A scribble of my mind and heart.....

Thursday, April 26, 2012

ESCAPE TO JEREJAK, THE GATHERING- PART 4

Continue....
15/4/2012
Day 2

Malamnya, kami melalui malam di Jerejak dengan penuh suspen. Mana taknya, macam-macam yang orang cerita tentang Jerejak.  Tapi kami kuatkan hati dan bertawakkal kepada-Nya kerana hanya Dia Yang Maha Berkuasa di dunia ini. Aku, Lin, PK Ida, Ain dan Anis... tidur sebilik. Puas jugak nak lelapkan mata sambil dalam hati baca ajer ayat2 suci yang ingat. Ida, dah start buat muzik tak lama lepas tu. Hanya aku dengan Lin yang masih tak dapat tidur. Dalam dok kalih pi, kalih mai... entah masa mana aku tidok... sedar2 dah pagi pun. Alhamdulillah! Tak ada yang kena usik... hehehe.

Bestnyer bangun pagi dikejutkan oleh bunyi burung dan unggas. Burung tu macam pegi dari bilik ke bilik kejut orang bangun solat.... memang mendamaikan!

POCO-POCO,
So, hari nie..plan nak Poco2 dan telematch. After breakfast terus menapak ke tepi laut. Mas bawa radio kemetot dia dan muzik poco2. PK Ida yang head the dance. Aku yang kaki bangku ni pun tumpang jugak sekaki. Langkah tu... memang sumbang habislah. Tapi... ada aku kesah! Hehe...


Poco-poco, head by PK Ida, dia jadi Bidan Terjun sebab YB Zah tak boleh mai. YB kalut dengan persiapan pilihanraya. Geng yang join Poco2 ni, kebanyakannya memang kaki menari masa zaman sekolah dulu.

Habis Poco2, get ready untuk telematch. As done yesterday, group dah dibahagikan semalam. Sebelum tu, organising commitee posing dulu depan hadiah.



Dari kiri, Bani... merupakan sponsor terbesar segala hadiah. Thanks to Bani atas kemurahan hatinya. Nombor dua dari kiri, Lin merangkap Puan Organiser yang bertungkus lumus menjayakan event ni. Yang cantik lawa macam Kathy Ibrahim tu.. Mas, orang kuat jugak nie. Yang tepi kanan sekali ni... memang suka menyibok... takder keje...


SORAK SEMANGAT
Mula-mula bahagikan grup ikut semalam punyer. Group A pakai ikat kepala warna kuning. Grup B pakai selepang warna merah.


Ini grup Beruang Comey @ Sua sue Kemuning tengah buat sorakan semangat. Afiq pun sibuk sekali kat depan. Kebetulan masa orang sibuk distribute ikat kepala, dia dapat warna kuning... masa secara tak langsung, dia tu kira grup BC ler.


Ini grup Meaw Miang...come2 belaka depa ni... ketua dia Pretty women Saliza. Sorak depa Grrrrr... manja sungguh.


AEIOU,


Mula2, main AEIOU... dah tua bangka pun main permainan nie.. tapi happy sangat bila mengimbau memory lama waktu main ni kat depan hostel dulu2. Ain jadi kepala kat depan... Masa ni, makcik2 dah lupa diri dahhh!


MUSICAL CHAIR,


Musical chair ni lain sikit, tak pakai kerusi banyak2. Cuma tiap2 orang akan dapat kad berlipat. Dalam kad tu akan ada gambar orang dan gambar kerusi. Bila muzik dimainkan... masing2 akan berjalan sambil bertukar-tukar kad. Then bila muzik berenti... kad akan dibuka. Yang dapat gambar kerusi, kena jadi kerusi. Yang dapat gambar orang... kena cari kawan yang jadi kerusi dan duduk atas dia. Sapa2 yang tak dapat duduk atas kerusi 'jadian' tu... kenalah pandai2 cari jalan keluar.

Kami buat trial dulu, masa nilah Pah Mar yang tak berapa faham tu... buat lawak antarabangsa. Dia dapat gambar Superman. Superman tu kan orang, sepatutnya... dia kena cari orang yang jadi kerusi dan duduk. Tapi dia asyik dok buat gaya Superman terbang... funny betoi aku tengok. Bila start semula... aku yang awai2 lagi kena keluar... hehe. Lepas tu asyik gelakkan kawan2 yang tergolek.

Nah amek kau, kerusi jadian tak mampu menampung berat... Afiq came to the rescue...


STRAW DAN RUBBER BAND



Masitah dengan Liza, pass rubber band guna straw... bersungguh tu, tapi kalah. Masa ni, aku jadi referee sat.

BAWA BOLA PAKAI DAHI


Anis dan Ain, wakil kumpulan kuning... comey jer anak dara dua orang nie. Memang selalu ikut mak2 depa reunion. Dah biasakan diri dengan makcik2 yang kadang2 gempak habis.


CARI GULA DALAM TEPUNG


Seumur hidup, this is the first time aku buat lagu nie... selama ni, dok tengok budak2 jer buat. Hmm sudahnya... muka semua orang bersalut tepong. Pah Mar yang paling glamer. Macam tepung gomak.


LONTAR DADU


Lontar dadu, dapat nombor ganjil, undur kita tapak sama bilangan dengan nombor yang naik. Kalau nombor genap bergerak ke depan dengan cara yang sama... sapa sampai dulu ke garisan penamat... kira pemenang ler.


LONTAR BELON BERISI AIR.


Hmm... aku dengan Bani, out awai2 lagi. Balingan pertama jer... belon dah pecah. Lepas tu asyik tengok orang membaling jerlah.

Selepas habis games, juaranya adalah kumpulan SSK. Menang kesemua games... gumbiranya!!!!


SESSI MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH

Macam yang dah dibuat sebelum ni, sesiapa yang nak join reunion ni... kena bawak hadiah untuk ditukarkan. Mengambil kira semua golongan.. yang mampu dan yang tak mampu, kami tetapkan RM 20 and above. Lepas tu cabut undi dan nasiblah nak dapat apa pun.


Grup SSK dengan hadiah.
Grup Miaw Miang dengan hadiah.

Tamatlah sudah. Its time to go home.... the next entry will be on the summary of the event plus the surrounding of Jerejak Rainforest and Spa... from my naked eyes....
Photobucket

No comments:

awesome comments