A scribble of my mind and heart.....

Friday, March 30, 2012

CHUKADA

Salam Tok Mami,
Chukada dah pi sunat kemarin, tapi dia pandai... sebab tak nangis punnn! Balik dari klinik, main macam biasa... sampai tak reti2 nak tidok. Lebih2 lagi bila tengok muka Tok Ndak. Entah sebab apa... tiap kali nampak muka Tok Ndak, Chukada sengih... kadang2 gelak meghenjaih. Agaknya... dia nampak Tok Ndak... macam Pek Lawak zaman Teater Bangsawan dulu2.


Masa Tok Tam balik dari keje, Chukada dah balik ke rumah. Tok Tam tak sempat nak main dengan Chukada semalam. Pagi tadi, Tok Ah mai cerita, dia kata... semalam masa balik rumah depa, Tok Ah buat2 lena ataih riba Tok Wan Om. Tok Wan Om pulak... dodoi sambil usap kepala Tok Ah. Apalagi... Chukada melalak macam sakit2, marah sebab Tok Wan Om dia dodoi orang lein.

Bila mama dia lepaskan dokongan, cepat2 dia merangkak pi kat Tok Wan Om. Ayaq mata berjejeh-jejeh sebab sedih. Lawak arr Chukada nie...


Minggu lepas, dua pupu Chukada mai umah Toknek... nama dia Hani Darina. Chukada suka kalau nampak Hani, Hani pun suka kalau jumpa Chukada... pakat2 dok pegang muka hang, muka aku...


Okay! Harap Tok Mami suka baca cerita Chukada.....

Posted by
Photobucket

Tuesday, March 27, 2012

GULAI JANTUNG PISANG


Lamanya tak makan jantung pisang. Dok cari jantung pisang kut keliling rumah... tapi tak ada. Kalau banyak jantung pisang... biasanya either buat gulai or masak lemak. Kekadang... gorengpun sodap. Sometimes, rebus cicah budu yang dipicit dengan cabai melaka... huishhhh! Terlior!

Dua tiga hari lepas, Kak Mun jumpa jantung pisang kat wet market. Terus sambar. Apalagi... semalam, aku buat gulai dengan ikan bilis.

Alhamdulillah! Erghhhh! Sedapppp....



Photobucket

Monday, March 26, 2012

ADDING EMOTIONS TO YOUR BLOG


/hihi
Aku jarang blogwalking. Once in a while jer. Thats why I just have few followers... in fact, blog ni, aku buat suka suki jer.

Sometimes, bila jenjalan kat blog orang, came across some that include emotions in their writings. It looks interesting and sometimes... funny. :) Especially when they use the 'laugh rolling on the floor' emotion. =)) Part gelak guling2 ni, aku suka.

Hmm... how do i go about. Rasa cam nak tambah emotions jugak. Kena tanya Mr Google for the answer. Godek2, jumpa website ni...


So, sesaper yang rasa nak tambah emotions, boleh ler follow instruction kat situ.

Kalau nak edit HTML tu, beware sikit! Kalau tersilap, habis u alls punyer blog.

1. Buat backup dulu. Or kalu ikut cara bodo... copy code asal, then paste it somewhere safe ( so u can retrieve back if something went wrong).

2. Copy link address given by CSTAT . Paste it accordingly.
Kalau old blogger interface... blogger dashboard > layout > edit HTML
Kalau new blogger interface... blogger dashboard > template > edit HTML


3. I copied and pasted my emotions link here:


4. Preview dulu untuk tengok hasilnya. Make sure page boleh load. Kalau tak, means something is wrong somewhere dengan HTML tu.

5. Jangan /blur, buat pelan2. I tried few times before succeded. Kalau confident, baru SAVE template, TAU!

=D>
Okay, Good Luck!
SHARING IS CARING

Posted by
Photobucket Photobucket

Friday, March 23, 2012

KUCING LAGI....

Musang and the gang
Musang and Noneng
Musang ni kucing yang agak dah 10 tahun umurnya. Dah banyak kali beranak.... tak terkira bilangannya. Kebanyaknnya mati. Yang hidup cuma Oyen ( missing), Jebon ( dua kali beranak kami namakan Jebon, dan dua2 pun dah mati), Kepong ( masih ada kat umah).

Yang terbaru... beranak lagi dua ekor, dua2 betina lak tu. Sekor aku namakan Noneng. Ikut nama kucing Kak Ani kat SJ. Sekor lagi... aku panggil Bubutontot. Singkatan kepada warna kelabu ekor kontot.

Kiut, terjumpa cebok kat tepi rumah, depa buat tempat tidok. Dua2 ekoq pun nak squeeze in.

Tidoq ataih kerusi lama tanpa kusyen. 
Tapi beberapa hari lately, dua2 ekor mogok lapar. Taktau sakit apa...bagi apapun takmau makan. Perut sampai bertemu perut. Kesian betoi! Aku bagi deworming medication, bagi jugak air Mizan. Tu jer yang mampu aku buat. Selebihnya serah pada Yang Empunya. Kalau panjang umur...Alhamdulillah!

Tup2 balik kerja semalam, tengok dua2 ekoq dah makan ikan rebus. Hmm... legaaa....

Atam
Ni Atam, Kak Mun panggil dia Teddy Bear. Kadang2... aku pangge budak gumok. Lepas buat permandulan, badan dia naik macam kena pam... berisi. Pastu, asyik makan tidok... makan tidok. Lagi satu, pantang ada riba yang kosong, nak jer dia memanjakan diri dia kat situ...

Pos maut waktu tidor
Bila dia mcam tu, bimbang takut jadi macam CT Payung yang suffered from viral infections, dan menanggung kesakitan till towards end of her life...

Posted by
Photobucket Photobucket

Monday, March 19, 2012

JANGAN

Kunci kebahagian dalam Islam

/hihi
Aku dapat semua ni dari fesbuk, post kat sini, untuk rujukan diri sendiri,
and hope it benefits everybody...


- JANGAN tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan.
 Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

- JANGAN tambah perhiasan di badan
kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan..
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita.
Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan..
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa  Share kepada rakan-rakan anda....

Shared from fb wall : ToooDia

Hmm... nampaknya, banyak JANGAN yang dok buat dan kena segera buangkan tabiat buruk ni.

Habit is habit, and not to be flung out of the window by any man, but coaxed downstairs a step at a time.  ~Mark Twain

Photobucket

Thursday, March 15, 2012

TOMATO FOR SKIN


Petua ni aku dapat masa menonton TV9, dalam program Safiyya. Nampak mudah. Semuanya within reach saja. Sebelum post kat sini, dah cuba buat kat diri sendiri. Adalah 5- 6 kali dah. Alhamdulillah! Kulit lebih smooth, clear dan tak kering sangat.

Caranya mudah, ambil sebiji tomato, cut into half. Letak jer side yang dah dipotong tu kat granule gula. Sebab permukaan tu kan basah, so dia akan lekatkan gula kat situ.

Lepas tu, just massage the face with that, in circular motion. Make sure you cover all ares, face and neck. Buat ler sampai lunyai tomato tu... :D

Bila dah siap, biaq sat. Then bilas dengan air sejuk atau ketoi es. Lepas tu... followed by luke warm water.

Tara... siap! Maka rasailah betapa lembutnya kulit nanti.

/hmm
AWAS: KULIT BERJERAWAT TAK DI GALAKKAN MENCUBA. Granulated sugar will damage the already damaged skin. Kalau berjerawat, buat guna tomato paste. Cher tanya En Google!
 Photobucket

Tuesday, March 13, 2012

MENAMBAH SIGNATURE KE POST


/hihi
Beberapa hari kebelakangan ni, aku jadi gila menggodek Mr Google belajar cara macam mana untuk menambah gadget ke blog. Mula-mula, aku tukar wall paper. Itu mudah ajer, cuma copy and paste HTML code dan apply kat gadget. Dah siap.

So, disebabkan kat kedai ni, kadang2 takder keje, aku mulalah gatai tangan. Nampak blog orang ada signature, akupun nak ada signature. Godek2, jumpa blog ni; (Klik pada nama untuk ke sana.)


Kalu ikut TCBOTB, dia ajar macam mana nak buat signature. Sapa pandai bolehlah folo. Nak tulis sendiri pakai Photoshop atau Paint.Net, tak pandai. Mau berhari-hari baru nak siap. Kalau silap haribulan... tak jadi langsung. Maka... akupun godek lagi. Terjumpalah pula website ni;


Masuk ke sini untuk dapatkan style2 signature yang berkenan di hati. Cuma tepuk dada, tanya selera. Lepas tu, dapatkan HTML code untuk signature sendiri. Kalau ikut yang diterangkan, lepas dapat HTML code tu... terus jer paste dalam post template box. Buat beberapa kali... tapi tak menjadi.

Nasib baik aku ada save image signature tadi. So, aku upload image tu kat Photobucket... dapatkan Direct Link HTML, then baru paste kat template box. Alas... nampaklah signature tu kat new post. Untuk makluman... signature tu tak akan kelihatan kat post2 lama... jangan dok cari pulak!

Summarynyer;
1. Dapatkan signature dulu.
2. Save image signature.
3. Upload kat Photobucket atau yang sewaktu dengannya.
4. Dapatkan Direct Link untuk image tu.
5. Masuk kat Blogger Dashboard, guna Old Blogger Interface > Layout> Formatting> Cari Template Box ( kat bawah page.)> Paste jer kat situ. Then it will appear on your Compose page everytime u wanna write a new post.
6. Kalau ada nampak box kat signature tu, kenalah buat alteration kat blog HTML. Yang ni, kena refer kat link TCBOTB tadi. Just follow jer arahan dia tu. Sure menjadi.

Hmmm... rasanya, dengan ada signature ni, cantik sikit blog. Cantik pun bukan ramai pengunjungpun, sekadar untuk puas hati sendiri jer... hehe...=))  So far, dah berjaya buat sidebar title sendiri, use emotions for the blog and separate each post with my very own border image. I'm happy!

/bye
Photobucket

Saturday, March 10, 2012

RINDU MAK


Malam kelmarin, hampir pukul 1 malam, tiba-tiba.... mak yang sudah tidur lena sebelumnya, panggil nama aku. Kebetulan pula, aku memang belum tidur.

Aku menyahut dari dalam bilik, dan tanya mak sebab apa. Jawapan mak, buat aku terpana, memberhentikan kerja dan keluar untuk dapatkan mak.

Aku selak kelambu mak,

Aku:  "Mak tanya apa tadi?" ( Sengaja aku ulang soalan tu, sekadar untuk memastikan apa yang aku dengar tadi tu betul.)

Mak bangun dari baring, dia duduk mengadap aku.

Mak :  "Mak tanya, ayah hang ni, pi mana?" ( mak ulang soalan tu 2 kali.)

Aku urut paha Mak. Ada rasa sayu bertamu dalam hati aku. Macam nak nangis.

Aku:  "Mak... ayahkan dah meninggal lama dah!" ( Aku ucapkan pelan-pelan, tangan di paha Mak, aku bawa ke bahu Mak. Urut pula bahu Mak.

Mak terdiam, menggaru kepala. Lepas tu... dia tergelak kecil. Then tamparan lembut hinggap di bahu aku.

Mak : "Mak lupa la... ish! Allah dah ambil balik hak Dia. Khudrat, iradat dan ingatan Mak... semua hak Dia. Dia dah ambik balik dari Mak pelan-pelan."

Aku turut tergelak kecil. Tu ayat yang biasa Mak ulang2 setiap kali dia ada masalah lupa dan kurang daya upaya serta sakit.

Aku : " Mak mimpi kat ayah ke?"

Mak : " Agaknyalah kot."

Aku urut paha Mak lagi, suruh Mak sambung tidur. Dan aku sendiri... tak jadi nak teruskan apa yang aku buat.

Hmm...dah 7 tahun ayah meninggal. Semua orang rindukan ayah. Terutamanya Mak. Kadang2, Mak akan terjaga dari tidur macam tu, dan tanyakan ayah. Kadang2, Mak lupa yang ayah dah tak ada.

Al Fatihah untuk ayah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Dan moga Allah panjangkan umur dan permudahkan hidup Mak. Moga Mak mampu terus beribadat dan berbahagia menuju ke akhir usianya.


 Photobucket

Thursday, March 8, 2012

INNER TUDUNG


Hari Ahad minggu lepas, tonton Safiyya di TV9
Aku suka program ni, 10x suka compared to NONA :)
dan sesuuai sangat untuk Muslimah2, sebab pendekatannya lebih Islamik.

Last sunday, ada slot tentang fesyen Muslimah,
about few Bloggers yang active promote cara bertudung yang cantik dan colorful.
Hana Tajima, GetGorgeous, Ayunar and etc
Memang cantiklah, especially untuk budak2 yang muda rumaja...
Kalau umur2 aku ni, maybe kurang sesuailah untuk certain style.
Tapi aku suka cara depa mempelbagaikan tudung di samping masih kekal menjaga aurat.
=D> Bravo!!!

Then interested nak oder anak tudung Ayunar,
ia boleh digayakan dengan bermacam-macam style...
menurut kata Blog owner, ianya selesa, tak flat atas dahi,
dan akan buatkan muka kita nampak lebih bujur,
bujur sireh? 
Kalau muka aku yang macam kueh pau ni,
boleh nampak bujur... aku nak trylah! :))

Jom tengok video ni,
then boleh proceed tengok videos on how to wear your shawl.


Aku dah placed order, dah buat payment pun,

Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Tuesday, March 6, 2012

KUCING


Hari ni Zaleha Arif post gambar ni kat fb aku.
So far, dah well known lah kat semua yang aku memang suka kucing.
Gambar ni macam Nonet aku yang hilang, tapi dia tak spotted cam ni
besaq nilah masa aku jumpa dia kat depan kedai...
Garang! Asyik nak gigit orang.
Tapi, dia dah hilanggggg...dah dua tahun kut....

/omg

Really terasa kehilangan Nonet, sebab aku sayang sangat kat dia,
lepas tu...aku dah serik nak sayang kucing macam mana aku sayang Nonet,
Tapi still bela kucing jugak la.

Tahun lepas saja, banyak kucing yang mati dan hilang...
antaranya, Black, Siti Payung, Jebon, Cik Manis, Tat, Mat Jasin, Tonet, Oyen kecik
Cik Putih dan beberapa ekor anak kucing yang tak sempat dinamakan.

Sedih tu memang sedih...sebab bela depa sejak kitten,
tapi kesedihan tu... dah mampu aku tangani, tak ler nangis teruk macam dulu...:D


Friday, March 2, 2012

NEW DECOR


Hmm... living in a house, sometimes we need to make over. Add some new furniture, paint new color and change to a new curtains. Same goes to a blog... I'm feeling rather boring looking at the same layout, background and header everyday. And decided that... its about time to change.

I was trying to make my own simple background, tried few times but failed. I was having trouble with  the actual size. It wont fit my blog at all...

My first attempt. 
Then tried again...

My second attemp
Tried and tried again. Tak betul jugak...when I added the url to my blog, it became like a lady wearing unfinished clothing ( hehe...pakai baju tak cukup kain)

Finally... I have to admit that, I'm not good enough. So I googled for a free background and found this blog, just click at the name below.


It offers so many awesome designs for your blog, just pick a suitable one... like mine. Its like having my own garden outside the house. Cantik tak?
awesome comments