A scribble of my mind and heart.....

Monday, April 2, 2012

FACEBOOK DAN NIAT



Ayat biasa orang kata... setiap perbuatan, pastinya dimulai dengan niat. Niat masa mula2 buka akaun facebook adalah untuk trace kawan lama. Alhamdulillah! Niat tu tercapai. Ramai kengkawan dari SGGS yang dah lama terputus hubungan... dapat jumpa semula. Dah buat reunion 2 kali dah. The third time is about to come. Just around the corner...

Facebook is full of middle aged people frozen in time and still thinking like they did when they were seventeen.

As per USM gang, especially kawan2 sekursus dulu... selalu jugak jumpa. Dengan adanya fb, tiap2 hari dapat tahu kawan-kawan kat mana, buat apa. Walaupun ada yang memilih untuk mendiamkan diri dari gegak gempita fb, at least... tahulah yang they are still alive and kicking...

Selain tu, dapat kenalan baru. Kenalan dari geng2 penulis dan geng2 folk art & Decoupage. Ada juga geng2 blogger. They are strangers, but in time...they are friends waiting to happen...

Sejak 2008 ( tahun mula buka acc fb) till today... I was having fun with fb. Whenever I'm feeling happy, sad or mad... usually, I posted it on my status. Kawan2 pun rajin komen. Reading their comments always make me happy. Cant help smiling and sometimes, gelak guling2 =)).  Kekadang tu... browsed thru my friends wall, put some comments on their status and sometimes... buat persidangan dalam closed group.

Time passed, dalam suka suki berfb... adalah beberapa incident yang aku tak berapa suka. Biasalah... perangai akupun... bukannya baik sangat! Aku pernah terinvolved dengan perkara2 yang aku kesalkan sangat2. Takyah cakaplah apakebendanya... tapi, aku dah tobat! Dah tak nak ulang lagi. Alhamdulillah tersedar awal. Takler accumulate dosa kering tiap2 hari. Nak kurangkan buat dosa, sebab dosa yang tak disengajakan pun tak tahu Allah ampunkan ke tau tak...

Facebook is, saying one thing on your friend's wall but screaming completely different in you inbox.

And lately ada terasa nak kurangkan berfb. Kurangkan post status. Juga kurangkan online. Bermuhasabah diri... lalu sedar tentang kekurangan dan kealpaan.

Rupanya, tanpa sedar... masa post status. Ada rasa ujub sebab ramai kawan2 komen. Ada rasa bangga bila ramai orang like. Tiap hari... dok fikir nak post tentang apa. Kekadang hingga jadi terlalu open tentang benda2 yang sepatutnya peribadi. Aku sibuk mengharap pengiktirafan manusia... sampai lupa mengejar pengiktirafan Allah. Terlalu banyak masa yang dihabiskan didepan lappy. Terlalu kurang menumpukan masa pada perkara-perkara yang lebih menjamin masa di sana.

Dan... kadang2 terasa, at the beginning years... fb memang brings people together. Tapi, as time goes by, yang sebaliknya terjadi. Fb jadi ruang aku bergossip. Kadang2, sengaja pos status untuk perli orang lain. Tak baik sungguh! Lebih banyak berinteraksi kadang2... mendedahkan kita terasa hati, sakit hati dan jauh hati. Menilai kawan-kawan dan menghukum mengikut firasat hati sendiri. Ada jugak rasa kengkawan ignore kita. Itu buat kita question keikhlasan kawan2 which is not good at all.

Kita kena balik pada niat. Ada orang, semasa pos status, niat sekadar nak menceriakan keadaan. Bila komen mengomen... at least ada interaksi dengan kawan2. Macam mana dok sembang hari2... kau komen aku balas. Aku komen kau balas. Tapi.... mungkin niat tu, disalah ertikan. Mungkin sajalah. Mungkin orang ingat... nak tarik perhatian and what so ever. Sama juga kalau yang pos macam2. Tujuan asal sebenarnya... bukan untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah2. Sekadar berkongsi saat kegembiraan dengan kawan2. Tapi... orang menilai mengikut perspektif lain. Lagi satu, kalau ada yang pos tentang agama... mungkin akan ada yang cakap, nak tunjuk bauk pulak! Susah kan!

So in a nut shell, bukanlah nak berhenti terus berfb. Still penting as a fast medium to get in touch with so many friends. So akaun fb still on. Cuma, macam cakap tadi... akan kurangkan berposting-posting. Walaupun rasa meriah bila ada ramai komen. Tulis sikitpun... berderet orang komen. Bukan macam kat blog ni... tulis panjang2, takdak saperpun nak komen. Huahuahua...

Till today, dah hampir dua minggu misi mengurangkan masa di depan fb berjalan. So far Alhamdulillah! Dan moga hati akan sentiasa istiqamah!

Sekadar rasa hati aku yang serba kekurangan....
Photobucket

2 comments:

Watierman said...

Assalam Dik...TQ for sharing the thoughts....hrmmm semua manusia ada pendapat..ada kualiti time masing-masing...macam Akak pula...kadang2 rasa menghampakan pembaca blog Akakbila komen dia orang Akak tak balas....just that...ada masa..tu tak terkejar masa yang pantas berputar Dik...and niat asal pun sekadar mengabadikan kenangan dalam kehidupan kami sekeluarga....buat tatapan anak cucu & generasi seterusnya....Allah jua yang menentukan...It's been nice knowing you....keep in touch ya!

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Kak watie...
Betoi tu, kita takleh nak prevent atau ubah pandangan dan persepsi orang. Yang penting... Allah tau niat kita.. kan...kan...kan...

awesome comments