A scribble of my mind and heart.....

Monday, March 19, 2012

JANGAN

Kunci kebahagian dalam Islam

/hihi
Aku dapat semua ni dari fesbuk, post kat sini, untuk rujukan diri sendiri,
and hope it benefits everybody...


- JANGAN tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan.
 Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

- JANGAN tambah perhiasan di badan
kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan..
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita.
Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan..
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa  Share kepada rakan-rakan anda....

Shared from fb wall : ToooDia

Hmm... nampaknya, banyak JANGAN yang dok buat dan kena segera buangkan tabiat buruk ni.

Habit is habit, and not to be flung out of the window by any man, but coaxed downstairs a step at a time.  ~Mark Twain

Photobucket

No comments:

awesome comments