A scribble of my mind and heart.....

Thursday, August 30, 2012

PHOTOGRAPHY


It was like a dream come true when i got my Canon DSLR dengan schedule pembayaran ihsan. Hehe... teruk bunyinya. Tapi itulah kenyataannya. Kalau nak beli sendiri memang saya tak beli kut. Alhamdulillah, my bro in law nak let go dia punya camera yang baru dipakai tak sampai setahun dan saya boleh bayar ikut suka hati. Makanya, sudah tentu dengan senang hatilah saya menerima.

Saya memang minat fotografi, especially gambar yang kreatif dan blurred background on object and portraits. So, saya pun bereksperimen dengan kamera tu selepas menonton beberapa Youtube video. Nak tengok hasilnya...




Ini gambar buah beri kat tepi rumah saya. Inilah yang paling saya suka dalam fotografi, gambar blurred background macam ni.


Ni pulak, gambar bunga rumput kat tepi penyidai kat rumah saya. Zoom-in, zoom- out, inilah yang dapat. And i luv it...


Borgenvilla kat tepi rumah.


Tunggul tinggalan rumah lama tempat kami selalu jejakkan kaki untuk naik ke pelantar basuh pinggan. Masih kekal di situ selepas lebih 40 tahun....



Gambar kucing-kucing kat rumah saya. Yang atas tu Muchang, kucing betina yang paling lama kat rumah. Dan yang bawah pula, Manja... kucing Kak Ah yang Anah jumpa kat tepi jalan...


And last sekali, gambar Syuhada in action... walaupun a bit blur...



Photobucket

Saturday, August 25, 2012

LONG LOST FRIEND.

Hari raya ketiga baru2 ni, saya dapat mesej dari Lin, kawan ex-Georgian saya. Katanya, kawan lama kami, Add, akan buat 'open house' malam nanti. Kebetulan, saya memang tak dak agenda dan amat teringin sangat nak jumpa dia. Lebih-lebih lagi, dia ni baru jer balik menetap di Kepala Batas lepas sekian lama menetap di Sabah.

Saya sebenarnya dah lama terputus hubungan dengan dia. The last time we met was on her wedding day, some 20 years ago. Lama sungguh! Pernah cuba cari dia dua kali, pertama kali lepas graduate dan buat reunion sewaktu raya, tapi gagal jumpa dia. Yang kedua, rasanya dua tahun lepas. Waktu tu saya dengan Lin, buat programe jejak kasih dan mengambil inisiatif mencari dia di rumah parents dia di BM. Pun gagal jugak! Alhamdulillah! Akhirnya... kami berjumpa juga selepas 20 tahun lebih.



Add ni, sebenarnya roommate saya selama 5 tahun masa kat SGGS dulu. Dia ni anak orang kaya, dan saya yang datang dari kampong serta serba kekurangan ni, selalu kagum dengan segala benda yang dia ada. Selain berasal dari keluarga berada, dia cantik dan sangat femes masa kat sekolah dulu. Rasanya... tak ada orang yang tak kenal kalau sebut nama dia...

Namun, saat berjumpa dia malam tersebut, saya jadi speechless. Sungguh! Saya memang tak menduga sambutan yang begitu overwhelming. Dia bercakap tanpa henti dan memperkenalkan kami hampir kepada seluruh rumah. Rasa macam glamer sekejap. Semua orang tau yang kami ni x-sggs. Dan yang funnynya, waktu dia perkenalkan saya sebagai roommate dia pada hubbynya, ada satu soalan yang keluar dari mulut hubby dia;

Add : Ini kawan lamaaaaa ni, duduk sebilik masa sekolah dulu.
Saya cuma tersenyum (pemalulah konon!)
Hubby Add : Yang ni pun kena denda duduk tengah padang jugak ke?

Oh! Saya hampir tersembur menahan gelak. Mana mungkin saya boleh lupa peristiwa tu. Walaupun saya tak terlibat dalam agenda didenda tu, tapi saya antara yang ada di situ waktu keenam-enam roommate saya kena denda. Sebabnya, simple sangat... tapi tetap menyalahi undang-undang asrama. Dia orang semua buat bising dalam bilik waktu lepas balik dari kelas prep. Kalau tak silap masa tu... dah pukul 11 lebih. Sepatutnya, dah kena bersiap untuk tidur, tapi... kawan-kawan saya ni, tengah excited membaca surat cinta. Saya sendiri pun tak sedar masa mana warden asrama masuk, tau2 dia dah tercegat bercekak pinggang memerhatikan gelagat yang lain. Nak kata apa lagi...

Sejujurnya, pada pandangan saya... kawan saya ini memang sudah banyak berubah. Dari tomboy, dia sudah bertudung dan menjadi ibu mithali kepada 9 anak. Dari dibesarkan dengan kemewahan, dia mendidik anaknya dengan serba kekurangan ( walaupun dia mampu). Saya ingat lagi kata-kata dia, ' aku dah dididik dengan kemewahan dan aku kurang menjadi dalam pelajaran, sebab tu aku mau anak-anak aku merasa kesusahan supaya mereka menghargai setiap peluang'. Dan, selain itu rasanya... dia sudah menjadi terlalu ramah. Hehe... itu kebolehan yang dia acquired resulted from raising 9 childrens along the way.

Conclusionnyer, saya suka pertemuan tu, kami asyik gelak mengenangkan telatah Add. Itulah sahabat, quote kata2 dalam salah satu quote photo posted by a friend on fb wall;


In her case, we've been apart for more than 20 years, tapi kemesraan yang dia tunjukkan buatkan kami rasa macam baru jer jumpa semalam. Insyallah! Will plan for another get together dengan Add in the near future. Tengah tunggu greenlight. :))


Photobucket

Friday, August 24, 2012

7 WASIAT RASULULLAH S.A.W.


SANTAPAN ROHANI - PAGI JUMAAT 24 OGOS 2012
7 PERKARA – WASIAT RASULULLAH S.A.W. KEPADA ABU DZAR r.a. 



Dari Abu Dzar Radhiyallahu 'anhu , ia berkata: “Kekasihku (Rasulullah) Shallallahu 'alaihi wa sallam berwasiat kepadaku dengan tujuh hal:

(1) SUPAYA AKU MENCINTAI ORANG-ORANG MISKIN, dan dekat dengan mereka...

(2) AGAR AKU MELIHAT KEPADA ORANG YANG BERADA DI BAWAHKU dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku..

(3) AGAR AKU MENYAMBUNG SILATURAHIM meskipun mereka berlaku kasar kepadaku...

(4) agar memperbanyak ucapan LÂ HAULÂ WALÂ QUWWATA ILLÂ BILLÂH (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah)...

(5) aku diperintah untuk MENGATAKAN KEBENARAN MESKIPUN PAHIT....

(6) agar aku TIDAK TAKUT CELAAN ORANG YANG MENCELA dalam berdakwah kepada Allah, dan

(7) beliau melarang aku agar TIDAK MEMINTA-MINTA SESUATU PUN KEPADA MANUSIA”...


[SHAHIH.. Imam Ahmad dalam Musnadnya (V/159), Imam ath-Thabrani dalam al-Mu’jamul-Kabîr (II/156, no. 1649), Imam Ibnu Hibban dalam Shahîh-nya (no. 2041-al-Mawârid), Imam Abu Nu’aim dalam Hilyatu- Auliyâ` (I/214, no. 521), Imam al-Baihaqi dalam as-Sunanul-Kubra (X/91).]....

Copy and paste dari status seorang kawan FB...
Photobucket

Thursday, August 23, 2012

RAYA 2012

Raya tahun ni, saya tak snap banyak gambar. Entah apa saya buat? Buat2 sibuk ajer kut! Tak tahu sebab apa, saya terlupa nak merakamkan kenangan raya.

Saya hanya ada gambar Syuhada berbaju kurung merah. Gambar Hani Darina dan juga gambar Auni. Semua gambar cucu-cucu menakan yang mai beraya kat rumah.


Syuhada dengan baju raya warna merah, posing dekat kerusi kusyen yang umurnya puluhan tahun. Kusyen ni kakak sulung saya beli dengan gaji pertamanya beberapa puluhan tahun yang lalu... Ini kira antara barangan antik yang paling disayangi di rumah saya. Kalau orang lain, mungkin sudah buang dan diganti dengan sofa stail terkini. Bukan tak ada niat nak buat macam tu, tapi setiap kali tengok kusyen ni, rasa sayang dengan nostalgia zaman dulu. Cuma kini, kusyen ni hanya mengisi ruang bahagian bawah rumah sahajalah.


Hani Darina dengan Tok Arah. Berbanding dengan Syuhada yang kasaq gedegaq, Hani Darina lebih lembut dan suka melawa. Pakai baju siap dengan accessory segala.


Auni dengan mamanya, Husna. Yang ni kuat merengek dan tak berminat untuk didokong orang lain kecuali mama dan babahnya.

Hmm... rasanya tak dapat nak tulis panjang2, macam ada virus pulak yang misleading tulisan saya dan buat paragraf saya jadi haywire. Nak pos yang nipun jenuh dok edit... Gerammmnyaaaa.....

Photobucket

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA...

Salam

kata bijak pandai... kalau nak bermaafan, elok buat dalam bulan posa. Lebih afdal. 
So, raya lagi dua hari, most probably... hari Ahad.
Kira inilah masa yang paling sesuai... 
Dalam rasa sedih nak meninggalkan Ramadhan dan,
rasa teruja nak menyambut Syawal...
eloklah kita bermaaf-maafan.

Di bawah ni, disertakan kad raya buatan sendiri,
untuk semua yang sudi menjengok ke sini....


Semoga diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi di tahun yang akan datang,
Insyallah!


Photobucket

Tuesday, August 14, 2012

INI BUKAN KASUT RAYA...

Hehe... pelik kan, tajuk N3 kali nie. Kebetulan, nak raya, tajuk pun nak bagi berkait dengan raya jugak. Haa... bercaakap pasal raya, saya dah buat 5 jenis kukis. Tapi tak sesuailah nak haplod kat sini, sebab kukis saya tu, biasa-biasa jer.

N3 ni, tentang makeover kasut yang saya buat dalam minggu ni. Bulan2 puasa ni, memang mengantuk giler kalau waktu tengahari. Untuk elakkan mengantuk... teringat nak makeover sandal lama yang masih tersimpan dalam koleksi kasut lama saya.

Saya dapat idea ni dari rancangan TV, Obsesi ke apa nama dia. Cerita tentang sorang gadis manis dari Kedah yang sangat obses dengan zip dan butang. Cuba jugak riki2 blog dia kat internet, tapi tak jumpa. Terlupa pula nak jot down addressnya haritu.

Kebetulan pulak, saya sangat sukakan kasut lama saya ni, ia tersangatlah comfortable. Sebab terlampau suka, saya pakai dia sampai tak hengat dunia. Last2, bahagian kulit kat depan tu dah berkulat-kulat dan sangatlah tidak cantik.


Untuk proses makeover ni, saya perlukan zip dan gam kasut. Kalau nak buat semua ni, kenalah pakai glove. Takut nanti gam tu akan melekatkan jari jemari pullok.


Hmm... mencabar kesabaran jugak bila buat benda alah ni. Kadang2, gam tu akan lekatkan latex glove yang saya pakai. Ada sekali tu... jari telunjuk dan ibu jari saya melekat sebab glove tu dah berlubang. Cepat-cepat lari ke bilik air. Alhamdulillah! Dapat saya pisahkan selepas berhempas-pulas. (Konon!).

Inilah hasilnya... untuk sebelah kasut. Ok jugaklah. Tak adalah nampak macam zip sangat pun. Kawan saya kata, nampak macam kasut baru... :))


Lepas dah siap both side, saya tarok butang sket... nak buat hiasanlah konon. Tapi macam tak menjadi ler pullok. Anyway... saya puas hati dengan hasilnya. Bolehlah saya buat pakai2 kat dalam opis saya.


Tara.... inilah hasil akhirnya. Amacam? Okay tak?
Photobucket

Monday, August 6, 2012

FLYOVER

Flyover kat kampung dah siap. Ini menandakan, kampung saya tu dah maju benar dah ler. :)) Sebenarnya flyover ni di bina sebab nak memberi laluan pada landasan ketapi berkembar tu.



Dah 2 minggu boleh gunakan, tapi finishing tak berapa cantik. Jalan tak smooth, too bad for a new build road.  By the way, perjalanan akan jadi lebih smooth ler nanti ( berapa tahun lagi?). Tak aderlah saya kena menunggu keretapi lalu dan perjalanan yang patutnya sekejap tu... jadi lebih lama.

Cuma harap2, pembinaan ni tak membawa kepada masalah yang lebih teruk, especially bila berlaku banjir. Kawasan kami tu, flood prone area. So far dah 3 kali kami had to go through banjir yang besar. The last one... sampai kena pindah. That was in 2003.

Tanpa batas ketapi yang tinggi tu pun, banjir dah besaq. Kalau dengan railway tract tu, kawasan tu akan terkepung di tengah-tengah. Harap pembinaan akan mengambil kira semua aspek tu... especially, perparitannya....

Photobucket

Friday, August 3, 2012

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN


Insiden ni terjadi beberapa hari lepas. Biasanya, saya habis keje dan sampai balik ke rumah around pukul 10 malam. Selalunya Syuhada akan ada di rumah Tok Nek. So, malam itupun sama...

Mak datuk! Punyalah nakal dan lasak dia, semua benda dia nak main dan nak explore. Sliper jepun yang orang buat pakai masa ambil wuduk pun dia bawa ke sana ke mari.

Geram dengan keletah dia yang 'tak makan saman' tu, saya ambik selipar yang terjatuh dari pegangan dia tu dan campak dekat tempat yang sepatutnya. Tau apa dia buat? Dia pi ambil yang lagi sebelah... berjalan ke arah tempat saya campak kasut tadi dan campak kasut tu... sebiji macam mana saya campak tadi. Saya terkedu! Hah! Padan muka! Lain kali... buat lagi benda yang tak elok kat depan budak-budak... tak payah tunggu lama... on the dot dia dok pi tiru...

Alahai Chukada....


Photobucket

Wednesday, August 1, 2012

MENGKRETIFKAN DIRI...

Saya suka art. So, kalau duduk sesajer tu... kalau tak menulis ( sedang cuba menulis novel), saya akan divert interest saya dengan membuat Decouphage. 
Tapi buat benda alah ni kena sabar ler sikit. Especially bila buat kat tempat kerja. Silap hari bulan... berus jadi keras sebab asyik kena berenti bila customer masuk. Bila jadi macam tu, mulalah mood pun lari.

Tapi dalam tak ada mood tu, ada la beberapa yang dah siap,
tapi tak sempat nak upload... dok upload kat fb jer...
So hari ni, saya upload semua sekali yang dah siap...cuma ada yang elum barnis jer ler...


Home Signage












Remote  control holder


Remote control holder ni, masa beli... ingat nak buat isi berus lukisan.
Tapi, boleh juga dibuat isi cutlery, cuma kalau basah... kes naya lah! Rosak habis hasil kerastangan.
Yang ini paling payah nak buat, sebab nak kalerkan bahagian dalam tu,
punyalah payah... ini kira 1st trial... and dah ada orang tempah bila tengok hasilnya.

:))


Photobucket
awesome comments