High Tea- Day 1
Alhamdulillah! Keadaan bilik, memuaskan. Dorm yang memuatkan 7 bed tu cukup spacious. Bilik air luas, ada 5 bilik mandi kat dalam. Bilik 4 bedded tupun okay jugak. Berpuas hati sesangat.
So, lepas checked in ke bilik masing-masing, lepas ada yang mandi dan salin baju, kami jumpa kat lobby untuk acara high tea kelolaan sendiri.
Masing-masing bawa makanan serba sikit. As usual Leha dengan her tasty roti jala. Sanah bawa muffin, Mas bawa pandan layer cake. Kamariah pula bawa jeruk berbasuh, Bani bawa biskut... yang lain-lain, mostly... bawak diri jer. Makan2 sambil korek cerita lama. Saliza Pretty Women siap bawa gambar kawan2 masa sekolah dulu-dulu. Funny sungguh.
Break makan untuk photo shoot, ini kira barisan makcik-makcik yang tetiba terasa balik ke umur 17 tahun. Rindu zaman sekolah dulu-dulu.
Diirirngi jugak oleh selingan persembahan lagu Kuch Kuch Hota Hey dari Afiq anak Salina... Habis selagu lagu Hindustan. Ada pulak Si Ida yang dok melayan... jadi Kajol. Penghibur hati betullah. Afiq ni, special kid but he's very smart. Carry himself around us so well. Kira macam 'Thorn among the roses' ler. Ini sebahagian komen tentang gambar Afiq kat FB.
Hmm... Sesetengah manusia, memang diuji Allah dengan berbagai dugaan. Tapi, aku tak pernah tengok insan setabah Salina. Walaupun sakit dan perlu membesarkan special kid macam Afiq, dia tak pernah merungut. Tak pernah sekalipun dengar dia mengeluh dan menyebut tentang kesakitan dia. Kagum sungguh dengan ketabahan dia.
This is Salina's picture...
Alhamdulillah! Lepas buat collection dari ex-georgians dan belikan dia Oksigen machine tu, dan lepas dia dapatkan rawatan kat IJN atas biaya yang Farah arrange ... dia nampak okay! Nampak lebih cergas dan mampu sama-sama join gathering kali ni. Semoga keadaan dia akan bertambah baik hendaknya in the future.
Hmm... rancangan tergendala sebentar, sebab tiba-tiba jer... management resort mai slow talk. Outside food is not allowed in the island. Kalau nak makan juga... buat senyap-senyap kat bilik. Hehe... pelan2 ler makcik2 semua minggir ke bilik.
Unfortunately, Miza dan Norli kena balik awai, sebab permit lawatan yang diberi cik Abang depa tamat pukul 8 malam. Lepas buat cabutan untuk prezent... depapun bertolak balik...
Next entry will be on Dinner and Charade Games with so many funny and happening incident.
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taj...
10 years ago
No comments:
Post a Comment