A scribble of my mind and heart.....

Thursday, April 26, 2012

ESCAPE TO JEREJAK, THE GATHERING- PART 4

Continue....
15/4/2012
Day 2

Malamnya, kami melalui malam di Jerejak dengan penuh suspen. Mana taknya, macam-macam yang orang cerita tentang Jerejak.  Tapi kami kuatkan hati dan bertawakkal kepada-Nya kerana hanya Dia Yang Maha Berkuasa di dunia ini. Aku, Lin, PK Ida, Ain dan Anis... tidur sebilik. Puas jugak nak lelapkan mata sambil dalam hati baca ajer ayat2 suci yang ingat. Ida, dah start buat muzik tak lama lepas tu. Hanya aku dengan Lin yang masih tak dapat tidur. Dalam dok kalih pi, kalih mai... entah masa mana aku tidok... sedar2 dah pagi pun. Alhamdulillah! Tak ada yang kena usik... hehehe.

Bestnyer bangun pagi dikejutkan oleh bunyi burung dan unggas. Burung tu macam pegi dari bilik ke bilik kejut orang bangun solat.... memang mendamaikan!

POCO-POCO,
So, hari nie..plan nak Poco2 dan telematch. After breakfast terus menapak ke tepi laut. Mas bawa radio kemetot dia dan muzik poco2. PK Ida yang head the dance. Aku yang kaki bangku ni pun tumpang jugak sekaki. Langkah tu... memang sumbang habislah. Tapi... ada aku kesah! Hehe...


Poco-poco, head by PK Ida, dia jadi Bidan Terjun sebab YB Zah tak boleh mai. YB kalut dengan persiapan pilihanraya. Geng yang join Poco2 ni, kebanyakannya memang kaki menari masa zaman sekolah dulu.

Habis Poco2, get ready untuk telematch. As done yesterday, group dah dibahagikan semalam. Sebelum tu, organising commitee posing dulu depan hadiah.



Dari kiri, Bani... merupakan sponsor terbesar segala hadiah. Thanks to Bani atas kemurahan hatinya. Nombor dua dari kiri, Lin merangkap Puan Organiser yang bertungkus lumus menjayakan event ni. Yang cantik lawa macam Kathy Ibrahim tu.. Mas, orang kuat jugak nie. Yang tepi kanan sekali ni... memang suka menyibok... takder keje...


SORAK SEMANGAT
Mula-mula bahagikan grup ikut semalam punyer. Group A pakai ikat kepala warna kuning. Grup B pakai selepang warna merah.


Ini grup Beruang Comey @ Sua sue Kemuning tengah buat sorakan semangat. Afiq pun sibuk sekali kat depan. Kebetulan masa orang sibuk distribute ikat kepala, dia dapat warna kuning... masa secara tak langsung, dia tu kira grup BC ler.


Ini grup Meaw Miang...come2 belaka depa ni... ketua dia Pretty women Saliza. Sorak depa Grrrrr... manja sungguh.


AEIOU,


Mula2, main AEIOU... dah tua bangka pun main permainan nie.. tapi happy sangat bila mengimbau memory lama waktu main ni kat depan hostel dulu2. Ain jadi kepala kat depan... Masa ni, makcik2 dah lupa diri dahhh!


MUSICAL CHAIR,


Musical chair ni lain sikit, tak pakai kerusi banyak2. Cuma tiap2 orang akan dapat kad berlipat. Dalam kad tu akan ada gambar orang dan gambar kerusi. Bila muzik dimainkan... masing2 akan berjalan sambil bertukar-tukar kad. Then bila muzik berenti... kad akan dibuka. Yang dapat gambar kerusi, kena jadi kerusi. Yang dapat gambar orang... kena cari kawan yang jadi kerusi dan duduk atas dia. Sapa2 yang tak dapat duduk atas kerusi 'jadian' tu... kenalah pandai2 cari jalan keluar.

Kami buat trial dulu, masa nilah Pah Mar yang tak berapa faham tu... buat lawak antarabangsa. Dia dapat gambar Superman. Superman tu kan orang, sepatutnya... dia kena cari orang yang jadi kerusi dan duduk. Tapi dia asyik dok buat gaya Superman terbang... funny betoi aku tengok. Bila start semula... aku yang awai2 lagi kena keluar... hehe. Lepas tu asyik gelakkan kawan2 yang tergolek.

Nah amek kau, kerusi jadian tak mampu menampung berat... Afiq came to the rescue...


STRAW DAN RUBBER BAND



Masitah dengan Liza, pass rubber band guna straw... bersungguh tu, tapi kalah. Masa ni, aku jadi referee sat.

BAWA BOLA PAKAI DAHI


Anis dan Ain, wakil kumpulan kuning... comey jer anak dara dua orang nie. Memang selalu ikut mak2 depa reunion. Dah biasakan diri dengan makcik2 yang kadang2 gempak habis.


CARI GULA DALAM TEPUNG


Seumur hidup, this is the first time aku buat lagu nie... selama ni, dok tengok budak2 jer buat. Hmm sudahnya... muka semua orang bersalut tepong. Pah Mar yang paling glamer. Macam tepung gomak.


LONTAR DADU


Lontar dadu, dapat nombor ganjil, undur kita tapak sama bilangan dengan nombor yang naik. Kalau nombor genap bergerak ke depan dengan cara yang sama... sapa sampai dulu ke garisan penamat... kira pemenang ler.


LONTAR BELON BERISI AIR.


Hmm... aku dengan Bani, out awai2 lagi. Balingan pertama jer... belon dah pecah. Lepas tu asyik tengok orang membaling jerlah.

Selepas habis games, juaranya adalah kumpulan SSK. Menang kesemua games... gumbiranya!!!!


SESSI MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH

Macam yang dah dibuat sebelum ni, sesiapa yang nak join reunion ni... kena bawak hadiah untuk ditukarkan. Mengambil kira semua golongan.. yang mampu dan yang tak mampu, kami tetapkan RM 20 and above. Lepas tu cabut undi dan nasiblah nak dapat apa pun.


Grup SSK dengan hadiah.
Grup Miaw Miang dengan hadiah.

Tamatlah sudah. Its time to go home.... the next entry will be on the summary of the event plus the surrounding of Jerejak Rainforest and Spa... from my naked eyes....
Photobucket

Saturday, April 21, 2012

ESCAPE TO JEREJAK, THE GATHERING- PART 3

...continue

Sunset at Jerejak
Hmm... cantiknya sunset yang dirakamkan kamera Kamariah ni. Entah masa mana dia sempat dok snap. Agaknya, masa masing-masing dok berjalan balik dan Afiq pulak... sibuk nak main kat playground time2 nak maghrib. Puas jugak dok pujuk dia ajak balik.


DINNER AND BBQ

Dinner was held at Restoran Santapan Rimba, next to the swimming pool. Ada BBQ dan banyak pilihan makanan. 

Zaleha, Mashitah, Azliza dan Azlina... tengah fikir nak makan apa.

Tengah pilih makanan.
Selalunya, aku memang tak banyak makan. So malam tumakan sikitpun... dah rasa segah perut semacam. Maka berpusing-pusinglah aku menganggu meja orang, tengok depa makan apa

.



Then, masa tengah makan tuada Fire Show,


Ada yang tersilap dengar, bunyinya macam tiger show. Huh! Kalau tiger show... makcik-makcik kena pederaih balik ke bilik. Hahaha... okay jugaklah show tu. Kalau sapa nak bergambar dengan depa ni pun boleh. Kami sekadar tengok kut jauh jer... seksi sangat adik2 tu...


Makan punya makan punya makan, kamilah yang paling last keluar. Sempat lagi arrange kerusi untuk agenda bergambar beramai-ramai. Masa ni, Norli dengan Amiza dah balik. Gantinya... datang pula Zaleha, Sam dan Pah Mar.

CHARADE GAMES

Nak sewa satu special room untuk games, mahal sangat. Nasib baik kat dorm tu cukup besar untuk agenda kami seterusnya. Lepas dinner, semua bergerak ke dorm.


Puan Organiser dan treasurer sedang membahagikan kumpulan. Masa ni nama kumpulan ialah A dan B. Belum start lagi dah riuh rendah. Puas dok suruh diam.


Ini Kumpulan A, yang bertukar nama kepada Kumpulan Beruang Comey a.k.a.  Sua Sue Kemuning. Aku termasuk dalam grup ni, ketuanya... Pah Mar.


Ini Kumpulan B a.k.a. Meow Manja. Ketuanya Saliza.


Sesi teka menekapun bermula. Pah Mar start bagi clue untuk perkataan ' Careless Whisper'. Sebab ini baru intro... semua orangpun tak boleh teka. Awai2 lagi... dah kalah.


Ini Azlina, grup Meaw Manja. Dia kena bagi clue untuk word ' Hamburger'. Macam-macam gaya, yang best tu... bila dia bagi isyarat muncung ke depan. Dapatlah pulak ahli Grup B meneka. So depa leading 1-0. Jom baca komen tentang gambar nie...




Sanah dengan clue MJ. Siap tangan tunjuk langit... mata tengok atas. Mula-mula tak dapat tangkap apa maksudnya. Tapi... Alhamdulillah! Ada yeng teka MJ. Funny tengok gambar ni... punya dok fikir nak bagi cluenya, mata sampai putih naik atas. Hahaha....




Ida kena buat ' Big Fat Greek Wedding'. Tak ada orang yang dapat teka... hatta orang yang pernah nonton filem tu. Aku ni... lagilah. memang lost terus. Tak penah dengar langsung.



This is my turn. Needs to give a clue for 'Top Gun'. Tak tau nak clue 'top' lagu mana. Asyik dok tunjuk atas macam itik sudu. Buat sign tembak, Sam teka... pistol. Lama dok bagi sign for the other words... nasib baik Pk Ida pandai teka....


Bagi soalan susahpun, asyik draw jer. Last2 organising commitee minta setiap kumpulan 
pick satu clue, then exchanged. Kami came out dengan word Sua Sue Kemuning yang 
menentukan kemenangan sebab grup sebela sana... tak boleh jawab. So... dari situlah nama
 grup tu dikekalkan.


Hmm... masih senyum sampai ke hari ni bila teringat insiden malam tu. Sangat2 memorable. Games tamat
pukul 11 lebih. Bani, Zaleha Sam dan Pah Mar kena catch ferry pukul 11:30PM. Besok pagi, datang
semula untuk telematch....




Suspense untuk melalui malam di Jerejak.... mohon dijauhkan dari segala yang tak diingini...
Next entry will be on Poco-Poco and Telematch. More fun and interesting event...
Photobucket

Thursday, April 19, 2012

ESCAPE TO JEREJAK, THE GATHERING - PART 2

High Tea- Day 1

AlhamdulillahKeadaan bilik, memuaskan. Dorm yang memuatkan 7 bed tu cukup spacious. Bilik air luas, ada 5 bilik mandi kat dalam. Bilik 4 bedded tupun okay jugak.  Berpuas hati sesangat.

So, lepas checked in ke bilik masing-masing, lepas ada yang mandi dan salin baju, kami jumpa kat lobby untuk acara high tea kelolaan sendiri.



Masing-masing bawa makanan serba sikit. As usual Leha dengan her tasty roti jala. Sanah bawa muffin, Mas bawa pandan layer cake. Kamariah pula bawa jeruk berbasuh, Bani bawa biskut... yang lain-lain, mostly... bawak diri jer. Makan2 sambil korek cerita lama. Saliza Pretty Women siap bawa gambar kawan2 masa sekolah dulu-dulu. Funny sungguh.


Break makan untuk photo shoot, ini kira barisan makcik-makcik yang tetiba terasa balik ke umur 17 tahun. Rindu zaman sekolah dulu-dulu.


Diirirngi jugak oleh selingan persembahan lagu Kuch Kuch Hota Hey dari Afiq anak Salina... Habis selagu lagu Hindustan. Ada pulak Si Ida yang dok melayan... jadi Kajol. Penghibur hati betullah. Afiq ni, special kid but he's very smart. Carry himself around us so well. Kira macam 'Thorn among the roses' ler. Ini sebahagian komen tentang gambar Afiq kat FB.


Hmm... Sesetengah manusia, memang diuji Allah dengan berbagai dugaan. Tapi, aku tak pernah tengok insan setabah Salina. Walaupun sakit dan perlu membesarkan special kid macam Afiq, dia tak pernah merungut. Tak pernah sekalipun dengar dia mengeluh dan menyebut tentang kesakitan dia. Kagum sungguh dengan ketabahan dia.

This is Salina's picture...


Alhamdulillah! Lepas buat collection dari ex-georgians dan belikan dia Oksigen machine tu, dan lepas dia dapatkan rawatan kat IJN atas biaya yang Farah arrange ... dia nampak okay! Nampak lebih cergas dan mampu sama-sama join gathering kali ni. Semoga keadaan dia akan bertambah baik hendaknya in the future.

Hmm... rancangan tergendala sebentar, sebab tiba-tiba jer... management resort mai slow talk. Outside food is not allowed in the island. Kalau nak makan juga... buat senyap-senyap kat bilik. Hehe... pelan2 ler makcik2 semua minggir ke bilik.

Unfortunately, Miza dan Norli kena balik awai, sebab permit lawatan yang diberi cik Abang depa tamat pukul 8 malam. Lepas buat cabutan untuk prezent... depapun bertolak balik...




Next entry will be on Dinner and Charade Games with so many funny and happening incident.

Photobucket
awesome comments