora dengan barang2 yang nak dibawa balik sebab sudah habis 3 tahun nursing course kat KPTM, Pengkalan Chepa.


Walaupun ada saudara kat Kelantan, kami menginap kat Khalifa Inn, Wakaf Che Yeh. Sebab pertamanya, tak nak susahkan sedara nak bersiap melayan kami sampai 3 hari. Yang keduanya...sebab hotel ni, betul2 dekat tapak Pasar Malam Wakaf Che Yeh yang femes diperkatakan....so, senang sikit nak shopping.

Room rate ialah RM 150 per night. Luas biliknya...ada dua katil king dan boleh tambah toto kalau datang satu family. Kira Oklah kalau nak berjimat. Turun bawah jer...tapak Pasar Malam yang dibuka sampai pukul 2 pagi.

PASAR MALAM
Agenda yang ditunggu...agenda menghabiskan duit...huhuhu....

Pintu Gerbang Wakaf Che Yeh


Posing dengan tudung yang merambangkan mata

Sis Arah and niece...Nora

Funny tengok cara dorang promosi kain pasang

Tudung lagi...dan batik beraneka corak

MELAWAT SAUDARA
Lepas ambik barang Nora yang segerabak sampai penuh bonet tu, kami ke rumah Abang Li, abang ipar kepada abang aku. Drkat saja dengan tempat Nora belajar...

Rumah Abang Li dan Kak Nak dekat Pengkalan Chepa

Sembang2 and makan2
Lepas tu, Kak Nah tunjukkan jalan ke rumah Cik, mertua abang. Dari Cik ada sampai cik meninggal...aku belum pernah sampai sini. Ini kali pertama...rasa sedih pulak, sebab cik dah meninggal. Dah 5 tahun agaknya. La ni...rumah ni Abang Lah dengan Kak Yah yang duduk....
Balik dari rumah Cik, sempat juga singgah di Pasar Siti Khadijah...beli keropok dan serunding....

Rumah Cik kat Sungai Budor

Makan lagi....
Petangnya...pergi rumah Che Ra dekat Kedai Mulong. Cantik rumah dia. Kami makan malam kat sini. Sedapnya gulai Kelantan yang Che Ra masak. Kata Nora...3 tahun duduk Kelate...tak penah jumpa yang sebegini sedap. Ada budu, sambal sotong dan ulam-ulaman. Sampai bertambah-tambah...

Rumah Che Ra kat Kedai Mulong

Makan malam. Gulai Kelantan yang menjilat jari....

PERJALANAN BALIK
21 hb, kami bertolak balik ke Penang, lebih kurang dalam pukul 9 pagi. Hujan sepanjang jalan. Bila memasuki lebuhraya Timur- Barat, dah start berkabus...tapi tak seteruk masa datang Kelantan dulu. Masa tu...sampai tak nampak jalan....








Friday, December 16, 2011

PESAN RASUL


Takutlah,
terhadap perkara-perkara yang dilarang, 
Neccaya kamu
menjadi manusia yang paling beribadat.

Terimalah,
dengan redha segala yang ditentukan Allah untukmu,
Neccaya kamu
menjadi manusia yang paling 'kaya'.

Berbuat baiklah,
kepada tetanggamu,
Nescaya kamu 
menjadi orang yang paling beriman.

Sayangilah manusia,
sebagaimana kamu menyayangi dirimu,
Nescaya kamu,
menjadi seorang muslim.

Dan janganlah kamu banyak tertawa,
kerana ketawa yang banyak itu
akan mematikan hati....


MOGA BERMANAFAAT
(p/s...terjumpa words ni, masa tengah mengemas kat opis pagi tadi, tak tahu pulak copy dari mana)

Tuesday, December 13, 2011

S.P.I.D.E.R.

Hari Ahad baru ni, atas jemputan Bani, aku menghadiri majlis ilmu
Oleh Ustaz Husin Yee.
ceramah lepas maghrib dan juga
Dengar tazkirah lepas subuh tentang tajuk kat atas.

Kata Ustaz,
Bukan kata aku, sebab aku tak pandai agama,
 SPIDER ni,
adalah antara penyebab kerosakan umat manusia zaman ini,
yang menjauhkan Ummat Islam dari Allah, Tuhan yang kita sembah..
mulanya...ingatkan SPIDER ni web or internet ler..
tapi sebenarnya...dia lebih dari itu...

S is for Sex;


Kita boleh lihat macam mana di zaman sekarang,
orang dah tak malu mengamalkan sex bebas,
lebih teruk lagi..fighting for free sex in the name of freedom and freedom of speech.
Dengan homoseksual, heteroseksual, gay, lesbian, 
Malah remaja kita...kecik2 lagi sudah bebas melakukan sex tanpa rasa takut pada Allah.
Tanpa rasa malu dan tanpa memikirkan mak bapak
Sampai kadang2 tak terfikir, mereka boleh pergi sejauh tu...


P is for politic


Lihatlah macam mana politik memecah belahkan kita
kerana politik, orang sanggup lakukan apa saja...
fitnahkan lawan, keji peribadi lawan dan lebih teruk...sanggup berbunuhan.
Sebab politik kita tak bertegur sapa..
Sebab politik, kita berpaling dari agama...


I is for internet


Macam2 ada dekat internet,
dan 80 peratus darinya adalah membawa kepada keburukan...
web lucah, web fitnah...etc...
Kerana internet, orang dah tak ada rasa malu...
bukan tak ada perkara yang baik, tapi yang baik itu....sedikit,
overshadowed by the bad ones
Then...tengok bagaimana anak2 kita attached to IT sampai tak berdunia dengan orang...
sampai melalaikan kewajiban terhadap Allah...
(Kita sendiri pun kadang-kadang begitu...)


D is for Drugs


Dadah sudah merosakkan bangsa dan agama kita...
Kerana pengaruh dadah mereka hilang rasa takutkan Allah
hilang arah tuju,
hilang rasa tanggung jawab
hilang harga diri...
Kerana dadah, mereka mula menipu, mencuri, merompak dan membunuh...
Ramai pewaris negara yang tersungkur kerana dadah..


E is for Entertainment


Hiburan yang melalaikan, tumbuh subur macam cendawan lepas hujan...
Program-program realiti...
program2 hiburan bergerak yang dibuat serata negara...
lihat bagaimana pengaruhnya berbanding jika program agama diadakan...
sangat2 berbeza kannnn!!!
Kita sanggup menghabiskan wang ringgit, mengundi untuk program2 begini,
kita sanggup bersesak dan terlepas solat untuk program begini...
Tapi kalau musobbaqah kat TV, dalam rumah...
samada kita tak 'on' Tv, atau kita pilih channel lain...


R is for races...


Bila kita berjuang untuk bangsa...
( Sebenarnya...masa ni, aku terlelap)
So, aku tak pandai nak ulas bagaimana...
tapi, aku ada pernah dengar....kita dilarang berjuang atas nama bangsa...
Islam itu universal....
kalau kita berjuang atas nama Islam, kita tak akan terpecah,
tak kiralah...dalam keturunan atau bangsa apa pun kita...

Sekian...sebagai perkongsian...
dan peringatan untuk diri sendiri juga....

PESAN RASULULLAH S.A.W. " SAMPAIKANLAH...WALAU SEPOTONG AYAT.."
(Yang baik dari Allah, yang serba kurang itu dari aku yang serba kekurangan...)

Wednesday, December 7, 2011

BIRU PUTIH LANGIT


Don't blow it - good planets are hard to find.
The worst part is...we only have one planet that suits human...


" Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda ( kekuasaan Allah) yang ada padanya." Al Quran, 21:32) 



" Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka."
Ali Imran (3): 190-191


" Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami ( dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang Luas tidak terhingga."
Az Zaariyaat : 47




" Demi langit yang mengandungi hujan. " Al Quran, 86:11)

IT SUDDENLY STRUCK ME THAT...THAT TINY PEA, PRETTY AND BLUE, WAS THE EARTH. I PUT MY THUMB AND SHUT ONE EYE, AND MY THUMB BLOTTED OUT OF THE PLANET EARTH. I DIDN'T FEEL LIKE A GIANT. I FELT VERY, VERY SMALL.'
Neil Armstrong Quotes ( American Astronaut)

Tuesday, December 6, 2011

BULETIN .... KE BULETIN .....?


Ada sapa2 yang boleh habiskan ayat kepada tajuk di atas? Sorrylah atas tajuk ni. Aku tak pandai main politik. Apalagi nak bercakap hal2 politik. Tapi sekadar melahirkan rasa jemu dan jelak dengan keadaan semasa.

Kebetulan, ada kawan post status begini kat fb dia. And at the same time...aku pun tengah terasa macam nak hempok TV kat rumah tu. Ish3x...ganasnya aku!

Aku ni bukan ler terlalu anti-Parti Merah. Takler terlalu sokong Parti Hijau. Bukan juga penggemar Parti Biru Muda dan tak juga terlebih favour Parti Biru Putih. Abis, aku parti apa? Parti Tupperware jer lah. Hehe...bagi aku, tak semua parti A buat itu salah, dan tak semua yang Parti B kata itu betoi...

Aku bukan orang yang cakap politik berdegar-degar. Bukan pelanggan buletin apa2 parti. Tak juga suka berkempen sana sini. Aku ni tergolong dalam silent majoriti, entah-entah ke minoriti? :)...malah aku termasuk dalam kategori orang paling malas nak mengundi. Tapi, so far...aku belum tertinggal lagi pegi ngundi tau. Undi aku adalah rahsia...


Sejak dolu2, aku paling tensen nak tonton berita bila dekat2 nak pilihan raya. Juga bila waktu pemilihan Parti. Sebab TV akan komen isu itu2 jer. Bukan aku benci sangat dgn Parti Merah, yang selalu keluar TV pun apa2 yang berkenaan dengan Parti Merah. Parti Hijau, Parti Biru Muda dan Parti Putih tu bukan dok siar kat TV. Aku pun tak penah nak beli bulletin depa...

Bila dekat pilihanraya, berita dah jadi terlalu sebelah pihak. Manusia jadi terlebih hipokrit. Kita menghentam sesama bangsa dan sesama agama. Masing-masing nak menegakkan benang yang separuh basah separuh kering. Sampai last2 terpaksa tutup jerlah TV tu....aman dunia...

Tak salah nak siarkan untuk berkempen. Tapi janganlah terlalu sangat. Janganlah terover sangat...Ala2 kadar jerlah. Sebab kalau terlebih sangat...ada rasa lain macam jer. Itu untuk orang2 kategori macam akulah.

Kata Sifu tulis novel aku. Kalau nak bercerita, ulangan dalam novel dibenarkan 3 kali jer. Kalau lebih dari tu, otak pembaca dah reject. Rasanya same goes with broadcasting, terlalu ulang benda yang sama...tahun demi tahun, mindapun dah reject. Lama2, otak dah reject....reject....reject...

Resam hidup... TERLEBIH MANIS, DAPAT KENCING MANIS. TERLEBIH LEMAK, KOLESTEROL NAIK...DAPAT SAKIT JANTUNG. TERLEBIH CAKAP...ORANG NAIK MUAKLAH PULAK.  YANG BAGUSNYA...SEDANG-SEDANG AJALAH....

Friday, December 2, 2011

INTEROR DESIGN

Pernah tak berangan nak menghias rumah?
Aku pernah...
siap langgan Anjung Seri tiap bulan
walaupun waktu tu, aku masih belum ada rumah sendiri.
Ekceli...la ni pun, takder rumah sendiri...
Rumah buat kongsi2 ada laa...ramai yang chip in modai...

KORANG ADA TEMA PILIHAN?


ASEAN STYLE
Ini Asean Style...simple dan tak berserabut...
Kalau rumah aku, aku sukalah simple simple cenggini...
Aku suka LAPANG dan TERANG....
Suka jugak, kalau SEJUK dan DINGIN memanjang...
especially kalau nature punya...ada angin 'buih-buih' kata orang Penang la..


CLASSIC AND EXCLUSIVE

Gaya Klasik...exclusive gitew...
Macam ni pun, aku suka jugak...
yang nampak klasik dan purba...padan dengan umoq aku, yang juga antik...
ada pula lampu chandelier menerangi ruang...
Tapi jejenis gini selalunya mahal wei...
bocor wa punya kocek...


MODERN AND CONTEMPORARY

Ni gaya apa? Aku pun tak tau...
Yang inipun nampak exclusive...
Nampak cozy dan romantik, mewah beb...
Siap dengan lampu tumpu menerangi ruang..
Tapi,
rase cam tak mampu jer.


ENGLISH DECOR


English style
Yang macam ni sejuk mata memandang...
Tapi sarat jugak tu...kalau luas sikit baru best....
English decor, kebetulan...
la ni dok gila lukis english decor ni...

Sebenarnya......

Hmm....
Sibuk nak rumah besar, mewah dan selesa...
Sibuk juga nak interior design yang mewah bergaya,
Sibuk pula nak tema itu, tema ini....
Sampai aku lupa...
Kena juga siapkan diri untuk rumah yang kat bawah sana...


Ustaz aku kata...
Kita kena sediakan deco untuk 'rumah' kat sana juga...
1. Nak juga 'rumah' yang itu terang...
2. Nak juga 'rumah' tu dingin seperti dipasang aircond 2.5 horse power
3. Nak juga 'rumah' tu luas saujana mata memandang...
4. Nak juga 'rumah' tu selesa, yang tempat baringku macam tidur di katil empuk...
5. Nak juga 'rumah' tu..tenang dan aman..

Makanya....

aku teringat newspaper cutting yang aku simpan,
yang bertulis;

AKU RUMAH TERPENCIL,
maka kamu akan senang...
dengan selalu membaca al-Quran.

AKU RUMAH YANG GELAP,
maka terangilah aku...
dengan selalu bersolat malam.

AKU RUMAH PENUH TANAH DAN DEBU,
maka bawalah amal solehmu...
yang menjadi hamparan.

AKU RUMAH ULAR BERBISA
maka bawalah amalan Bismillah...
sebagai penawar.

AKU RUMAH PERTANYAAN MUNKAR DAN NANKIR,
maka perbanyakkanlah bacaan,
 LA ILAHAILLAH MUHAMMADUR RASULULLAH...
supaya kamu dapat menjawab kepadanya...

Sesungguhnya, dalam sedar...aku kadang2 masih menipu diri sendiri,
selalu jadi lupa dan alpa...

DAN SESUNGGUHNYA... 
AKU AMAT MENGHARAPKAN RAHMAT DAN AMPUNANNYA,



Ya Allah… terimalah taubatku… 
Ya Allah… terimalah taubatku… 
Ya Allah… terimalah taubatku…

HANGIN


Hari ini, cuaca bagus...langit membiru. So, tangan aku tokleh diam, terus jer snap gambar. I love the bluish grey sky. Tapi dalam dok menghayati kecantikan tu, pagi2 lagi hangin dengan driver sepanjang jalan. Awatlah depa bawa kereta berhemah sangat. Tersangat berhemah sampai bawa 40km/j. Kalau kat Penang, word yang paling sesuai adalah Mak Ngot. Hehe...

Bukan sebiji kereta yang macam tu, berderet-deret dok makan angin sepanjang jalan. Overtake sebiji, jumpa lagi sebiji. Overtake lagi...jumpa lagi. Kalau nak bawa pelan2, dok la kat tepi-tepi sikit...at least boleh ler memudahkan orang nak overtake. Hish! Geram betullah.


Thursday, December 1, 2011

AQIKAH UNTUK CHUKADA

Semalam, Kak Ah buat kenduri aqikah untuk Chukada. Masuk bulan ni, Chukada dah 7 bulan...

Tapi yang tak bestnya, depa buat hari Rabu. Itu hari aku keje...mana boleh tutup bisnes selalu. So, tak dapek ler den nak nolong...

Cuma tolong potong ubi and bawang, buat air kat tukang lapah dan tukang masak. Lepas tu, cabut ler pi keje.

Orang kat umah ler yang nak kene bersilat. Dengar plan menunyer adalah...Kurma Kambing, Tilapia goreng cili ( ikan yang Bro inlaw bela tu), Kari Ikan, Sayur Campur, Ikan Masin, Sambal Belacan dan ulam ulaman.

Perghhh!!! Meleleh ayaq lioq. Hopefully, semua lauk masih ada by the time aku balik. Tapi kalau nengok kan pada tract record sebelum ni...pakai kirim salam ajalah.

Sempat juga suruh Master Chef Kampung, my cousin Abang Keri ni posing maut sambil lapah kambing. Kalau kenduri kendara kat rumah....depa nilah yang paling rajin dan tak berkira bab tenaga.

Macam nak sembelih aku ja tukang masak nie...hehe....
Sebelah kiri, Mat Noor...kat kampung orang panggil Not. Dia ni tukang masak nasi dan tukang loyar buruk. Dia suka gaduh2 manja dengan kakak2 aku. Jiran depan rumah jer. Hehe...kalau takdak dia memang sunyilah kenduri.

Yang tengah duduk tu Abang Ya, PA kepada Abang Keri selaku Master Chef. Specialize in gulai kawah Rias Pisang, Daging Masak Hitam dan Kurma.
Pendek kata...pasti terangkatlahhhh.....

Friday, November 25, 2011

THE SWEETEST VICTORY



Aku suka bola, tapi takut nak tengok bola
Malam Final Sea Games Malaysia vs Indonesia tu, aku tonton penalty jer..
tapi, the overwhelming feeling masa Baddrol sumbat gol
dan tengok pemain Malaysia berpeluk dan berlari
dalam foto kat atas dan kat bawah tu..
buat aku syahdu....

Alhamdulillah!
Berkat doa semua rakyat Malaysia,
Kita bayar penghinaan mereka dengan cara paling bermaruah...

Coat kata2 Ong Kim Swee pada anak2 buahnya...

"They don't respect you, they don't respect our flag,
they don't respect our King and they don't respect your parents.
If you allow this to happen, then you are coward.
You must teach them what being Malaysian is all about."
Sumber NST


Tuesday, November 15, 2011

TONET IN MEMORY...


Ini gambar Tonet yang diambil pada 19 Ogos 2011. Snap beberapa hari selepas aku jumpa dia kat depan bank. Small and helpless...maybe around 3 bulan kut umoq dia masa tu . Agak aku aja le. As usual, kalau jumpa kitten...aku selalunya kutip bawa balik. Bimbang dia dilenyek kereta yang lalu lalang.

She grows very fast, but no doubt it goes with the clinic bills...and i need to take her to work everyday, coz mak is so scared of kitten. Nilah kes takdak kerja, cari kerja. Tapi tu semua tak menjadi masalah bila tengokkan perangai dia yang cerdik dan playful.

Tapi rupanya, hayat Tonet tak lama...Tonet mati ditindih lori Ah Tiam yang masuk ke kawasan rumah untuk jual barangan dapur. Kebetulan hari tu aku tak bawa dia...sebab ada smaller kitten yang aku baru jumpa. Since dia dah besaq n mak pun dah tak berapa takut...aku tinggalkan dia dekat umah.

Kak Mun said, it happened very fast. Dia bangun tidur...then Kak Mun panggil nak bagi makan. Masa dia tengah makan, lori Ah Tiam masuk ke kawasan rumah. Kak Mun keluar nak beli barang n tak tau masa masa dia pun ikut  keluar. Bila Ah Tiam balik...sedaq2, dia dah tak bernyawa right on where the lorry was parked. Of course Kak Mun nangis....tapi takder sapa nak bgtau aku....

Bila aku balik, i can feel that something is wrong somewhere. Tonet tak sambut aku macam selalu. Bila tanya Kak Mun...dia diam. Lama baru dia bgtau...dan aku rasa amat2 sedih. Semua kucing aku yang cerdik2, pendek hayatnya.


 Ini gambar terakhir Tonet. Masa ni, kami tengah gelakkan dia yang asyik menonton Wonder Pets kat TV. That was 5 days before the demise on 10 November 2011. Really miss her.

Wednesday, November 9, 2011

KUCING OH! KUCING...


I'm a cat lover! Nak tulis ' aku pencinta kucing' tu macam skema sangat bunyi ayatnya. Tapi itulah aku. That's me. I cant help it...i have soft spot here ( in my heart) for cats. Especially stray cats. Kalau tengok kucing yang homeless...aku akan cepat rasa kesian. Tapi, aku tau...aku tak akan mampu kutip dan bela semua kucing. It breaks my heart to only seeing without helping. Sebab kat rumah pun dah banyak kucing. I can't manage all. Not enough time and manpower. Sudahnya...aku hanya akan kutip kittens bawa balik, kalau terjumpa lah...

Baru2 ni, dalam perjalanan balik dari tempat kerja. I spotted a kitten in the middle of the road. One car managed to avoid it. I was a bit far behind, so I did  pull over to the roadside and stopped. Baru niat nak menyelamatkan... malangnya, dia dah dilenyek kereta yang datang dari belakang. Sedihnya. Can't blame the driver, maybe dia tak nampak. Tapi geram benar dengan orang yang buang kittens kat tepi jalan. Memang takdak otak...

Not everybody loves cat...that acceptable. But, whoever can tolerate cat and still has some space in your home, please adopt one. Aku bayangkan....kalau satu rumah boleh bela sekor kucing, kurang sikit kut bilangan kucing terbiar. Kalau yang tak boleh tu.... apo nak dikato, jangan menzalimi kucingpun dah cukup baik. Teringat ada terbaca satu ayat dalam satu novel. The writer penned it so well. So, I re-post it here...just for sharing....

Copy and paste from Siri Kucing Triwarna

Binatang kesayangan Rasulullah s.a.w
Kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah...and everybody knows that. Baca kat one blog, kucing Rasulullah namanya Muezza. Kalau ada yang berminat nak baca, here are the details write-up about Rasulullah s.a.w. and his cat. Baca kat sini. Blog Sebuah Kehidupan.

Kucing tu najis ke?
Ada juga tefikir tentang hal ni kadang2...sebab kucing kat rumah tu, suka sangat mengendeng atas sejadah. But the truth is, Kucing adalah binatang yang bersih dan bukan najis. Unless we spotted whatever najis on it's body. Tu baru ler najis. Untuk keterangan lanjut, boleh juga dari Blog Sebuah Kehidupan. Baca kat sini

Ada kawan post this video ni, on what Ustaz Azhar says about cats on your lap or praying mat during prayer...tak najis pun. Tak percaya? Jom tengok....


Kembiri dan hukumnya,
Dulu2 takut nak kembirikan kucing, coz I hear most people say... its against the teaching of Islam. Tapi lepas bertanya-tanya, discuss dengan kawan dan google kat tenet ni, rupanya...diharuskan. Sejak tu...aku buat untuk few of my cats, yang betina ajer la. Kat sini, aku copy and paste statement ni...

Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukunmya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah
All pets like cats and dogs area allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community
After studying the messages of the the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qauedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com


Copy n paste dari blog Zul & Azizi Boarding Pets. Kalau nak baca details boleh klik sini.  Boleh jugak baca blog Dear Cuddly Cats Blog, baca kat sini.

Bau yang kurang menyenangkan,
Its one of the reason why most people don't like to keep cats in their house. Betoi! Sangat2 betoi. I'm facing the same problems. They like to poo poo everywhere, but lucky me...depa tak berak dalam rumah. Ada la sekali sekala... itu kalau tak boleh nak keluar. Kene dok buat spring cleaning selalu. Mujur rumah aku rumah kampung, open air....

For the time being, aku pakai crystal sand...so najis kucing kurang berbau sangat. Cuma problemnya bila depa buang kat pasir depan rumah. Pagi2 kena jadi majlis perbandaran...buang longgokan yang patut.

Ada orang bagi petua, buat longgokan pasir dekat perdu pisang. Everytime after feeding, just bring the cats to that place and tell them to poo poo there. You need to be persistent in doing that...and after sometimes, they will acquired the habit. Kata orang akar pokok pisang tu penyerap bau yang paling bagus. Betoi ke tak...aku tak tau la...

So, cukup la setakat ni aku rumble grumble pasai kucing. Lepas ni, kalau terasa nak bela kucing...bela la sekor...or, pikir macam ni jerlah...

1. Belalah kucing sebanyak mungkin, kalau mampu dan larat...
2. Kalau tak boleh banyak. belalah sekor...buat kempen satu rumah, seekor kucing.  :))
3. Kalau tak boleh jugak, mungkin boleh consider buat yang ni pulak...kalau makan kat mana2 tu, dan ternampak kucing terbiar yang kelaparan. Bagilah dia makanan sikit. Kalau tak boleh beli ikan sekor...bagi jerlah lebihan makanan kita tu. Kesiannnnn dia. Dia pun tau lapar jugak.
4. Kalau tupun tak boleh jugak....cukuplah sekadar jangan menzalimi kucing. Dia pun makhluk Allah jugak.

ADOIS!!!

Thursday, November 3, 2011

SAMBIL MENYELAM, MINUM AIR

Nice view along the highway...perasan tak kat sudut kanan bawah sekali, itu bukan jalan retak ye, itu cermin kereta yang retak akibat terlanggar lembu few month ago...masih belum ditukar...

29 Okt 2011,
Aku ke KL lagi, ada bengkel penulisan dengan Puan Maria Kajiwa. Bengkel pada 30 Okt dekat IYC, Cheras. Kebetulan pula, Kak Ani (KA) balik ke kampung...so, aku pi rumah Kak Yam (KY). On the way...singgah rumah KA, tolong bagi makan kucing dia.

Dua ekor yang memang lepas bebas kat belakang rumah. Lagi dua ekor kitten dengan ibunya dekat depan rumah. Kesian! Kena tinggal...dah 2 hari tak ada makanan. Petang esoknya, bagi makan lagi sekali...lepas tu, tinggalkan remote gate dengan neighbor few door away. Dia dah setuju nak tolong bagi makan...

Kelaparan....
Lepas lunch, minta tolong Cikna tunjukkan jalan ke IYC. Dia dengan relanya nak bawa aku...lepas dapat green light dari Mr Hubbynya, Inche Razak. Senang aja dari Kota Kemuning nak ke sana...ikut KESAS.

Baliknya singgah beli Satay Kajang Haji Samuri kat RnR dan minum Jus Amra n Asam Boi....sedapppp. Balik makan dekat umah Cikna...dihidang dalam kompilasi pinggan mangkuk Satu Malaysia...hehe..macam2 bunga, macam2 style...janji buleh makan...


Good old friend...who is always there...
30 Okt 2011,
Saspen...but Alhamdulillah! Sampai ke IYC tanpa sebarang masalah. The workshop was fun and interesting, banyak sungguh ilmu yang dikutip. Macam selalulah, setiap kali pi...semangat aku mula berkobar-kobar semula. Dan...yang paling best, masa untuk memegang buku pertama...ANTOLOGI CERPEN TENTANG CINTA.....

My first baby, my small step.....
Tak tahu nak cakap...ada macam-macam rasa. Hopefully, aku boleh siapkan manuskrip Borgenvilla aku tu secepat mungkin....

Baby step by baby step, you have what you need right now to start moving in the direction of your happiest dreams. 


The secret to living the life of your dreams is to start living the life of your dreams today, in every little way you possibly can. 
Mike Dooley



Tuesday, October 18, 2011

SYUHADA BATRISYA lagi.....


Atas permintaan Kak Ani, ini gambar Chukada dengan Tok Wan Om. Tiap2 hari, dia meghap Tok Wan bawa naik moto. Kalau tak bawa...dia mengamok, menangis sampai berjejeh ayaq mata...


Ini Chukada dengan Tok Ah....masih sebek sebab Tok Ah ambil dia dari Tok Wan Om. Dia masih belum puas naik moto...
awesome comments