Salam...
Sudah sebulan lebih Bougainvillea berada di pasaran. Masa mula2 keluar dulu... saya memang tak senang duduk. Takut nak dengar penerimaan pembaca. Takut jika cerita saya tak dapat memuaskan hati pembaca dan mereka rasa tak berbaloi dengan wang yang dilabur...
Saya menanti komen dari pembaca, dari kawan2... especially dari sifu saya, tapi dekat seminggu jugaklah selepas publish... saya dapat feedback pertama dari orang yang dekat dengan saya, Dr Ismaliza.
Komen 1
Kata dia...
Alhamdulillah! Okaylah! Acceptable... saya akan gunakan komen ni untuk hasil yang seterusnya... kalau ada. Part Dr Ismaliza tu, memang saya ambil Dr Ismaliza buat cameo :))
Komen 2
Then saya dapat feedback dari sifu, sifu kata... banyak yang boleh diperbaiki lagi. Saya banyak melalut at certain part ( betoi la tu... saya pun rasa macam tu :) ) Makin saya baca manuskrip... makin saya pening! Ada lagi komen sifu yang akan saya buat pedoman kalau nak tulis cerita baru ( kalau ada laaa...). Sifu cakap... overall it was okay. Dan dia mahu saya terus menulis dan jangan berpaling lagi. Kata-kata semangat and I owe her sooooo much!
Komen 3
Then somebody add me on Facebook. I got quite a number of add-up after my novel was published. So... boleh agaklah, ni mesti reader yang dah beli buku saya. Bila saya peep dekat wall dia... saya terbaca ini,
Alhamdulillah! Komen dia yang sedikit tu, buat saya rasa lega... itu komen pertama dari pembaca yang tak kenal saya...
Komen 4
Then suatu pagi bila saya buka fb, saya rasa nak gelak guling2 dengan post Dyh Usin. Dyh yang bagi saya seorang yang sangat happy go lucky dan sangat 'giler K-pop'. Kata Dyh, dia tak boleh nak bayangkan ASP Hakimi tu macam Rasyidi Ishak... tapi dia dok nampak semua watak tu macam pelakon Vampire Prosecuter (VP). Saya pun tak pernah tengok VP, tak kenal sangat...
Inilah yang Dyh post yang buat saya tergelak. Saya lupa... next time saya tulis cerita, saya kena imagine hero dan heroinenya orang muda. Ini... saya imagine pelakon yang retro macam saya. Sebenarnya saya guna imej V dan Shidee sebab saya minat giler dengan 2 orang pelakon ni... dan bagi saya, mereka pasangan yang sepadan...
Dyh juga ada buat review dekat wall REVIEW NOVEL, tapi saya tak buat print screen sebab, review Dyh panjang sangat. Thanks Dyh!!
Komen 5
Lepas tu, hasil influence Dyh kat wall dia... saya dapat komen dari Wan Amalyn... komen yang sangat memberangsangkan. Alhamdulillah lagi sekali, Wan Amalyn pun sukakan cerita tu...
Komen 6
Ini komen dari Nida Hassan, junior masa saya kat sekolah dulu...
Komen 7
Komen di wall Ridh... dari Hujan Rintik. Alhamdulillah! Dia kata berbaloi-baloi...
Komen 8
Komen dari kawan X- USM... Alhamdulillah!
Komen 9
Ini pulak komen dari Lyana Eam di wall SAYA MINAT NOVEL. Alhamdulillah!
Alhamdulillah! Ini adalah sebahagian dari komen yang saya siarkan. Ada banyak lagi... Alhamdulillah! Atas komen semua orang. Tak kiralah, yang positif atau yang negatif, saya akan buat guideline untuk projek seterusnya. Semua komen dari kaum keluarga, Sifu, kawan-kawan lama, kawan2 baru dan komen2 yang saya dapat thru sms, emel dan personally. Alhamdulillah! Syukur saya panjatkan kepada yang maha Esa.atas kurniaNya.
SUDAH TERBIT - NO 23
-
Alhamdulillah! Manuskrip yang saya mulakan dengan working title KERANA NUR
KARMILA sudah masuk cetakan dan akan berada di Pesta Buku 1M, PWTC nanti.
Taj...
10 years ago
2 comments:
salam tahun baru packy cayang..alhamdulillah..semua komen yg memberangsangkan..aku ni hang tau laa tak pernah baca novel melayu(konon baca novel mat salleh la sanngaatt..hehe!)..pestaim baca aritu pas terjebak movie ombak rindu terus pi beli novelnye..kira pecah rekod laa kan..insyaallah novel hang pulak pasnih..hehe!!
Wasalam Inaaaa....
Hehe... tak minat novel, aku punya pasai... hang wajib beli ( tu dia, hukum paksa nampak!). Takper... beli ler kalau sudi ( ni pulak ayat paksa secara halus) Muahahaha...
Post a Comment